Dicabar Suami Kerana Ingin Berbisnes

Pernah atau tidak anda dicabar oleh pasangan apabila ingin melakukan sesuatu atau senang ceritanya ketika anda menyuarakan untuk cuba-cuba berbisnes ?



Ini yang berlaku kepada UM. UM memilih untuk berbisnes atau bekerja dari rumah. Online la kata orang.

" Abang cabar income Shaklee ayang 10X ganda lagi banyak daripada gaji abang kalau nak buat sangat!".

 Awwww! Pedih telinga.

Kalau hati tisu dah hancur jadi habuk,berterbangan di angin lalu.

Oooo...erm... Dalam hati....(lebih daripada itu saya akan usaha,wait n see!). Bukan berlagak. Tapi memang betul pun. Dan saat ini UM melangkah ke arah itu. Jangan cabar .  Bukan 10X ganda, 20,30,40 pun boleh. UM  pulun pergi kelas, pergi kursus yang sesuai, menanam , menyiram dan membaja di beberapa blog kesayangan. Bagi peluang !.

Ya ! Bisnes Shaklee sistemnya sangat adil. Siapa rajin dia dapat banyak. Siapa bersungguh-sungguh dia dapat. Siapa malas, gigit jari.

 Alhamdulillah, cabar tu cabar juga. Tapi dialah suami yang terlebih sweet, lebih daripada Ejaz dalam drama tu..haha.

 Apa lagi ek? Haa Incik Garang itu... Dialah yang tolong COD. Dialah yang mendoakan UM. Dialah yang sering memberikan semangat kepada UM saat Um down.

Dialah juga yang tak pernah jemu ketuk UM, selain mak Shaklee UM.

" Blog dah update? ".

" Berapa sale hari ni?".

" Hujung bulan ni abang hantar pergi training bla...bla....,nanti apply".

" Nak buat apa pun kena istiqamah,dah nekad jangan buat sekerat-sekerat, tak dapat lagi sekarang tak apa, konsisten, hujungnya nanti pastikan terbaik! ".

" Laptop,internet dah balik modal?".

Stres pun ya. Bossy. Sweet. Garangness...campur gaul rata macam pulut gaul kelapa makan dengan ikan rebus goreng . Fuh! Terima kasih Allah, terima kasih My Encik Sweet tapi garang.

Pleaseeee....terus doakan saya ye .😍😍😍

Itu part ketuk, garang tapi best! Hihi. Ada satu part lagi yg mahu disebut di sini..

Bonda yang sentiaaaaaasa positif bahkan lebih positif berbanding saya. Kalau rasa agak tertekan...telefon mak.

" InsyaAllah, ada rezeki."

 "Mak doakan anak mak setiap masa tanpa henti."

Terima kasih Allah, terima kasih mak... Dah tak boleh nak menulis dah bab ini. Pandangan kabur!


Sebelum UM tamatkan entri kali ini...nak kongsi....


Ada 5 tip yang mungkin berguna bagi yang ingin berbisnes atau bekerja di rumah  dan mahu suami menyokongnya :
  1. Buktikan kalian boleh berdisiplin - bekerja di rumah memerlukan disiplin yang tinggi. 
  2. Buktikan dengan hasil - jika suami sudah nampak hasilnya, 3 angka,  4 angka sebulan malah lebih banyak daripada kerja hakiki, pasti kepercayaan bertambah.
  3. Rumah tangga dan anak-anak  tidak terabai. Dalam hal ini, susun urusan hidup seharian dengan baik dan teratur. 
  4. Tunjuk dan ajak suami berbincang mengenai target yang anda ingin capai dalam bisnes anda.
  5. Sekali - sekala belanjalah suami dengan duit hasil titik peluh anda berbisnes di rumah.
  6. Jangan lupa, sentiasa minta restu daripada suami sebelum melakukan apa-apa.


Semoga bermanfaat ya. Love !




0 comment... add one now