Apa Nak Makan Untuk Lebih Subur? : 10 Makanan Ini Sebagai Jawapan.

Bismillahirrahmanirrahim…

Satu persoalan yang mula timbul di fikiran setelah bertahun-tahun perkahwinan dijalani berdua tanpa kehadiran orang ketiga (zuriat).Tak suburkah aku? Aku yang ada masalahkah? Suami aku ada masalah? Seringkali berbagai-bagai persoalan timbul di benak fikiran pasangan yang masih belum mempunyai anak. Bagi pasangan yang berumur 30 tahun ke bawah, 1-2 tahun perkahwinan belum dikurniakan zuriat, eloklah berjumpa pakar (lebih awal lebih baik). Bagi mereka yang berumur 30 tahun ke atas, 6 bulan perkahwinan tanpa tanda-tanda hamil, eloklah mengatur pertemuan anda dan suami dengan doktor pakar. Biasanya, doktor akan mencadangkan untuk berjumpa pakar setelah 2 tahun perkahwinan tanpa zuriat bagi yang berumur 30 atau 25 ke bawah (pengalaman saya), namun adalah lebih baik jika kita bertindak lebih awal (pendapat peribadi saya). Ianya bagi memudahkan urusan seterusnya kerana rawatan kesuburan baik lelaki mahupun wanita adalah proses yang memakan masa, malah ada yang bertahun-tahun.


Selain daripada rawatan di hospital, bakal ibu dan ayah juga perlulah menyiapkan diri untuk menimang cahaya mata dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan diet yang seimbang. Bagi seorang ibu, diet yang seimbang ini sangat penting sebelum, semasa dan selepas kehamilan (semasa perpantang). 

Namun, hakikat sebenarnya, diet yang seimbang ini wajib diamalkan sepanjang hidup selain untuk memastikan usaha mendapat anak-anak yang sihat dan cerdas tercapai, ianya juga menjadi kayu ukur kualiti hidup sesebuah keluarga selain faktor agama, akhlak, kewangan dan sebagainya. Jadi, seharusnya menjadi suatu kemestian pada awal tahun 2016 ini, antara azam tahun baru yang perlu ditulis adalah berkenaan diet seimbang dan gaya hidup sihat untuk keluarga.

Contoh..
Berbalik kepada persoalan apakah yang perlu dimakan untuk lebih subur, berikut adalah makanan yang disarankan untuk meningkatkan kesuburan. Sebaik-baiknya pilihlah daripada sumber organik :

Bijirin penuh seperti oat, beras perang, gandum penuh adalah di antara makanan karbohidrat kompleks. Ia membantu memberikan tenaga yang sangat banyak untuk anda yang cuba mendapatkan anak dengan merembeskan gula secara teratur di dalam darah. Ya! Untuk memulakan proses kehamilan, tenaga yang banyak diperlukan. Selain itu kesemua makanan ini mengandungi Vitamin B dan Vitamin E yang sangat baik dalam membantu keseimbangan hormon dan penghasilah sperma serta ovum yang sihat.


Minyak ikan terkandung di dalam ikan salmon, makarel dan sardine adalah sumber asid lemak Omega -3 dan 6 yang sangat baik. Nutrisi ini memainkan peranan penting dalam melancarkan proses reproduktif,mempertingkatkan aliran darah dan meningkatkan kualiti sperma yang dihasilkan oleh lelaki.


Produk tenusu seperti susu, keju, dan yogurt kaya dengan kalsium yang penting bagi membantu tumbesaran dan pengekalan tahap kesihatan sistem saraf, tulang dan darah. Begitu juga produk soya (non-GMO), ianya sangat membantu kesuburan kerana terdapat banyak jenis vitamin dan asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan tubuh tetapi boleh diperolehi dengan memakan produk soya.


Bawang putih jika difikirkan baunya, ia bukanlah makanan perangsang suasana romantik tetapi khasiatnya sangat baik dalam mempertingkatkan kesuburan. Ia kaya dengan sumber selenium di mana ianya sangat baik bagi kesuburan lelaki dan dapat membantu mencegah kromosom dari terpecah serta mengurangkan risiko keguguran bagi wanita.Bawang putih juga kaya dengan vitamin B6 yang penting dalam keseimbangan hormon serta membantu menguatkan sistem pertahanan badan.


