Baca Artikel Ini Untuk Elak Patah Tulang Pinggul


Hasil penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50 peratus jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang. Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.


Sempena sambutan Hari Osteoporosis Sedunia pada 20 Oktober 2008 lalu, wanita Malaysia diingatkan untuk menjaga kesihatan tulang mereka bagi menghindari osteoporosis. Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe memaklumkan bahawa sumber yang tinggi kalsium datang dari produk tenusu seperti susu segar, keju dan yogurt. Bagaimanapun, produk tenusu terbabit jarang menjadi antara diet ruji penduduk negara ini.


“Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang. Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda,” katanya.

(sumber: http://pmr.penerangan.gov.my/)


Osteoporosis merupakan penyakit tulang reput yang berisiko besar mengakibatkan patah tulang. Ini adalah kerana tulang tersebut telah hilang ketumpatannya dan kurang kualiti dari segi kalsium atau yang dikatakan kurang “bone mass density “(BMD). BMD biasanya paling maksima pada umur 30an dan berkurangan dengan bertambahnya umur terutama selepas putus haid (menopos).

Patah tulang boleh berlaku di mana-mana tulang tetapi kebiasaannya berlaku pada tulang belakang, pinggul dan pergelangan tangan. Patah tulang biasanya memerlukan pembedahan, kemasukan ke hospital dengan kadar lama, serta boleh mengakibatkan kecacatan yang kekal, kesakitan yang teruk, terlantar di katil dengan agak lama dan kemungkinan kematian.

Di Malaysia, sekurang-kurangnya 1 dalam 3 orang rakyat berisiko tinggi mendapat osteoporosis. Juga didapati bahawa sekurang-kurangnya separuh atau 50% daripada wanita berumur 50 tahun ke atas mengalami patah tulang disebabkan osteoporosis di mana kaum Cina yang paling tinggi diikuti kaum Melayu dan India.

(sumber : http://www.imedik.org/)


Adakah ianya boleh dicegah ?

Osteoporosis bukannya sejenis penyakit yang boleh disembuhkan tetapi ia dapat dicegah. Retak atau patah tulang pinggul merupakan antara yang paling biasa berlaku di kalangan penghidap osteoporosis. Ia hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20 peratus) kes patah tulang pinggul.

Antara 30 hingga 50 peratus lagi (yang patah tulang pinggul) berkemungkinan besar mengalami kecacatan kekal yang akan mengganggu pergerakan harian mereka kelak. Walaupun banyak berlaku di kalangan wanita, tidak bermakna lelaki terlindung daripada osteoporosis. Namun, lelaki mempunyai kelebihan yang memberi lebih perlindungan daripada penyakit tersebut di mana kebanyakan lelaki menjalani cara hidup aktif dan secara semula jadi mempunyai jisim tulang yang lebih tinggi berbanding wanita.

Kesan osteoporosis di Asia dijangka meningkat dengan perangkaan lebih 50 peratus kejadian retak atau patah tulang pinggul dunia akan berlaku di rantau ini menjelang 2050. Oleh itu, penduduk Asia, terutamanya wanita, disaran mendapatkan keperluan kalsium harian secukupnya (antara 800 hingga 1,000 miligram) di samping nutrien penting lain seperti protein, zink, magnesium dan vitamin D yang diperlukan untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat. Segelas susu berkalsium tinggi mengandungi 500 miligram (mg) kalsium dan dua gelas susu tersebut cukup untuk membekalkan jumlah kalsium yang disarankan setiap hari.

(sumber: http://pmr.penerangan.gov.my/)



Bagaimana osteoporosis berlaku? 


  • 99% simpanan kalsium adalah pada tulang dan gigi.
  • 1% lagi ada dalam darah.
  • 1% ini adalah untuk memastikan fungsi tubuh berjalan dengan sempurna.
Biasanya apabila seseorang tidak mendapat jumlah kalsium yang mencukupi (untuk 1%), kalsium simpanan di dalam tulang dan gigi akan diambil bagi memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik.
Sekiranya keadaan kekurangan kalsium dalam darah berterusan dan tidak digantikan, kepadatan tulang akan merosot.


Daripada gambarajah di atas, didapati bahawa osteoblast, iaitu sel tulang bertugas untuk membina tulang dengan memasukkan kalsium ke dalam tulang sementara osteoclast juga sel tulang bertugas sebagai memakan tisu tulang dengan menarik keluar kalsium dari tulang.

