Bismillahirrahmanirrahim...
2016 adalah tahun untuk kembali 'fit' kan? Termasuk dalam azam 2016 Ummu Marjaan...haha..
Selain pemakanan yang sihat perlu 'work out' juga ya!
Ok. Mari kita lihat 6 jenis senaman yang boleh dilakukan di rumah mahupun gym. Buat dengan teknik yang betul, anda mudah mendapat hasil yang memuaskan.
1. BERJALAN
- Boleh dilakukan samada menggunakan treadmill atau berjalan kaki di mana2 sahaja.
- Untuk permulaan, lakukan dalam sepuluh minit dahulu. Tambah beberapa minit setiap perjalanan seterusnya sehingga mencapai sekurang-kurangnya 30 minit perjalanan.
2. MENCANGKUNG
- Dapat menguatkan otot quadriceps (peha depan), hamstring (peha belakang) dan gluteals (punggung)
- Jarakkan kedua-dua kaki seluas bahu anda. Bengkokkan lutut dan rendahkan badan perlahan-lahan seperti orang duduk di atas kerusi.
- Pastikan kedua-dua lutut tidak melebihi kaki anda.
- Pastikan juga tulang belakang anda lurus dan tidak membongkok
- Seperti senaman mencangkung, lunges dapat menguatkan banyak otot-otot kaki
- Ambil langkah besar ke hadapan. Tulang belakang lurus.
- Bengkokkan lutut dalam 90 darjah
4. PUSH UP
- Menguatkan otot-otot dada, bahu dan trisep.
- Bukakan tangan sedikit luas daripada bahu dan letakkan hujung jari kaki ke atas lantai.
- Jika sukar, boleh dengan lutut di atas lantai.
Cara 1 |
Cara 2 |
- Berbaring di atas lantai, kedua-dua kaki di atas lantai dan kepala diletakkan di atas tangan.
- Tekan bahagian pinggang ke bawah. Keraskan otot perut dan perlaha-lahan, angkat kepala, tengkuk, dan bahu dari lantai
- Turunkan ke bawah dan ulang.
- Menguatkan otot belakang di bahagian atas (upper back) dan biceps
- Berdiri dengan bukaan kaki selari dengan bahu, bengkokkan lutut, dan tunduk sedikit.
- Bengkokkan siku dan angkat tangan ke arah badan.
- Dan perlahan-lahan luruskan siku kembali.
Sumber :
www.webmd.com
www.e-wellness.com.my
Semoga bermanfaat ! Jom sihat !