Daging merah kaya dengan zat besi yang bermanfaat mencegah anemia, membantu merendahkan risiko gangguan penghasilan ovum bagi wanita dan mempertingkatkan penghasilan serta fungs idarah merah di dalam tubuh. Daging merah juga kaya dengan vitamin B12 yang sanagt diperlukan oleh untuk mengekalkan tahap kesihatan sistem saraf. Pengambilan sumber daging ini hendaklah tidak terlalu banyak dan bergantung kepada individu. Individu yang mempunyai sebarang penyakit seperti tekanan darah tinggi, jantung, kanser sebaiknya mengurangkan pengambilan sumber ini.


Khasiat madu untuk kesuburan sudah diyakini sejak dahulu lagi. Madu kaya dengan pelbagai mineral dan asid amino yang dapat membantu mengekalkan kualiti kesihatan sistem reproduktif dan mempertingkatkan fungsi ovari bagi wanita.


Avokado membekalkan sumber vitamin E terbaik dan juga kaya dengan kandungan antioksidan. Dua komponen utama ini sangat penting dalam kesuburan lelaki dan wanita di mana ia membantu menyempurnakan fungsi ovulasi serta penghasilan sperma lebih berkualiti. Ia juga kaya dengan kandungan lemak sihat (HDL) yang baik untuk merangsang fungsi hormon dalam tubuh secara keseluruhan. Selain avocado,minyak zaitun juga mempunyai fungsi yang sama.


Tiram kaya dengan zat besi yang diketahui sangat penting untuk membantu mempertingkatkan kesuburan. Fungsi zat besi adalah untuk merangsang penghasilan sperma dan telur yang berkualiti.Jika tiram bukan pilihan anda kerana bimbang akan kolesterolnya, maka boleh beralih kepada sumber zat besi yang lain seperti kacang panggang, ayam, kekacang atau biji labu.


Bayam dan kebanyakan sayuran hijau yang lain adalah sumber asid folik. Asid folik sangat penting bagi membantu mempertingkatkan penghasilan telur yang sihat,membantu menstabilkan kitaran haid serta sangat baik untuk membantu mengoptimakan penghasilan sperma berkualiti bagi lelaki. Pengambilan asid folik di dalam bentuk suplemen juga amat digalakkan untuk diamalkan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum merancang kehamilan. Bayam kaya dengan zat besi serta vitamin C yang baik dalam melindungi DNA dari rosak.


Makanan pedas dan panas ini berfungsi untuk membantu mempertingkatkan aliran darah dengan memastikan sistem reproduktif anda mendapat bekalan darah yang secukupnya. Cili membantu menstimulasikan penghasilan hormon endorfin yang baik untuk melegakan tekanan, menggalakkan emosi gembira seterusnya mempertingkatkan kesuburan. Sumber vitamin C di dalamnya juga membantu mempertingkatkan lagi penyerapan zat besi ke dalam tubuh. 

Selain makanan di atas, amatlah penting untuk pasangan mengambil beberapa suplemen untuk menampung kekurangan nutrien yang diperolehi daripada diet seharian yang seringkali kurang seimbang. Sebaik-baiknya pilihlah suplemen yang berasaskan bahan semulajadi. 

Tambahan pula, makanan siap dimasak mahupun yang dimasak sendiri boleh kehilangan zat-zat di dalamnya sekiranya tidak dimasak dengan betul. Dalam hal ini, ilmu tentang penyediaan makanan adalah sangat penting.

Seperkara lagi yang perlu diambil kira adalah, kebanyakan buah-buahan, sayuran seringkali tercemar oleh penggunaan racun perosak di dalam industri pertanian dan ada juga yang telah diubah genetiknya untuk tujuan komersial.

Diantara makanan tambahan daripada rangkaian produk Shaklee yang boleh diambil sebagai makanan tambahan untuk kesuburan lelaki dan wanita adalah seperti berikut :



Dan...


Makanan tambahan ini adalah sebagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Selebihnya mestilah bergantung kepada Allah S.W.T Yang Maha Memberi Rezeki.

Semoga bermanfaat. Sekiranya berminat untuk mendapatkan produk dengan harga yang lebih murah atau sesuai dengan bajet anda hubungi saya segera. Saya bersedia membantu dengan konsultasi percuma.

Wallahu a'lam.

0 comment... add one now