9 Persediaan Sebelum Hamil Yang Mesti Diambil Perhatian

Bismillahirrahmanirrahim...

Rasa seronok pula UM sejak akhir-akhir ini. Ramai sungguh yang menimang cahaya mata, yang dianugerahkan anak angkat...Allah! Nikmat yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ya kan?

Namun bagi yang masih menanti, berusaha untuk menimang cahaya mata, usah risau, sedih dan sebagainya. Allah tangguhkan dulu untuk mendapat nikmat ini. Allah akan krniakan pada saat yang tepat. Percayalah ! Jangan pernah putus asa untuk terus berusaha dan berikhtiar. Juga berdoa. Itu memang penting bahkan wajib dibuat. Jangan pernah kata , " Penat dah aku doa, bila tak tau Allah nak bagi "..NO..NO..NO..Jangan sampai terdetik di hati kita ayat ini ya.

Baiklah...


9 Persediaan Sebelum Hamil Yang Mesti Diambil Perhatian
  
1.Kesihatan

Dalam masa 3 hingga 6 bulan sebelum hamil, anda dan suami perlu menjalani pemeriksaan doktor untuk memastikan diri masing-masing bebas daripada penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, dan lain-lain penyakit berbahaya. Buatlah ujian darah untuk memastikan kita bukan pembawa penyakit berbahaya seperti thalasemia atau HIV.

2.Berat Badan

Sebaik-baiknya, berat badan anda mestilah berada pada paras normal iaitu bersesuaian dengan ketinggian.Dapatkan nasihat doktor dan pakar nutrisi untuk mendapatkan berat badan yang sesuai. Jangan sekali-kali berdiet sewaktu hamil kecuali mendapat masalah berat badan yang serius. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Dikhuatiri akan mengurangkan zat penting kepada janin.
Berat badan yang berlebihan juga boleh menyukarkan untuk hamil. Baca artikel UM di SINI.

3.Umur

Secara umumnya, umur yang paling ideal untuk hamil adalah 20 - 35 tahun. Ibu yang terlalu muda dianggap belum sempurna dari segi jasmani dan rohani. Oleh itu, bayi mungkin dilahirkan tidak cukup bulan. Namun, ada sesetengah kes, ianya tidak membawa apa-apa masalah. Ibu yang berusia lebih 35 tahun pula berisiko kerana organ-organ peranakannya sudah tidak begitu aktif menerima kehamilan dalam usia sebegini. Sealain daripada risiko tinggi untuk anak yang dilahirkan itu cacat, ibu mungkin mengalami penyakit kencing manis, darah tinggi atau sukar ketika melahirkan anak.
Namun, ianya bergantung kepada bagaimana seseorang itu menjaga kesihatan sepanjang hidupnya, terutama sebelum hamil. Ada sesetengahnya masih fit dan sihat bahkan lebih sihat daripada mereka yang lebih muda usianya. Kuasa Allah juga tidak boleh dinafikan. 

4.Suntikan pelalian

Suntikan rubella dan hepatitis B sepatutnya diambil lebih awal lagi bagi mencegah penyakit berbahaya seperti jantung berlubang, penyakit hati, cacat anggota atau terencat akal bagi bayi yang akan lahir. Namun,jika anda hanya mengambl suntikan rubella selepas berkahwin, pastikan anda merancang kehamilan sehingga enam bulan.

5.Corak Pemakanan

Sebelum hamil, tentukan taraf pemakanan anda mahupun suami berada pada tahap yang memuaskan. Hal ini boleh diukur daripada segi kesihatan dan paras hemoglobin dalam darah. Anemia ketika hamil boleh membahayakan nyawa. Paras hemoglobin yang normal adalah antara 10 - 14. Keadaan kurang darah boleh mengancam nyawa ibu ketika bersalin kerana tumpah darah kerap berlaku. Malah, ia juga boleh menjejaskan pertumbuhan bayi dalam kandungan.