Kedua-dua sel ini adalah penting untuk menjaga keseimbangan kalsium dalam darah serta menjaga kedinamikan dan kesihatan tulang . 

Aktiviti osteoblast dikawal oleh hormone calcitonin dan osteoclast dikawal oleh hormone parathyroid.

Ketidakseimbangan yang berlaku di antara kedua-dua hormone dalam beberapa penyakit ini menyebabkan salah satu sel bertugas dengan lebih aktif dari yang lain. Kalau osteoclast lebih aktif, maka BMD (bone mineral density) rendah dan osteoporosis boleh berlaku.




Klasifikasi Osteoporosis


Terdapat 2 jenis iaitu Primer (Primary) dan Sekunder (Secondary) :

1. Osteoporosis Primer

Antara sebab-sebabnya ialah:-
  • Selepas menopos atau putus haid – kurang estrogen sebabkan BMD rendah
  • Berkaitan dengan umur – umur yang meningkat, semakin tinggi risiko dapat osteoporosis
  • Tidak diketahui- jarang berlaku

2. Osteoporosis Sekunder

Antara penyebabnya ialah:-

  • Penyakit endocrine seperti Cushing’s Syndrome, hypogonadism, thyrotoxicosis dan hyperparathyroidism.
  • Ubat-ubatan seperti Glucocorticoids atau steroids ( 5 mg sehari untuk lebih dari 3 bulan), Heparin yang digunakan untuk waktu lama dan ubat sawan seperti Phenytoin
  • Penyakit-penyakit kronik seperti kerosakan ginjal atau buah pinggang, penyakit hati seperti liver cirrhosis, penyakit malabsorption iaitu selepas pembedahan buang perut dan penyakit sendi kronik spt Rheumatoid arthritis
  • Lain-lain seperti nutritional iaitu kurang pengambilan zat kalsium dan juga penyakit barah.


Apakah penyumbang kepada osteoporosis?


Faktor-faktor berikut di bawah boleh menyumbang kepada osteoporosis iaitu:-

( Faktor-faktor Non-modifiable / yang tidak boleh diubah )
  • Umur yang meningkat
  • Kumpulan ethnik- orang berketurunan Cina dan “orang putih”
  • Menopos sebelum masanya iaitu umur kurang dari 45 tahun termasuk menopos disebabkan pembedahan rahim dan ovary
  • Saiz badan yang sediakala kecil
  • Keturunan- Sejarah ahli keluarga spt ibu, ayah dan adik beradik yang pernah mengalami osteoporosis
  • Faktor-faktor modifiable/ yang boleh diubah
  • Pengambilan kalsium dan Vit D yang rendah- masyarakat di Malaysia kurang minum susu
  • Tahap aktiviti – kurang senaman boleh reputkan tulang
  • Merokok berlebihan
  • Mengambil minuman berakohol
  • Mengambil caffeine berlebihan
  • BMI yang rendah iaitu kurang dari 19 kg/m2 ( BMI= Berat (kg) / tinggi(m) x tinggi (m)
  • Kekurangan hormone estrogen
  • Makanan yang terlalu asidik – darah perlu pada ph neutral, maka, hormone parathyroid akan rangsang osteoclast ambil kalsium dari tulang


Diagnosa :

Osteoporosis dikatakan “silent disease”, di mana biasanya tiada tanda apa-apa. Hanya setelah mengalami patah tulang baru diagnosa dibuat.

Walaubagaimanapun, antara tanda-tanda yang biasa dilihat ialah bongkok yang keterlaluan (dorsal kyphosis) macam dalam gambar awal, patah tulang ketika kecederaan yang minima, kurang ketinggian disebabkan tulang belakang dihimpitkan, dan sakit tulang belakang.

Osteoporosis Primer hanya dibuat setelah di kecualikan sebab-sebab Osteoporosis Sekunder yang telah disebutkan tadi.


Antara penyiasatan yang boleh dilakukan ialah:-


  • Bone mineral density test (BMD) – guna mesin X-Ray spt DXA, SXA, juga menggunakan Ultrasound tulang tumit mudah didapati di hospital swasta
  • X-Ray tulang belakang, pinggul
  • Ujian darah/ air kencing – tahap kalsium, fungsi ginjal dan penyakit2 lain
  • Tahap hormone dalam darah – hormone T4, TSH, FSH, LH, testosterone

Langkah - langkah pencegahan :

A. Pengambilan kalsium dan Vit D yang mencukupi

Rakyat Malaysia dikatakan mengambil hanya 300-500 mg susu sehari sedangkan, bagi wanita 19-49 tahun – 800 mg sehari diperlukan.

