Diari Kesuburan 5 : 7 Sebab Ketidaksuburan Lelaki

Bismillahirrahmanirrahim...

Tergelak sendirian membaca tulisan Dr Zubaidi tentang abang misai guru silat yang datang ke kliniknya untuk rawatan kesuburan. Anda boleh baca di SINI.





Bukan mudah untuk kaum adam tampil mendapatkan rawatan kesuburan seperti kaum wanita.
Kadang-kadang UM juga rasa sedih kerana ada segelintir kaum adam ini masih memegang kemas keegoan sendiri kerana takut dikatakan tidak 'jantan' apabila didiagnosikan dengan masalah ketidaksuburan. Jadi, jalan terbaik adalah tidak berjumpa doktor dan tutup kemas masalah itu dalam buku sejarah masing-masing.

Doktor, ubat, suplemen, rawatan adalah sunnatullah kepada sesuatu penyakit untuk sembuh. Faktor-faktor ini masih lagi di bawah kekuasaan Allah. Tetapi, andai kita tidak mahu berikhtiar langsung, mana mungkin qadar (tidak mendapat zuriat ) boleh berubah.

Berikut adalah fakta yang mungkin pahit untuk ditelan oleh para suami.

Menurut HFEA pada tahun 2007, daripada keseluruhan kes-kes ketidaksuburan , 32 % adalah berpunca daripada masalah pada lelaki, 25% wanita, dan 17% adalah kombinasi kedua-duanya.

Punca-punca ketidaksuburan lelaki adalah seperti :

1. Sperma tidak normal

    Kebanyakan kes ketidaksuburan lelaki adalah dikaitkan dengan keadaan sperma yang tidak normal.Keadaan-keadaan yang dikatakan tidak normal ini termasuklah.
     
  • Kekurangan bilangan sperma 
Seorang lelaki dikatakan mempunyai sperma yang sedikit sekiranya dia mempunyai jumlah bilangan sperma kurang dari 20juta/ml. Jika jumlahnya di bawah 10 juta/ml, dia dikatakan mempunyai sperma yang sangat kurang. Keadaan ini dipanggil oligospermia .


Terdapat juga keadaan di mana lelaki tersebut tidak mempunyai sperma langsung (azoospermia).

Banyak faktor yang menyebabkan azoospermia, antaranya ialah obstructive azoospermia di mana sperma dihasilkan di testis, namun akibat sumbatan pada vas deferens akibat jangkitan atau kecederaan, ianya tidak dapat disalurkan ketika pancutan.


Ada juga kes kegagalan testis menghasilkan sperma. Keadaan ini gak rumit untuk dirawat, namun, berjumpalah pakar dan pasti ada jalan keluarnya setelah berikhtiar.

  • Pergerakan sperma


Kualiti pergerakan sperma dinilai berdasarkan 4 tahap :


Tahap 4 : Pergerakan kuat dan bergerak pantas ke depan dengan lurus.


Tahap 3 : Sperma bergerak ke depan tetapi berenang dalam keadaan bengkang-bengkok.


Tahap 2 : Sperma bergerak dengan lembab kerana hanya ekornya sahaja yang bergerak.


Tahap 1 : Sperma tidak bergerak langsung.



  • Morfologi ( bentuk fizikal ) sperma tidak normal 


    Sperma yang bermutu mempunyai kepala yang normal berbentuk bujur dan bersambung dengan ekor yang panjang dan lurus. Sperma yang mempunyai bentuk kepala tidak normal amat sukar untuk sperma bersenyawa dengan telur. Bentuk yang tidak normal juga mempengaruhi pergerakan sperma ke arah ovum. Masalah ketidaksuburan akan timbul jika lebih dari 50% sperma berbentuk tidak normal.


    2. Varicocele 


    Satu keadaan di mana terdapat salur darah vena yang membengkak pada testis iaitu di bahagian luar skrotum. salur darah yang membengkak ini boleh memperlahankan pengaliran darah skrotum dan menyebabkan peningkatan suhu pada testis yang mempengaruhi penghasilan sperma. Terdapat kajian kesan varicocele ini juga menjadi penyebab kerosakan DNA pada sperma. Namun demikian, usah bimbang kerana, terdapat rawatan yang boleh menyelesaikan masalah ini.


    3. Saluran testis tersumbat


    Sebilangan kecil dari golongan lelaki mengalami saluran testis tersumbat yang menghalang sperma daripada memasuki semen. Jangkitan kuman, kecederaan dan vasectomy adalah antara punca-punca saluran testis tersumbat.


    4. Mati pucuk


    Merupakan ketidakupayaan zakar untuk mengalami ereksi yang mengakibatkan sperma tidak dapat disalurkan semasa hubungan kelamin.


    5. Ejakulasi pramatang


    Ianya terjadi apabila ejakulasi berlaku sebelum penetrasi yang menyebabkan sperma tidak dapat disalurkan semasa hubungan kelamin.


