Diari Kesuburan 3 : Endometriosis

Bismillahirrahmanirrahim...

Menyambung kembali episod Diari Kesuburan, kali ini studi saya berkisar tentang masalah endometriosis. Banyak sungguh masalah kewanitaan kan?.

Pasti ada yang pernah terdetik dihatinya, " Orang lain mudah je Allah bagi rezeki anak, kenapa aku diuji sebegini rupa? ". Banyak betul masalah. Itu lah .Ini lah.Allahu Akbar walillahilhamdu!. Allah Maha Berkuasa.Allah Maha Mengetahui. Yakinlah kepadaNya, setelah kesusahan pasti ada kesenangan. Ujian yang diberikan adalah untuk memastikan kita sentiasa dekat denganNya. Pasti dan pasti akan ada jalan penyelesaiannya dan juga hikmahnya. 

Kenapa tiba-tiba nak studi tentang endometriosis ini?. Kisahnya, saya ada seorang kawan, isteri kepada kawan suami yang mengidap endometriosis. Setiap kali haid pasti terlantar di rumah mahupun di hospital. Pernah beberapa kali melakukan pembedahan dan sehingga sekarang tidak mempunyai zuriat sendiri. Allah mengujinya kerana dia mampu. Alhamdulillah, sekarang dia ada mengambil anak angkat. Rezeki daripada Allah jua untuknya. Saya kagum dengan ketabahannya menghadapi ujian.

Mari kita lihat apakah endometriosis ini? Saya bukan pakar di bidang ini. Apa yang dikongsi ini adalah hasil pembacaan dan hasil beberapa episod ulang alik bertemu doktor di hospital untuk rawatan kesuburan.

1. Apakah penyakit endometriosis?

Endometriosis adalah salah satu penyakit lazim yang boleh menyebabkan ketidaksuburan di kalangan wanita. Ia disebabkan oleh ketumbuhan selaput dinding rahim (endometrium) di luar rahim seperti di kilang telur, dinding pelvis, saluran peranakan, usus, faraj dan pundi kencing.

Selaput endometrium yang ektopic ini juga akan menebal dan berdarah semasa kitaran haid, akan tetapi ia tidak dapat mengalir keluar dari tubuh. Ini boleh mengakibatkan inflamasi tisu di sekelilingnya dan seterusnya penghasilan tisu parut (‘adhesion’ atau ‘scar tissue’). Apabila ini terjadi, kilang telur boleh terlibat dan membengkak dan darah kotor berkumpul di dalamnya (‘endometrioma’), manakala saluran peranakan juga boleh rosak dan tersumbat.




2. Apakah yang menyebabkan endometriosis terjadi?

Para doktor masih tidak tahu apakah yang menyebabkan endometriosis terjadi di kalangan setengah-setengah wanita. Terdapat beberapa teori yang telah dicadangkan seperti ‘haid retrograd’ di mana mengikut teori ini, sebahagian darah haid yang sepatutnya mengalir keluar melalui pangkal rahim, faraj dan seterusnya keluar tubuh mengalir menyongsang i.e ‘retrograd’ masuk ke atas dan dalam saluran peranakan serta pelvis. Sel-sel endometrium yang terkandung dalam darah haid tersebut akan melekat kepada saluran peranakan, kilang telur dan pelvis.

3. Apakah tanda-tanda penyakit endometriosis?

  • Sengugut
  • Sakit semasa melakukan hubungan intim bersama pasangan
  • Kemandulan
  • Sengugut sebelum datang haid
  • Turun darah haid yang banyak atau tidak menentu
  • Sakit perut yang kronik (‘chronic pelvic pain’)

Endometriosis adalah satu penyakit yang ‘enigma’. Ini ialah kerana simptom-simptom penyakit endometriosis adakala tidak setimpal dengan tahap endometriosis yang dihadapi. Ada setengah-tengah pesakit yang mengalami simptom endometriosis yang teruk, tetapi apabila pembedahan dilakukan tahap penyakit endometriosis yang dinampak oleh doktor adalah sedikit berbanding dengan simptom yang dialami.