Bagi wanita lebih dari 50 tahun – 1000 mg sehari diperlukan.

Antara makanan yang mengandungi kalsium termasuk:-
  • Yogurt biasa 2% 1 cawan – 415 mg
  • Susu tinggi kalsium 1 cawan – 500 mg, susu biasa cuma 300 mg
  • Susu skim 1 cawan – 300 mg
  • Keju 1 cawan – 217 mg
  • Kacang soya ½ cawan – 88 mg
  • Broccoli ½ cawan – 89 mg
  • Buah oren – 52 mg
  • Ikan salmon 3-4 oz – 225 mg

Dicadangkan agar di samping minum susu, diambil juga tambahan pil kalsium karbonat atau kalsium sitrat.

Vitamin D pula, jika kita terdedah pada matahari selama lebih dari 15 minit sehari, maka sudah mencukupi untuk kita. Bagi, wanita yang berumur, terlantar di katil atau yang kurang membuat aktiviti di luar, maka diperlukan 800 IU sehari yang boleh didapati dalam pil multivitamin atau kalsium. Vit D juga boleh didapati dalam telur, daging dan ikan salmon dan sardin.

B. Tingkatkan berat badan bagi wanita yang BMI kurang dari 19 kg/m2

C. Tingkatkan senaman “weight bearing” atau aktiviti fizikal tetapi jangan keterlaluan.

Seeloknya 3-4 kali seminggu untuk 20-30 minit setiap kali bagi mengekalkan
keseimbangan hormone.

Contohnya, lebih baik jalan kaki daripada naik kereta apabila ke kedai berdekatan,
naik tangga daripada naik lif bila ke pasaraya dan berdiri daripada duduk.

D.  Kepentingan postur atau cara yang betul untuk duduk, jalan dan berdiri, juga untuk angkat barang, di mana pamphlet boleh didapati di klinik dan hospital.

E. Elakkan minuman berakohol.

F. Kurangan pengambilan kopi, teh dan coklat.

G. Elakkan merokok.

H. Bagi wanita berumur, elakkan daripada mudah jatuh dan tercedera.

(sumber : http://www.imedik.org/)




Apakah alternatif untuk mencukupkan pengambilan kalsium harian anda selain makanan
dari diet harian anda ?






Kenapa perlu ambil Ostematrix ?

Diet harian yang tidak seimbang dan ketidakcukupan pengambilan kalsium boleh berlaku.



Apakah kelebihan Osteomatrix ?

Shaklee OsteoMatrixTM offers comprehensive nutritional support for bone formation and maintenance.

Provides :

  • 1,000 mg (100% DV) of calcium from concentrated, 
  • Soluble sources and 400 IU vitamin D (100% DV) to facilitate calcium absorption.
  • OsteoMatrixTM also supplies 400 mg (100% DV) of the bone mineral magnesium, and vitamin K (50% DV) to support skeletal mineralization.
  • The trace minerals zinc, copper and manganese (10% DV) are included as enzymatic co-factors for bone matrix synthesis, and boron for its role in mineral metabolism.


* This balanced formula is delivered in small, easily swallowed caplets to promote patient compliance.
(sumber :http://physicians.shaklee.com/)


Siapa perlu ambil Osteomatrix ?

  • Wanita (bermula remaja dan sudah baligh-sebaiknya lebih awal kerana setiap kali fasa haid, banyak nutrien dan mineral hilang dari tubuh kita)
  • Wanita hamil dan menyusu (sekurang-kurangnya 1200 mg/f sepanjang kehamilan untuk menyokong pembentukan tulang, gigi dll anak yang sihat tanpa memberi kesan kekurangan kalsium kepada ibu)
  • Lelaki juga mesti mengambil kalsium untuk mengelakkan osteoporosis walaupun ianya sering terjadi kepada wanita tetapi seiring usia dan diet yang tidak seimbang, kandungan kalsium akan berkurangan, juga untuk keseimbangan fungsi badan).
  • Lelaki dan wanita warga emas (untuk memastikan kekuatan tulang yang maksimum dan fungsi badan yang lain baik).


Kenapa Osteomatrix Shaklee bukan yang lain ?





Bagaimana untuk mendapatkan Shaklee Ostematrix?


Hubungi UM : 013 - 931 5387

(konsultasi akan diberikan secara PERCUMA , jelas dan detail).

0 comment... add one now