Bismillahirrahmanirrahim.
Memiliki kaki yang cantik dan mulus menjadi impian setiap wanita walaupun bahagian itu adalah aurat yang perlu ditutup oleh setiap wanita. Pasti ada harga yang perlu dibayar, usaha yang mesti dilakukan untuk cantik dan sihat. Betul kan?
Seringkali masalah tumit merekah dan kelihatan hodoh ini yang kadang-kadang menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan pada kaki ini adalah berpunca daripada proses xerosis. Ianya merupakan kekeringan kulit yang keterlaluan.Ia menjadikan kulit yang tebal mudah merekah dan membentuk garis halus.
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan tumit kaki merekah?
- Berdiri terlalu lama di permukaan kasar
- Obesiti. Masalah berat badan menyebabkan tekanan diberi secara berlebihan pada lapisan lemak di tumit kaki.
- Memakai kasut tidak bertutup di belakang yang membantu geseran lapisan lemak dan meningkatkan tekanan pada tumit.
- Masalah kulit seperti psoriasis atau ekzema.
- Kelenjar peluh yang tidak aktif.
- Masalah kaki leper
- Memakai kasut terlalu ketat
- Kencing manis
Antara penyelesaiannya ialah :
- Minum air secukupnya
- Mengambil suplemen yang sesuai
- Bersihkan kali setiap kali selesai melakukan aktiviti dengan menggunakan sabun antibakteria
- Cara pengelupasan menggunakan batu pumis yang boleh dibeli di farmasi atau pasaraya. (Boleh dibeli juga di Watson atau Guardian). Gosok perlahan-lahan beberapa kali untuk menanggalkan kulit rosak yang tebal.Jika rekahan tumit besar, gunakan berus yang diperbuat daripada gentian semulajadi. Cuci bersih dan lap hingga kering terutamanya di bahagian rekahan.
- Menyapu losyen pelembab pada tumit (juga pada permukaan kulit kasar yang lain seperti siku dan lutut)
- Mengurut kaki setiap kali sebelum tidur menggunakan minyak dan losyen.
- Jika tidur di dalam bilik yang berhawa dingin, pastikan memakai stoking.
- Elakkan kaki bersentuhan secara terus pada permukaan lantai jika tidak berlapik seperti marmar dan simen. Jika di dapur, gunakan selipar yang khas digunakan untuk bahagian dapur sahaja.
- Cara tradisional juga boleh digunakan seperti limau purut. (sental pada tumit semasa mandi).
- Jika mempunyai bajet lebih, bolehlah berkunjung ke mana-mana spa yang menawarkan khidmat rawatan kaki kerana mereka pakar dalam merawat masalah ini.
Satu lagi alternatif yang saya sendiri gunakannya untuk mengelakkan tumit merekah di samping melembutkan bahagian kulit yang kasar adalah menggunakan Herbal Blend Shaklee.
Bahan-bahan semulajadi di dalam Herbal Blend... |
Harga yang sangat murah dan berpatutan. Biasanya, saya akan menyapunya di tapak kaki, siku dan lutut sebelum tidur. Krim serbaguna ini sangat bermakna bagi kami sekeluarga. Kami membawanya ke mana-mana ( antara benda penting dalam ‘handbag’ saya!) kerana setiap kali ‘husband’ atau saya sendiri gatal-gatal, digigit serangga , nyamuk dan sebagainya ianya sangat berguna.
10 Kebaikan Herbal Blend untuk kami sekeluarga:
1. Krim kecantikan saya (jika tiba-tiba muka ditumbuhi jerawat..hehe,boleh hilangkan parut juga).
2. Lembutkan kulit di bahagian tumit, siku, lutut dan lain-lain.
3. Berguna untuk ruam lampin pada kanak-kanak dan ruam pada dewasa.
4. Gigitan serangga : nyamuk, semut, hama dan lain-lain.
5. Bibir kering dan mengelupas di musim panas (baru try ni.)
6. Gatal-gatal berisi air (suami selalu kena terutamanya setelah terkena bahan kimia di ‘site’)
7. Chicken pox (setelah semua chickem pox keluar, elok disapu krim ini satu badan, kurangkan kegatalan dan cepat sembuh tanpa meninggalkan parut hodoh)
8. Ekzema
9. Terkena air panas atau minyak panas. (pernah sapu selepas terkena minyak goreng ikan, Alhamdulillah cepat baiknya).
10. Luka-luka ringan.
Antara testimoni-testimoni dari pengguna lain:
Ekzema kanak-kanak.. |
Ianya sangat membantu bukan?..Bagi ibu-ibu yang mementingkan kesihatan dan kecantikan 'head to toe' seisi keluarga juga dan mencari alternatif krim untuk masalah-masalah seperti ini, bolehlah hubungi saya. Dulu, saya juga pengguna setia beberapa jenama krim untuk gatal-gatal dan ruam apabila tiba musim panas. Tapi sekarang, Alhamdulillah, ianya sudah tidak wujud lagi di rak ubatan kami. Pengambilan beberapa suplemen untuk melengkapkan diet harian yang lompong demi kesihatan berpanjangan juga sangat-sangat membantu di samping penyelesaian secara luaran.
Hubungi saya untuk mendapatkan Herbal Blend dan suplemen yang lain dengan konsultasi PERCUMA.