10 Fakta Mengenai Kacang Soya

Soya seringkali menjadi kontroversi di kalangan masyarakat kita. Pelbagai cerita yang tidak enak tentang soya kita dengar kan? Mari lihat 10 Fakta Mengenai Kacang Soya.



10 Fakta Mengenai Kacang Soya

1. Brazil merupakan negara pengeluar utama kacang dunia, diikuti Amerika Syarikat, Argentina dan China. Bagaimanapun Amerika Syarikat merupakan pengeksport kacang soya dunia).

2. Kacang soya mula ditanam di China (3500 Sebelum Masehi) dan kemudian benihnya mula dibawa masuk ke benua lain pada adab 20.

3. Kacang soya mula ditanam di Amerika Syarikat pada tahun 1765 oleh Samuel Bowen, pelayar Syarikat Hinda Timur yang membawa benih dari China.

4. Soya pertama ditanam di Georgia, Amerika Syarikat.

5. Tempe dipercayai mula diperkenalkan di Indonesia pada 1815 di Serat Centhini.

6. Tauhu mula dibuat pada Disnati Han 2000 tahun lalu di China. Kemudian tauhu mula diperkenalkan ke Korea dan Jepun.

7. Syarikat kicap pertama dunia ialah Kikkoman pada adab 17. Mogi dan Takanashi mula membuat kicap di Noda, Jepun, dan di situ jugalah kicap jenama Kikkoman bertapak dan jenama ini mula diperkenalkan ke dunia luar sehingga sekarang ini.

8. Di Inggeris orang pertama yang membuat kicap ialah John Locke pada tahun 1679.

9. Pada tahun 1688, Dampier berbangsa Inggeris menamakan kicap dalam bahasa Inggeris `soy’. Kemudian pada tahun 1899, Blasedale berbangsa Amerika Syarikat menamakan kicap dengan nama `soybean sauce’ dan ditukar pada tahun 1905 oleh bangsa Jepun, Oshima dengan nama `soy sauce’. Ejaan `soy sauce’ akhirnya disatukan `soysauce’ oleh Van Gundy pada tahun 1936.

10. Blairo Maggi merupakan taikun Brazil kerana dia adalah pemilik ladang kacang soya terbesar Brazil. Blairo juga merupakan gabenor untuk negeri Mata Grasso, Brazil.

Sumber : sajionline.com

Menarik bukan?

Semoga bermanfaat.

0 comment... add one now