6.Pemeriksaan darah

Langkah ini penting untuk mengesan penyakit kelamin khususnya sifilis kerana ia boleh menyebabkan kecacatan bayi. Pemeriksaan darah dilakukan untuk mengesan pelalian demam rubella ( German measles). Jika sudah mendapat pelalian , anda selamat daripada kecacatan bayi jika dia mengalami demam rubella. Jika belum, anda perlu mendapatkan suntikan pelalian segera. Penyakit ini jika berlaku di peringkat awal kandungan boleh menyebabkan jantung berlubang, pekak dan bisu.

Satu perkara lagi, wanita juga mesti tahu kumpulan darahnya samada ABO atau rhesus. Biasanya kumpulan darah ABO tidak memberikan kesan membahayakan kehamilan tetapi bagi wanita yang darahnya dalam kumpulan darah negatif , boleh menimbulkan beberapa masalah nanti.

Wanita rhesus negatif yang berkahwin dengan suami berdarah rhesus positif boleh menjadi penyebab keguguran, bayi mati dalam kandungan dan bayi lahir dalam keadaan kurang darah serta berpenyakit kuning.

Ada ke orang yang tidak tahu kumpulan darahnya ? Mungkin ada. 

7.Ekonomi

Ada orang kata, tak perlu fikir. Rezeki anak itu sudah ada. Pernah dengar kan? Ya. Tidak dinafikan ianya betul. Namun, sebagai bakal ibu dan bapa, cubalah siapkan ekonomi sebaik mungkin untuk menyambut kedatangan orang baru ini. Bukan untuk kegunaan sepanjangg kehamilan, kelahiran, berpantang, makan, pakai, peralatan fizikal sahaja yang kita perlu lihat. Terlalu banyak perkara yang perlu diperhatikan. Pendidikan, kesihatan, kecemasan, insurans, takaful dan sebagainya. Terdapat banyak kebaikannya bila kita besedia, salah satunya kita akan kurang tertekan dengan masalah kewangan dan boleh fokus kepada perkara-perkara lain yang penting seperti pendidikan dan sebagainya.


8.Ilmu

Pelbagai jenis cabang ilmu yang perlu seorang ibu dan ayah perlu ada.Ilmu nutrisi, perkembangan bayi,pendidikan anak di alam rahim dan sebagainya. Pendidikan terhadap anak-anak juga bukan sekadar kenal ABC, 123, alif ba ta, mengaji Al-Quran, masuk sekolah dapat nombor satu. That's it ! Tidak. Bukan itu sahaja. Sangat banyak yang perlu dipelajari.

Bolehlah menghadiri kursus, banyakkan membaca, ikuti kumpulan-kumpulan di Facebook, Telegram Chanel dan sebagainya. InsyaAllah boleh membantu. Jika mampu untuk membuat kajian dan membuat modul pendidikan anak-anak kita sendiri, itulah yang terbaik. UM ada cita-cita ini dan sudah bermula sedikit demi sedikit.


9.Rohani

Persediaan rohani juga penting khususnya yang beragama Islam. Ibadah yang sahih dan terbaik serta doa khusus bolehlah diamalkan mengikut kemampuan masing-masing. Letakkan sepenuh pengharapan kepada Allah.Yang penting adalah keikhlasan. InsyaAllah, kekuatan rohani akan memicu kekuatan fizikal nanti. Insya Allah.

Alhamdulillah, sedikit perkongsian hasil pembacaan, perbincangan dengan orang-orang yang berpengalaman (anak 4-12 orang..hihi)..Mungkin ada lagi persediaan yang perlu tetapi tidak tertulis di sini. Boleh membuat bacaan lanjut atau hadiri kursus yang sepatutnya. Paling penting....perlu membuat PERSEDIAAN.



Wallahu A'lam. Semoga bermanfaat.


0 comment... add one now