10 Idea Pallet Terbuang Untuk Kebun Sayuran Organik !

Bismillahirrahmanirrahim...

Bersantai di hari minggu, tiba-tiba terfikir untuk membuat kebun kecil di halaman rumah. Ideanya begini. Kebun sederhana besar yang tidak memerlukan ruang yang banyak kerana kawasan luar rumah pun tidak seluas mana. Namun, ianya boleh memuatkan pelbagai tanaman sayuran organik untuk dinikmati sekeluarga. UM tanam di dalam pasu buat masa ini. Namun ianya kelihatan sangat biasa bukan? Dan biasanya ia tidak berapa sesuai untuk sesetengah tanaman.


Ciri- ciri yang perlu ada ialah :

  1. Kawasan tanah yang digunakan tidak luas sangat. (UM tidak berapa rajin untuk menguruskan rumput-rumput liar yang tumbuh menganggu pokok-pokok sayuran itu nanti ).
  2. Tidak boleh menggunakan sebarang racun serangga dan baja kimia. Baja tahi ayam, boleh. Hehe. (namapun organik kan!).
  3. Mudah dan cepat untuk dibuat. (tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk menggembur tanah, merumput dan sebagainya sebelum memulakan aktiviti bercucuk tanam).
  4. Boleh menanam semua jenis tanaman atau minimum kebanyakan jenis sayuran yang diperlukan.

Kelebihannya ialah :

  1. Boleh makan sayuran-sayuran  'fresh' tanpa racun.
  2. Tidak perlu terlalu rajin untuk merumput kawasan sekitar tanaman.Tempat lain di halaman rumah boleh minta suami 'clear' kan menggunakan mesin rumput sahaja.
  3. Kos penjimatan berganda-ganda. Tidak perlu membeli sayur-sayuran di pasar lagi !.

Risiko : 

  1. Serangga perosak (pandai-pandailah nanti untuk mengusirnya, mungkin boleh menggunakan Basic H.
  2. Rumput-rumput liar menyerang tanaman (riadah tangan di waktu petang !).


Jenis tanaman yang bakal ditanam :

  1. Sawi
  2. Tomato
  3. Pegaga
  4. Ulam Raja
  5. Cili api
  6. Cili besar
  7. Lada benggala
  8. Bayam
  9. Serai
  10. Halia
  11. Lengkuas
  12. Kunyit
  13. Terung
  14. Bendi
  15. Seleri
  16. Kucai
  17. Ulam-ulaman (pokok sambung nyawa, sirih tanah dll)
Wah ! Ada lebih kurang 16-20 jenis yang boleh ditanam. Mungkin banyak lagi yang boleh ditanam sebenarnya bergantung kepada kerajinan dan ketekunan masing-masing.

Bahan- bahan dan peralatan yang diperlukan :
  1. Pallet
  2. Peralatan untuk pertukangan kayu (tukul,paku,gergaji dll)
  3. Biji benih atau anak pokok
  4. Baja organik
  5. Tanah dan sabut (boleh beli yang dijual di pasar tani) 

Berikut adalah gambaran kebun organik yang sudah boleh dikutip dan dimakan hasilnya : 

Tidak perlu makeover banyak pun...Bubuh tanah dan tanam..

Macam pasu tapi boleh diubah suai mengikut citarasa

Seronok bukan ? Sudah boleh dituai hasilnya.

Pallet yang diubahsuai. Ada 'bilik' untuk setiap jenis sayuran.

Siap ada label jenis tanaman.

Sama seperti di pasar, pilih , ambil, bawa ke dapur dan masak. Cuma..tidak perlu bayar.

Tarik je bila nak masak...

Kreatif

Label-label yang dipacakkan boleh menjadi bahan bantu mengajar untuk anak-anak...Adik, ini tomato ! Haha..

Bayangkan jika  ianya sudah dipenuhi sayuran. Menarik bukan ?


Sebenarnya banyak lagi idea-idea menarik untuk kebun sayuran organik ini. Boleh diolah dan diubahsuai mengikut kreativiti,citarasa dan kesesuaian ruang di halaman rumah masing-masing.

Jom bercucuk tanam.
Jom makan sayuran organik tanaman sendiri.
Jom manfaatkan barang-barang terbuang.
Jom cari pallet terbuang dulu!

Selamat berhujung minggu dan selamat bercucuk tanam ! Semoga bermanfaat.

p/s : UM tinggalkan di sini dahulu idea ini. Sesiapa yang nak boleh ambil. Rasanya ada yang dah buat cara ini, tapi UM tak tahu. Haha...Gambar bukan UM punya.
(gambar diambil dari sini : www.snappypixels.com ).

0 comment... add one now