Kisah Aku Dan Si Kecil Aedes

Bismillahirrahmanirrahim..

Alkisah 9 hari sebelum Ramadhan tahun ini berakhir, saya diuji Allah dengan Sang Nyamuk Aedes. Macam berhikayat pula...Senang cerita, demam denggi lah ya.


Demam denggi adalah sejenis penyakit yang berpunca dari gigitan nyamuk. Statistik jelas menunjukkan bahawa demam denggi adalah salah satu dari masalah kritikal dalam dunia kesihatan moden bukan sahaja di Malaysia tetapi masalah kesihatan global.Sebab itulah ada iklan tv "Hapuskan Aedes'.Hehe...


Terdapat beberapa jenis demam denggi tetapi denggi berdarah adalah yang paling berbahaya kerana ianya boleh membawa maut. Punca utama penyakit ini adalah apabila nyamuk Aedes betina hinggap dan menggigit tubuh manusia sekaligus menyebarkan virus Denggi (genus Flavivirus).


Kemudian, pesakit akan mengalami simptom seperti demam tiba-tiba, sakit kepala kronik, bebola mata sakit, sakit sendi/otot, sakit pinggang luarbiasa dan badan gatal-gatal beserta bintik-bintik merah.


Dalam kes saya hari itu, memang tak jangka demam denggi. Mula-mula kena,perut rasa kembung,sakit segala sendi,mata tak boleh melilau,sakit sangat...so,tak boleh nak jeling-jeling orang dah...hehe. Mula-mula saya ingat angin,tetapi petang hari tersebut, sakit kepala yang 'super' menyerang diikuti demam panas yang tiba-tiba, dan malam berikutnya saya muntah dan cirit-birit, tapi alhamdulillah muntah dan cirit-birit tidak berlanjutan. 5 hari saya berulang-alik ke klinik untuk 'blood test'. Setiap hari platelet semakin menurun bacaannya. WBC (White Blood Cell) pun menurun. Waktu itu saya sudah tidak demam tetapi tidak boleh berdiri dan pening. Kata kawan saya yang bekerja sebagai doktor, biasanya 'critical phase' 3-5 hari, tapi saya punya 'critical phase' selepas 6 hari iaitu hari ke 7-8. Memang pelik. Dan doktor juga cakap denggi memang pelik, kadang-kadang kesnya tidak terjangka.

Selepas 5 hari, doktor 'refer' ke hospital. 'Warded'.3 hari sebelum raya. Sedih sangat. Sapa nak beraya di hospital weh! Platelet keep dropping. Waktu itu dah turun 46. Normal 150-380 tak silap saya.Doktor risau sebab dalam masa yang sama saya 'period' dan 'period' saya awal 10 hari dari tarikh yang sepatutnya. Memang saya perasan, 'period' saya juga 'heavy' sangat pada hari kedua dan ketiga, tapi alhamdulillah, kembali normal pada hari-hari seterusnya.

Tiga hari dua malam saya di hospital. Siksanya Allah yang tahu. Hari kedua, saya berulang alik ke tandas dengan wayar dan 'drip' lebih kurang 20 kali. Setiap kali nak ke tandas kena panggil 'nurse, untuk stopkan machine tu...entah apa namanya,tapi memang orang demam denggi akan dipasang 'drip' bersama 'machine' tu untuk kira berapa liter air yang dah 'dimasukkan'.Yang saya minum saja 4.5 liter sehari, kadang 3.5 liter. Memang kenyang air.


Paling melucukan, ketika di hospital, saya tidak gosok gigi pun,berkumur je, sebab waktu hari pertama saya gosok gigi, nampak macam ada darah. Saya takut sangat...hari tersebut juga macam ade 'nose bleeding' tapi sangat sedikit.Risau sebab takut bleeding, dahla 'period',platelate tak naik-naik. WBC pun makin turun bacaannya.Saya tertidur setiap malam di hospital dengan zikir Ya Allah..Entah beribu kali rasanya. Doa. Positif.

Malam kedua saya bermalam di hospital, Alhamdulillah platelate saya naik 50 dan WBC dah 3.1.

Hari Khamis, sehari sebelum Aidilfitri saya discharge. Dengan platelate 58 sahaja!! Tetapi doktor berani bagi keluar sebab saya boleh makan, berjalan dan tiada simptom-simptom denggi yang lain dah macam muntah, cirit-birit, atau sakit perut.Repeat test darah lebih kurang seminggu kemudian. Rasa letih dan lesu memang tidak dinafikan. Orang lain beraya, saya tidur.


Surprisingly, selepas 5 hari saya discharge, saya ke klinik lagi untuk test darah. Alhamdulillah,platelet saya 321, WBC saya 5.3. Wah! Alhamdulillah.Cuma hingga saat entri ini ditulis, saya masih menunggu result untuk LFT (Liver Function Test). Semoga segalanya baik.


Saya 'share' apa yang saya buat dan makan sepanjang 'survive' denggi untuk rujukan semua.Kenapa? Tiada rawatan khusus untuk denggi...Tetapi suplemen-suplemen dan cadangan makanan ini boleh membantu dengan izin Allah.


Apa yang saya makan ?

  • Minum air suam / air masak dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 3-4.5 liter sehari.
  • Reneh sup ketam nipah, hirup supnya.
  • Jus daun betik. Blend daun betik yang matang bersama sedikit air.Tapis dan letakkan 1-2 titis stevia untuk mengimbangi rasa pahitnya.
  • Jus delima. Saya minum pati delima gulsan je. 2 sudu pagi, 2 sudu malam.Madu 2 sudu pagi 2 sudu malam.
  • Makan buah terutamanya tembikai.
  • Perfomance Drink- membantu dalam menyembuhkan demam denggi. Performance Drinks Shaklee membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.Suhu tubuh yang tinggi disebabkan oleh demam ini menyebabkan berlakunya dehidrasi (kehilangan cecair yang banyak dari dalam tubuh). Dengan pengambilan Performance Drinks ini akan membantu tubuh untuk berhidrasi dengan lebih baik. Terbukti dengan ujian klinikal dan yang paling penting ianya adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula.
  • ESP-sumber protein dan tenaga sepanjang fasa 'survival' denggi juga membantu pembentukan sel-sel darah dan membnatu meningkatkan platelate.
  • Vitamin C-membantu pembentukan sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman,membantu mengukuhkan sistem imun badan.
  • Nutriferon-bertindak sebagai ‘immune booster’ yang meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit. Nutriferon adalah dipatenkan eksklusif satu-satunya di dunia membantu mempertingkat interferon dalam tubuh.

Apa yang saya buat?

  • Banyakkan doa
  • Banyakkan zikir (jika terlalu letih cukup ulangi Ya Allah hingga beribu-ribu kali niat untuk kesembuhan segera dan sempurna)
  • Sentiasa beritahu diri sendiri 'saya akan recover dengan cepat!'



Bantu rakan-rakan, saudara-mara...

Hawa Hassan
013-4396973

1 comment... add one now

MaisarahSidi MaisarahSidi August 19, 2015
perkongsian yang bagus..memang kena hapuskan aedes ni. hehe

Maisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com :)