4 Perkara Yang Perlu Dielakkan Jika Wanita Mahu Bisnesnya Berkat

Ramai wanita hari ini berbisnes. Kesibukan dan keghairahan berbisnes kadang-kadang menyebabkan ada perkara-perkara yang terlepas pandang.



Jika mahu bisnes berkat, elakkan 4 perkara ini :

1. Tok Imam dah baca Al-Fatihah, kita sibuk layan customer lagi@meeting bisnes tak habis-habis.

----> Solatlah dahulu.Lepas tu sambunglah.

2. Suami dan anak-anak sudah tunggu nak makan, isteri masih menguruskan order itu, order ini, hal itu, hal ini. 

---->Jika tiada hal mendesak emergency sangat-sangat, utamakan suami dan anak-anak. Jika emergency sangat minta izin daripada mereka elok-elok dan peruntukkan masa untuk itu. Kalau kata 10 minit, 10 minitlah, usah lebih.

3. Solat laju-laju takut customer-customer lari sebab lambat balas mesej.Atau takut terlepas masa nak hantar tender ke apa kan. Atau...Eh! Sekejap lagi orang Pos Laju nak datang ambil bungkusan..

---->Rezeki itu dari Dia. Jadi, selesaikanlah dulu yang wajib itu sebaiknya. Kata nak berkat!.

4. Doa lepas solat laju-laju sampai semput nafas sebab bunyi mesej masuk menderu-deru. ( Mungkin customer weh! ).Kena cepat! 

----> Apa fungsi doa ya?

Kesimpulan: 
Urus masa dengan sebaiknya.'Adjust' ikut kesesuaian masing-masing.Jadikan 5 waktu itu sebagai parameter.

Setakat ini dahulu tips tak seberapa. Peringatan untuk diri sendiri dan semua yang terlibat. Usah pandai cakap bisnes cari berkat tapi tak pandai buat. 

Peace! 😍😍😍😍😍

1 comment... add one now