6 Tips Kesuburan Lelaki Yang Berkesan Untuk Cepat Dapat Zuriat

Bismillahirrahmanirrahim..

Biasa kita dengar kan? Lelaki mandul atau lelaki tidak subur. Namun, lebih menjadi kebiasaan dalam  masyarakat kita,menuding jari kepada kaum wanita jika pasangan tersebut lambat menimang cahayamata. Ya kan? Pernah ada orang tanya bila nak dapat anak? Bila nak tambah anak? Kau mandul kah?..Haa..soalan terakhir itu pernah ditanya oleh seorang mak cik kepada UM. Alhamdulillah, Allah mengurniakan kesabaran yang indah sehingga UM mampu senyum dan menjawabnya dengan baik.



Berdasarkan kajian, faktor ketidaksuburan lelaki dan wanita adalah sama. Ini bermakna wanita dan lelaki menyumbang kepada kegagalan pasangan mendapat zuriat dengan peratusan yang sama iaitu 35%. Lihat gambarajah di bawah.



Baiklah. Apakah tips kesuburan lelaki yang berkesan untuk cepat dapat zuriat ?

Sebelum itu mari kita lihat punca masalah kesuburan lelaki.

Ada tiga tahap punca masalah kesuburan lelaki secara umum iaitu :

Pra testikular

Pra testikular ini terjadi disebabkan oleh gangguan hormon. Walaupun buah zakar anda tiada masalah dan normal namun ianya tidak terangsang sekaligus tidak mampu menghasilkan sperma.

Testikular

Testikular adalah satu keadaan dimana terjadinya kerosakan sel pada buah zakar. Kerosakan ini memberi kesan kepada penghasilan sperma yang tidak sihat.

Post testikular

Situasi ini lebih parah. Anda mampu menghasilkan sperma secara normal namun langsung tidak mampu untuk berejakulasi semasa melakukan hubungan intim.

Tips Kesuburan Lelaki Yang Berkesan !

Terdapat beberapa tips mudah yang  boleh diamalkan  jika anda mahu menghasilkan sperma yang sihat dan kuat.

1. Jauhi hubungan seks yang tidak sihat (secara bebas)

Amalkanlah seks yang bermoral dan mengikut landasan agama dengan pasangan yang sah dinikahi mengikut syara’ kerana anda akan tahu sejarah pasangan anda itu. Ini bagi menghindari anda dari diserang oleh penyakit kelamin yang dahsyat seperti kencing bernanah (gonorea) atau serangan kulat pada alat sulit anda.

2. Amalkan pemakanan seimbang dan sihat

Diet yang sihat adalah penting untuk kesihatan dan kecergasan tubuh. Banyakkan makan kekacang, ikan salmon, daging, bawang putih dan epal. Terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan kerana antioksidan di dalamnya akan memastikan penghasilan sperma yang lebih sihat .

3. Rajin bersenam dan dapatkan BMI unggul

Tidak dinafikan lagi, senaman penting untuk kesihatan luaran dan dalaman. Senaman juga penting untuk memastikan kalori terbakar agar berat tubuh sentiasa seimbang. Menurut kajian, berat badan berlebihan memberikan impak yang buruk kepada kualiti, pergerakan dan bilangan sperma.

4. Uruskan stress dengan baik

Jangan biarkan stress menguasai diri dan emosi. Jika anda stress cuba buat perkara yang menghilangkan stress seperti mendapatkan tidur yang cukup atau mengeluarkan peluh dengan bersenam kerana stress akan mengganggu hormon seterusnya merencatkan penghasilan sperma.

5. Banyakkan aktiviti fizikal.

Pastikan kita mengamalkan gaya hidup yang aktif dan banyak bergerak. Ia penting supaya sel-sel tubuh sentiasa kekal aktif.

6. Elakkan pakaian ketat

Pakai seluar dalam yang longgar dan jangan tidur dengan memakai seluar dalam. Memakai seluar dalam yang ketat dan sendat adalah antara punca kemandulan dan sperma yang tak berkualiti.

Untuk pemakanan dan diet yang sihat, lelaki memerlukan beberapa vitamin dan mineral untuk mencukupkan keperluan badan untuk menghasilkan sperma yang 'power!' dan juga menjaga sistem reproduksi lelaki supaya berfungsi dengan baik.

Apa kata pakar ?


Kesimpulannya, lelaki memerlukan Vitamin E, C , A untuk mendapatkan sperma yang berkualiti. Ianya juga penting untuk kesihatan seluruh sistem pembiakan lelaki.

Mineral seperti zink juga dikaitkan dengan kesuburan lelaki.

Baca selanjutnya di SINI (klik link di bawah) :

1. Zink : Mineral Penting Untuk Lelaki
2. Lelaki Punca Pasangan Tiada Zuriat

Semoga bermanfaat..

0 comment... add one now