Bangkitkan Rohmu Agar Hidupmu Lebih Berkualiti.
Salam Jumaat penuh barakah.
Tajuk hari ini macam judul buku kan? Hihi. Alhamdulillah, UM baru rasa macam baru terkejut daripada lena yang panjang. Sentap sungguh bila ada orang yang tanya tentang roh ni. Ye dak? Kalau jumpa kawan tanya Apa khabar iman? Boleh tahan lagi rasanya. Tapi... kalau orang tanya , Apa khabar roh awak hari ni?..Terasa jugak lucu soalan tu. Sebab kedengaran asing bukan? Ape tanya roh orang. Tak meninggal lagi kot. Mungkin itu yang kita rasa.
Akan tetapi, ada benarnya soalan itu. Allah jadikan manusia dengan dua komponen besar yang utama, roh dan jasad. Jasad adalah yang nampak secara fizikal. Naik jerawat sebiji pun dah kecoh kalau orang perempuan. Roh sakit, tak cukup makan, tiada siapa yang tahu. Orang biasa selfie, welfie luaran, mekap cantik tetapi dalaman hanya Allah yang tahu.
Sedih...saat perjanjian di alam rahim lagi roh kita yang berjanji untuk menjadi hamba Allah yang taat perintahNya. Bila keluar ke dunia, membesar, akil baligh, dewasa, macam-macam telah terjadi. Betul kan? Apa yang dijanjikan tidak selari dengan apa yang diamalkan di dunia. Jasad sakit ada ubatnya, jumpa doktor, nak jaga kesihatan jasad, makan makanan yang sihat, ambil suplemen, jogging petang-petang.Roh sakit, adakah kita buat perkara yang sama? Atau biarkan ianya semakin parah.
Mutakhir ini, ramai orang yang jiwanya sakit bahkan koma. Kenapa? Jawapan UM satu je...kurangnya zikrullah.Itu yang UM rasa. Bersyukur sangat-sangat, ada sahabat yang mengingatkan UM tentang ini. Allah sayang UM. Allah hantar teman-teman yang baik dalam Shaklee, di luar Shaklee, jiran-jiran dan sebagainya yang mengingatkan UM tentang roh yang telah lama koma. Kita tak susun masa betul-betul,zikirnya kurang,solatnya laju-laju kejar masa, hp nya bukan main lama pegang. Nak berlama-lama dengan Allah takut customer lari sebab lambat balas wasap dia? Pernah rasa macam tu tak?
Azan dah berkumandang. Berhenti di sini dahulu. Moga ianya menjadi titik muhasabah untuk kita.
Selamat kembali mencari cintaNya.