    6. Kesan dadah, alkohol dan rokok


    Pengambilan dadah, alkohol dan rokok juga boleh mempengaruhi penghasilan sperma. Ia juga boleh memberi kesan kepada kandungan genetik di dalam sperma.


    7. Masalah hormon


    Hormon testosteron yang dihasilkan oleh badan lelaki sangat mempengaruhi penghasilan sperma.

    Baca selanjutnya tulisan Dr Norman tentang ini.(klik sini)



    Secara ringkasnya, terdapat pelbagai jenis ketidaksuburan lelaki yang perlu dirawat sekiranya pasangan ingin menimang cahaya mata. Ianya boleh disimpulkan di dalam jadual di bawah :-


     
    Dinasihatkan kepada pasangan yang ingin menimang cahayamata untuk berjumpa pakar dan membuat rawatan yang disarankan oleh doktor. Sebaik-baiknya kedua-dua suami dan isteri mestilah berjumpa dan mendapatkan nasihat doktor pakar.


    Selain itu, terdapat juga makanan-makanan tambahan yang perlu dijadikan tabiat pemakanan seharian untuk membantu kesuburan lelaki.


    Antaranya ialah :

    Mineral Zink

    Badan manusia tak dapat menyimpan zink secara semula jadi. Dos yang perlu adalah 11mg bagi lelaki. Zink boleh didapati di dalam daging, ayam, makanan laut, kekacang, bijirin dan produk tenusu.

    Paling mudah anda hanya perlu mengambil suplemen Zink Complex Shaklee. 1 biji Zink Complex Shaklee memberikan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian).

    Zink membantu lelaki dari meningkatkan nafsu seks. Juga perlu untuk penghasilan sperma. Masalah jumlah air mani menurun dan tahap testosteron yang rendah juga dapat dielakkan.


    CoQ10

    CoQ10 banyak terdapat dalam sumber makanan laut dan juga organ lembu. Kandungan CoQ10 ini menurun seiring dengan usia haiwan tersebut. CoQ10 adalah satu nutrien penting untuk meningkatkan mortaliti sperma di dalam air mani. Ia merupakan antioksidan yang membantu melindungi sel dari kerosakan disebabkan oleh radikal bebas.

    Kandungan CoQ10 yang tinggi dalam CoQ Health Shaklee merupakan jawapan kepada mereka yang mempunyai masalah mortaliti sperma dalam air mani.

    Kajian klinikal awal juga menunjukkan bahawa CoQ10 boleh:


    • Meningkatkan fungsi imun dalam orang dengan HIV atau AIDS
    • Meningkatkan kualiti sperma dan meningkatkan kesuburan lelaki
    • Digunakan sebagai sebahagian daripada rawatan untuk penyakit Parkinson


    Vita-E Complex®

    Vitamin E adalah juga dikenali sebagai Vitamin Cinta. Pada 1922, satu kajian menunjukkan bahawa tikus yang diberi makanan tanpa Vitamin E menjadi tidak subur dan tidak membiak. Namun, setelah tikus  diberikan minyak gandum yang kaya dengan vitamin E , kesuburan tikus tersebut kembali pulih.

    Kajian terhadap vitamin E membuktikan ia bertindak sebagai pelindung dan meningkatkan kesihatan sel tubuh. Setiap bahagian badan kita terhasil dari berjuta sel yang membentuk tisu dan organ-organ seperti pembiakan, sperma dan lain-lain.

    Kajian lain pula membuktikan Vitamin E boleh mempertingkat kesihatan dan kualiti sperma. Pergerakan sperma, peratus sperma hidup dan peratus daripada spermatozoa normal, semuanya meningkat dengan penambahan pengambilan vitamin E.

    Makanan yang tinggi antioksidan

    Pengambilan makanan yang tinggi kandungan antioksidannya juga sangat membantu sel sel sperma daripada mengalami kerosakan akibat radikal bebas. Vivix Shaklee merupakan minuman yang tinggi kandungan antioksidan yang boleh membantu mengelakkan kerosakan sel. Baca fakta menarik tentang Vivix di SINI.


    Kesimpulannya, selain rawatan pakar, pengambilan supplemen yang tepat adalah berkesan dan sangat membantu dalam meningkatkan kesuburan lelaki. Kesannya boleh dilihat minimum 4 minggu setelah pengambilan dengan betul dan kuantiti yang betul. Namun, ianya bergantung kepada keseriusan masalah setiap individu.

    Artikel ini merupakan susunan nota untuk rujukan peribadi UM sepanjang ber TTC yang diambil daripada banyak sumber. Semoga bermanfaat kepada semua.

    Sumber : 
    http://resources.infovaricocele.com 
    http://drzubaidi.com
    http://doknorm.blogspot.my
    http://www.mayoclinic.org
    https://www.andrologyaustralia.org

     


    Juga boleh diambil bersama :






    Hubungi UM untuk konsultasi PERCUMA. With Love !

    0 comment... add one now