Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, masih mampu mencoretkan sesuatu pada 'rumah' saya ini.
Risau melihat keadaan kanak-kanak sekarang. Baru-baru ini anak saudara sendiri bawa balik cerita.
" Kawan adik Nur A tu, sian dia, kalu waktu pehimpunan selalu cikgu suruh duduk. Takut pengsan sebab pernah pengsan". Allah ! Kesian.
" Kenapa dia pengsan dik?".
" Dia tak makan pagi kot. Cikgu suruh makan yang RMT pun tak makan juga sebab datang sekolah lambat."
Seringkali bila bercerita tentang isu makanan terutama sarapan untuk anak-anak, hati saya mudah sensitif. Budak 'food' biasa gini kot..(senyum). Banyak kes anak pengsan waktu perhimpunan di sekolah, anak mengidap diabetes kronik sejak kecil adalah disebabkan pola pemakanan yang diatur oleh keluarga masing-masing selain masalah genetik dan lain-lain yang sedia ada.
Tahukah anda sarapan pagi merupakan pengambilan makanan awal yang sangat penting kepada tubuh badan manusia ?. Ini kerana badan manusia memerlukan tenaga baru selepas enam hingga tujuh jam tidak makan kerana tidur.
Bagi si anak, tenaga merupakan sumber utama untuk memulakan pergerakan fizikal, keupayaan berfikir dan bertutur. Jadi, penting bagi anak anda memulakan harinya dengan pengambilan sarapan pagi yang berkhasiat.
Sarapan pagi adalah aktiviti makan dan minum yang dilakukan sebelum pukul 9 pagi untuk memenuhi 15 hingga 30 peratus keperluan khasiat harian sebagai sebahagian daripada pemakanan seimbang. Selain memberikan tenaga kepada anak untuk memulakan aktiviti hariannya, sarapan boleh menjadikan si kecil lebih sihat dan memorinya lebih baik kerana dengan sarapan pagi, anak anda automatik lebih bertenaga dan cergas menerima pelajaran di sekolah.Oleh itu ibu bapa perlu menyediakan menu seimbang untuk sarapan pagi anak-anak.
Dalam soal ini, ibu perlu bijak mengolah makanan menjadi hidangan lengkap dan seimbang yang mampu menyediakan khasiat yang diperlukan untuk anak-anak yang sedang membesar. Satu hidangan lengkap yang disarankan sepatutnya mengandungi khasiat lengkap karbohidrat, protein, vitamin dan mineral.
Contohnya, ibu boleh menyediakan sandwic ayam/sardin/tuna/telur yang dilengkapi dengan salad, tomato, keju. Pastikan anda menghiris halus salad dan tomato bagi membolehkan anak mudah memakannya.
Sekiranya anda menyediakan hidangan nasi goreng, jangan lupa menambahkan sayuran dan isi ayam atau daging.
Sarapan sihat untuk seisi keluarga tidak perlu terlalu banyak, yang penting nutrisi yang terkandung dalam sarapan yang disediakan itu adalah lengkap dan seimbang. Sebaiknya kurangkan penggunaan minyak dalam penyediaan sarapan pagi.
Jika ingin anak-anak membesar dengan sihat dan cergas, mulakan hari mereka dengan penyediaan sarapan pagi yang berkhasiat. Buatlah seringkas mungkin supaya tidak menyusahkan diri sendiri. Yang penting ibu perlu bijak memilih makanan berkhasiat untuk seisi keluarga.
Apa salahnya kan? Peruntukkan masa antara setengah hingga satu jam setiap pagi demi kesihatan dan perkembangan positif anak kita.
Pastikan anak-anak mengambil makanan ini untuk sarapan mereka :
Makanan berkanji.
Misalnya roti dan nasi. Makanan seperti ini penting kerana dapat membekalkan tenaga kepada kanak-kanak. Jika ingin memberi anak makan roti, pastikan roti itu pelbagai. Setiap hari roti yang berbeza dan menu yang berbeza. Contohnya, roti putih dibuat sandwic, roti gandum dibuat roti bakar dan roti pita pula dimakan bersama inti daging kisar. Jika anda ingin hidangkan kepada anak nasi pula, buatlah nasi goreng, nasi lemak atau bubur nasi.
Buah-buahan
Ketika bersarapan, elok jika anda dapat menghidangkan anak dengan buah-buahan. Paling tidak pun dengan jus buah segar. Hal ini kerana buah-buahan mengandungi banyak nutrien yang baik untuk kesihatan kanak-kanak. Termasuklah vitamin C. Makanan yang mengandungi vitamin C akan membantu kanak-kanak menyerap zat besi daripada makanan yang diambil mereka. Sebagai ibu bapa, anda kenalah pastikan anak mengambil sekurang-kurangnya 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Antara buah-buahan yang dicadangkan ialah buah epal, oren, anggur dan pisang.
Bijirin sarapan pagi
Bijirin sarapan pagi juga pilihan yang baik untuk sarapan anak kerana mengandungi tenaga dan beberapa vitamin dan mineral penting yang diperlukan tubuh. Akan tetapi, anda perlulah berhati-hati kerana di pasaran ada bijirin-bijirin yang mengandungi terlalu banyak gula dan garam. Untuk memastikan anda tidak tersalah pilih, perhatikan maklumat pemakanan yang terdapat pada kotak. Cari yang kurang manis dan kurang masin. Bagi menambahkan selera anak, tambahkan dengan potongan buah-buahan segar atau kismis. Secara tidak langsung, anak anda juga akan dapat khasiat daripada buah-buahan.
Makanan atau minuman yang kaya dengan kalsium serta vitamin.
Untuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat, jangan lupa berikan anak makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, keju dan dadih.
Dan..... satu kemudahan sebenarnya untuk para ibu dalam penyediaan sarapan untuk anak-anak.
Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
Meal Shakes juga sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tidak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
Fakta tentang Meal Shakes Shaklee:
- Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
- Sumber yang kaya dengan kalsium, serat dan protein.
- Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
- Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.
- Meal Shakes Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika tidak menyusu ibu) dengan dos satu sudu kecil sahaja. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, Meal Shakes Shaklee boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara semulajadi.
- Meal Shakes Shaklee juga boleh diambil sekiranya anda mahu menguruskan badan (selain rangkaian produk dalam program Weight Loss Shaklee iaitu Cinch) kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama. Bezanya dengan Cinch, antaranya ialah Cinch mengandungi Leucine untuk menjaga otot semasa program turun berat dijalankan.
- Kanak-kanak
- Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
- Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
- Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
- Warga tua
- Meal Shakes Shaklee boleh digunakan untuk menggantikan minuman berkafein.
Alhamdulillah... ianya membantu terutamanya ibu-ibu yang bekerjaya yang kurang masa untuk menyediakan sarapan untuk anak-anak..
Jom sediakan sarapan bermakna untuk seisi keluarga terutamanya si kecil !
Dapatkan segera Meal Shakes untuk anak-anak khususnya.
"Anak Sihat Anak Hebat Anak Soleh"...itu yang kita nak kan..
Wallahu a'lam.. Semoga bermanfaat!