5 Jenis Sakit Kepala Dan Cara Mengatasinya

Bismillahirrahmanirrahim..


Hampir semua orang sering berdepan dengan masalah sakit kepala. Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan gejala ini terjadi. Antaranya ialah kurang tidur, stres disebabkan kerja (surirumah tidak terkecuali) atau belajar.


Ia boleh menjadi keseluruhan atau sbahagian kepala. Lebih teruk lagi, ia boleh menular ke wajah, mata, gigi, leher dan rahang bawah.Ia boleh datang dalam bentuk nyilu,berdenyut-denyut,berat, menusuk dan pelbagai lagi. Ada yang hanya mengalami sekejap sahaja, namun ada yang berhari-hari malah berbulan-bulan.

4 jenis sakit kepala yang perlu diketahui secara umumnya :

1. Sakit kepala sinus

Jika anda sering mengalami tekanan di sekitar mata, pipi, dan kening serta kepala berdenyut-denyut, ia mungkit disebabkan oleh penyakit sinusitis. Namun, janagn membuat andaian sendiri berkaitan sakit kepala ini kerana ramai yang menyangkakan mereka cuma mengalami migrain atau tension headache sahaja. Pemeriksaan doktor adalah sangat perlu.Sekiranya anda disahkan sinusitis, akan diberikan antibiotik, ubat untuk melegakan pernafasan atau terpaksa melakukan pembedahan. Jadi, untuk mengelakkan ianya terjadi :
  • Jagalah kebersihan saluran sinus
  • Selalu mencuci tangan
  • Jangan merokok dan terdedah kepada asap
  • Prihatin terhadap kelembapan udara sekeliling anda
  • Makan suplemen yang boleh membantu meningkatkan imun badan seperti NUTRIFERON (klik sini)

2. Tension headache

Ia boleh menyebabkan rasa sakit ringan atau sederhana di sekeliling kepala, leher, dan wajah. Boleh terjadi sekiranya anda stres, cemas atau letih. Sakit kepala seperti ini bersifat umum dan puncanya masih belum dikenalpasti. Namun ia mudah diubati dengan cara berikut :
  • Makan ubat atau suplemen yang betul. (UM selalunya mengambil B-Complex Shaklee untuk stres).
  • Tuamkan ais yang dibungkus dengan kain di kepala.
  • Mandi di bawah air hangat
  • Mengatur jadual kerja dengan baik
  • Ambil sedikit masa untuk diri sendiri dengan cara berehat dan bercuti
  • Picit perlahan pada bahagian otot kepala, leher dan bahu dengan hujung jari anda atau minta orang lain untuk melakukannya.

3. Migrain

Ia menyebabkan rasa sakit berulang-ulang di satu sisi kepala selama beberapa jam dan ada yang berlanjutan sehingga beberapa hari. Lebih teruk, anda hanya ingin berbaring di tempat yang sunyi dan gelap.

Ada beberapa tanda-tanda migrain seperti terlihat kilatan cahaya, lemas atau kebas pada kaki dan lengan. Kadang-kadang ia turut disertai rasa mual, muntah dan sangat sensitif terhadap cahaya dan suara.

Beberapa cara untuk mengurangkan simptom migrain adalah :
  • Lakukan perubahan pada gaya hidup anda . (pilih gaya hidup sihat dengan pilihan diet sihat dan senaman setiap hari)
  • Lakukan meditasi atau yoga dan peruntukkan masa sekurang-kurangnya setengah jam sehari untuk perkara yang menenangkan seperti mendengar alunan al-quran, berkebun atau membaca.
  • Dapatkan tidur yang cukup.
  • Jika stres, berehat di tempat gelap dan sunyi.
  • Tingkatkan amalan rohani seperti tilawah, zikir harian dan solat sunat serta qiamulail yang boleh memberikan ketenangan.
  • Sediakan satu diari dan tuliskan apa sahaja berkaitan migrain anda. Catatan tersebut membantu anda berjaga-jaga dengan punca migrain dan rawatan yang berkesan.

4. Cluster headache

Sakit kepala jenis inicukup menyakitkan. Kepala terasa seperti ditusuk pada satu bahagian dan kebiasaannya berlaku di sekitar mata. Ia sering menyerang kaum lelaki di malam hari dan sangat berkait rapat dengan pengambilan alkohol. Ia boleh terjadi berminggu-minggu malah lebih teruk berbulan-bulan. Namun, ia tidak seteruk mereka yang mengalami migrain atau tension headache. Pelbagai rawatan dapat membantu untuk mengurangkan daripada terkena serangan.
  • Jauhi minuman beralkohol
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Jangan merokok atau jauhkan diri dari asap rokok
  • Tetapkan rutin tidur anda setiap hari
  • Elakkan dari terdedah atau terhidu bahan-bahan meruap seperti minyak tanah,cat minyak atau petrol.

5. Hipertensi (tekanan darah tinggi)

Tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan sakit kepala. Akibatnya kepala terasa berat dan leher menjadi tegang. Selain faktor keturunan, cara hidup dan pemakanan yang tidak sihat juga menjadi penyumbang kepada masalah ini.Pengambilan ubat-ubatan sahaja tidak membantu masalah ini.
  • Elakkan atau kurangkan makanan tinggi lemak dan garam
  • Kurangkan stres
  • Rajin bersenam
  • Amalkan gaya hidup sihat

AWAS ! Sakit kepala juga menjadi tanda penyakit kronik seperti strok, tumor dan radang otak. Segeralah berjumpa pakar jika mengalami sakit kepala yang amat teruk.


Tip menghilangkan sakit kepala tanpa ubat :
  • Minum air kosong, air limau atau teh hijau
  • Bernafas lebih tenang sambil menutup mata
  • Spa, Stim atau mandi air hangat
  • Picit atau urutan kepala yang betul
  • Meditasi dan tidur
  • Fikirkan perkara yang menyenangkan
  • Banyakkan berzikir 


Semoga bermanfaat.

0 comment... add one now