Master Checklist

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah siap juga Master Checklistku untuk 2016...Semoga hidup ini lebih teratur di bawah naungan keberkatanNya.. Amiin.

Tahun lepas print banyak-banyak, sampai bulan Disember terus. Tapi tak berapa cantik..Tahun ni lebih cantik. (perasan)...kuang...kuang..

Harapnya tak de lompong-lompong dah tahun ni Master Checklistku... Please!!! Tingkatkan disiplin anda ya..hihi.

Apa itu Master Checklist ????
Ini maksud mengikut versi Ummu Marjaan..(erm...)
Saya buat checklist ini untuk ibadah saya terutamanya, contoh solat fardhu tepat waktu,qiamullail, zikir,baca quran berapa juzu' dan lain-lain. Setiap item mesti ada target setiap hari. Contohnya, untuk baca quran, saya letakkan 1 juzu' sehari, jadi,saya akan berusaha untuk capai target tersebut.Jika tidak capai target, maka dikira gagal.Hehe. Tak ada sapa nak marah,tapi rugilah masa yang ada di dunia ni tak mahu baca quran bersungguh-sungguh secara istiqamah kan..

Kenapa perlu ada Master Checlist ????
Mudah je jawapannya. Hidup ini mesti ada target, ada perancangan dan mesti muhasabah diri setiap hari. Sebelum tidur, perhatikan apa yang kita lakukan setiap hari, solatnya macam mana, tilawahnya macam mana, zikir dan lain-lain macam mana...bukan main belasah, tidur je...(sayalah tu..haha).

Apa yang perlu ada dalam Master Checklist???
Item yang perlu ada dalam checklist ini yang utamanya adalah amalan rohani kita seperti solat,tilawah,qiamullail,zikir,sedekah,puasa sunat dan sebagainya. Boleh juga dimasukkan item lain seperti membaca, riadhah, blogwalking, update blog dan lain-lain. Fikirlah , apa yang diperlukan oleh diri kita. Letakkan target untuk setiap item tesebut.

Jom tengok Master Checklist saya... (contoh cara nak mengisinya).
master checklist, ibadah
Contoh Master Checklist..'T' di kolum kedua tu untuk 'target'...

Saya share Master Checklist DI SINI. Semoga bermanfaat untuk semua..