4. Bagaimanakah penyakit endometriosis diklasifikasikan?

Endometriosis boleh diklasifikasikan kepada 4 tahap:

  • Stage 1 minimal (minimal)
  • Stage 2 sedikit (mild)
  • Stage 3 sederhana (moderate)
  • Stage 4 teruk (severe)

5. Bagaimanakah endometriosis didiagnosikan?

Doktor boleh mengesyaki yang seseorang wanita itu mungkin menghidapi penyakit endometriosis daripada simptom-simptomnya. Akan tetapi setengah-tengah pesakit tidak mempunyai simptom langsung hanya mungkin susah mengandung. Diagnosis yang tepat hanya boleh dilakukan melalui pembedahan ‘diagnostic laparoscopy’ di mana doktor akan memasukkan kamera melalui tebukan kecil di pusat pesakit. Melalui kamera doktor boleh memeriksa keadaan organ-organ dalaman terutama rahim, kilang telur dan saluran peranakan.

6. Apakah rawatan untuk pesakit yang menghidapi endometriosis?

Ini terpulang kepada umur pesakit, simptom yang dihidapi dan sama ada pesakit itu masih mahu mengandung. Rawatan boleh dibahagikan kepada conservatif, ubatan hormon ataupun pembedahan.

  • Konservatif: Kaedah ini bersesuaian untuk pesakit yang menghidapi hanya ‘mild’ endometriosis dan simptom yang sedikit.
  • Ubatan hormon: Lapisan endometrium yang ektopik boleh dikawal dengan menyekat tahap hormone estrogen dan progesterone di dalam tubuh pesakit. Hormon seperti pil perancang, progesterone dan Gonadotrophin-Releasing hormone (GnRH analog) dapat diberikan sebagai rawatan endometriosis. Contoh nama ubatan yang dikategorikan sebagai GnRH analog ialah Lucrin dan Zoladex. Hormon ini kerap diberikan selama beberapa bulan oleh doktor selepas pembedahan untuk memastikan sebanyak mungkin lapisan ektopik endometriosis dikurangkan.
  • Pembedahan: Ini adalah rawatan yang diberikan sekiranya pesakit mempunyai cyst di ovary yang besar, kemandulan atau simptom endometriosis yang teruk.
sumber artikel tentang endometriosis : Dr Natasha (://drnatashanorfertility.com)

Jika anda mengalami simptom-simptom seperti yang dinyatakan, usahlah bertangguh untuk mendapatkan rawatan. Jumpalah pakar untuk rawatan selanjutnya.

Selain itu, ada beberapa perkara yang sangat-sangat perlu diambil berat oleh pasangan yang inginkan cahaya mata adalah aspek pemakanan. Suplemen tambahan juga sangat penting untuk melengkapi lompong-lompong diet kita yang kurang nutrien yang sepatutnya badan perlukan.

5 perkara ini memainkan peranan penting dalam sebarang rawatan kesuburan :

  1. Jumpa pakar bukan bomoh, jalani rawatan sepatutnya.
  2. Ambil suplemen yang sesuai dari bahan organik.
  3. Diet seimbang dan ubah gaya pemakanan kita (jika gaya pemakanan sebelum ini tidak sihat).
  4. Ubah gaya hidup seharian (perlu ada masa untuk senaman atau disiplin riadah harian).
  5. Elakkan stres.
Antara makanan tambahan yang dicadangkan untuk mereka yang mengalami endometriosis (dan tidak mengalaminya) untuk membantu mencukupkan nutrien bagi memastikan seluruh sistem badan termasuk sistem reproduktif berfungsi dengan baik adalah :



  

Alhamdulillah sehingga ke hari ini saya sendiri mengamalkan suplemen-suplemen ini.Terus berikhtiar untuk sihat hingga akhirnya. Amin.

Bagi yang ingin hamil dan berikhtiar meningkatkan kesihatan dan kesuburan serta membantu memulihkan masalah yang dialami boleh hubungi saya segera.Saya akan membantu selagi terdaya.

Moga bermanfaat.

Wallahu a'lam.


0 comment... add one now