Awas ! Soya Tidak Baik Untuk Kesihatan

Bismillahirrahmanirrahim...

Ramai juga di kalangan kita yang masih tertanya-tanya, benarkah soya penyebab kanser? Benarkah soya itu tidak baik untuk kesihatan ? .Sehingga sekarang, masih banyak pihak yang berbeza pendapat tentang soya ini.



Jom kita lihat, apa yang dikatakan tentang soya.

3 perkara utama yang sering digembar-gemburkan tentang keburukan soya :
  • Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
  • Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
  • Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Terdapat juga fakta-fakta lain yang menyokong 3 keburukan soya di atas :

  • Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual. Benarkah??

  • 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita.

  • Kacang soya mengandungi satu susunan fitokimia iaitu komponen yang aktif secara biologi  iaitu isoflavone (komponen sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan simptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.).Walaubagaimanapun, kandungan isoflavone tidak dapat diekstrak terus dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

  • Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih tinggi berbanding kekacang lain.

Itulah beberapa informasi yang pernah UM baca tentang soya . Bahkan ada yang mengatakan soya akan merencatkan kesuburan lelaki !. Soya juga digembar-gemburkan kebaikannya kerana pengeluar utama kacang soya adalah Amerika Syarikat dan secara tidak langsung nilai komersial soya akan meningkat. Bahkan dibandingkan dengan pemakanan sunnah seperti kismis, kurma , buah tin , madu , habbatussauda' dan susu kambing.

Baiklah. Pendapat UM secara peribadi, sebagai orang yang pernah berada di dalam 'dunia makanan' dan 'pemakanan' ini, semua tumbuhan dan binatang yang diciptakan Allah adalah anugerah termasuklah kacang soya dan segala makanan lain termasuk makanan sunnah itu. Setiap satunya ada kelebihan dan kebaikannya kepada tubuh manusia. Dan kita sebagai manusia haruslah mengambil setiap satunya secara tidak berlebihan dan harus diingat, perlunya variasi dalam pola pemakanan seharian kita. Kenapa ? Kerana ada nutrien yang terkandung di dalam Buah A tidak ada di dalam Buah B. Itulah hikmahnya Allah menciptakan kepelbagaian dalam alam ini.Betul kan?

Berbalik kepada isu soya itu tadi, sebarang fakta mengenainya perlulah didasari dengan kajian yang mendalam dan ilmu bukan hanya mengambil sana-sini info tanpa mengkajinya. Fakta-fakta di atas ada masanya boleh diterima.

Ya! Benar. Soya boleh menjadi penyebab kanser! Bagaimana ?.

Dalam hal ini, kita perlu mengambil kira :
  • Sumber soya tersebut (GMO atau Non- GMO). Kenapa? Ianya sangat berkait rapat dengan terjadinya kanser.
  • Cara pemprosesan soya tersebut. Kenapa ? Ada cara pemprosesannya yang memberi seribu manfaat dan ada cara pemprosesannya yang menyebabkan soya berubah menjadi toksik kepada badan manusia!
       (Akan dikupas di dalam entri khas nanti. Tunggu ! )


 " Saya minum produk berasaskan soya jenama XXXX, katanya ia sudah melengkapi diet harian saya. Benarkah? ".
Tidak !. Susu soya atau produk soya semata-mata tidak mungkin melengkapi diet harian kita. Badan kita masih lagi memerlukan pelbagai nutrien yang mungkin ada di dalam makanan lain. Sebab itulah UM sendiri mengamalkan pemakanan sunnah (madu, kurma, kismis, habbatussauda',susu kambing) juga walaupun dalam masa yang sama mengambil makanan atau minuman berasaskan soya serta makanan tambahan yang lain untuk melengkapi keperluan nutrisi harian memandangkan pola pemakanan kita yang kurang teratur, pilihan makanan yang kebanyakannya menggunakan racun (di dalam sayur-sayuran dan buah-buahan), cara memasak yang salah yang boleh melenyapkan nutrien dalam makanan dan sebagainya.

Untuk menjawab soalan di awal- awal entri ini dan juga informasi-informasi yang ditemui itu, suka UM kongsikan video di bawah. Mari kita tonton video ini hingga habis. Hehe


My Favourite Soy (klik sini)

Wallahu A'lam...Semoga bermanfaat untuk semua. PEACE !

0 comment... add one now