Bismillahirrahmanirrahim…
Baru lepas sesi jiwang-jiwang karat, dengar lagu Teman Sejati – Brothers. Zaman sekarang dah tak berapa glemer dah lagu ni. Hehe. Itu sebabnya, tajuk entri jiwang rock kapak tu.
Perkongsian kali ini tentang Nutriferon. Pertama kali kenal ‘dia’ semasa demam denggi bulan puasa hari itu. Warded 3 hari,discharged sehari sebelum Raya Puasa dengan platelet 58 jer. Naik 8 je daripada hari pertama warded (platlet 50).
Boleh baca kisah denggi saya di SINI.
Daripada kisah denggi itulah saya mula mencari maklumat tentang Nutriferon ini. Produk Shaklee lagi. Kan saya dah kata, saya sangat obses dengan kesihatan, kecantikan, kegojesan….tapi tak mudah tepengaruh dengan iklan-iklan mewah selagi tidak tahu apa yang ada di sebalik produk.
Rasa manis-manis gitu... |
Nutriferon ni pun mamaalya a.k.a Pn Haridah yang suggestkan dalam group Konsultasi Shaklee. Dan…pertama kali dalam hidup saya meletakkan sepenuh kepercayaan saya kepada orang lain untuk produk yang saya nak makan..(tanpa research banyak)..itu pun sempat juga baca beberapa info tentang interferon ni dalam keadaan kepada sakit yang amat ketika itu.
Terima kasih kepada K.Erin, SID dari Kerteh datang hantar Nutriferon malam-malam (dekat pukul 12 tak silap)..Bulan puasa pula tu..Sebab kalau nak beli online waktu tu memang dah hari Khamis, Jumaat dan Sabtu kan cuti. Lambat la dapat. Satu pengajaran selepas ini. Simpan stok walaupun satu kotak je. Hehe..
Ok.. Habis cerita macam mana boleh kenal Nutriferon ni.
Apakah itu Nutriferon??
Buat pertama kalinya ditemui oleh Dr Yushiko Kojima dari Universiti Tokyo pada tahun 1954.
40 tahun kajian dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr Kojima telah Berjaya membangunkan satu-satu interferon semulajadi di dunia yang dinamakan NUTRIFERON.
Ekstrak 4 jenis tumbuhan iaitu LABU, BUNGA SAFFLOWER, HONEYSUCKLE JEPUN, dan biji PLANTAGO mempunyai kebolehan untuk merangsang pengeluaran semulajadi interferon tubuh.
Formulasi daripada bahan-bahan semula jadi ini telah dipatenkan dan menjadi hak milik Shaklee serta tidak dijual di mana-mana kedai. Hanya boleh didapati daripada Shaklee.
Selingan:
(bukan mudah kot untuk buat research, buat research untuk final year project pun dah stress bagi yang berada dalam dunia FoodTech..inikan pula melibatkan banyak ‘discipline’ Human Science, Food Engineering,Mechanical Engineering… dan lain-lain…sakit tu.. huhu, logik lah 40 tahun research dan dipatenkan.. ada berani duduk dalam lab 40 tahun research untuk satu produk je????2 tahun master study pun belum tentu..haha..)
Di dalam bidang perubatan, suntikan interferon ini banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hydrophobia (penyakit anjing gila), herpes dan HIV dan lain-lain. Ianya juga terbukti untuk melindungi badan daripada jangkitan influenza dan berbagai jenis penyakit yang diakibatkan oleh mikroorganisma (virus, bakteria, fungi dan lain-lain).
Kehidupan seharian kita terdedah dengan semua mikroorganisma ini kerana ianya wujud di mana-mana sahaja di dalam udara yang kita sedut dan tanah yang kita pijak. Bergantung kepada imun tubuh kita sama ada mampu melawan atau tidak. (Jelas kan?)
Interferons are a family of naturally-occurring proteins that are made and secreted by cells of the immune system (for example, white blood cells, natural killer cells, fibroblasts, and epithelial cells).Three classes of interferons have been identified:
- alpha,
- beta, and
- gamma.
Interferons do not directly kill viral or cancerous cells; they boost the immune system response and reduce the growth of cancer cells by regulating the action of several genes that control the secretion of numerous cellular proteins that affect growth.(sumber : http://www.medicinenet.com)
Interferon ini tidak membunuh virus dan sebagainya tetapi ianya memberi rangsangan kepada sistem imun tubuh untuk bertindak ke atas sebarang pencerobohan virus dan lain-lain ancaman dalam badan manusia.
Apakah manfaat utama NUTRIFERON dari bahan semula jadi ini?
- Mengukuhkan sistem imun tubuh dalam masa 3 hari
- Membantu melawan kanser dan tumor
- Membantu melindungi dari serangan influenza
- Membantu melambatkan penuaan – pelihara sel-sel agar tidak rosak akibat mikroorganisma
- Mengurangkan infeksi pesakit hepatitis B & C
- Dan banyak lagi. Sisitem imun kita mesti kuat kan untuk melawan sebarang pencerobohan penyakit!
Bila perlu makan NUTRIFERON ?
- Sebelum sakit sangat digalakkan.
- Semasa sakit sangat diperlukan.
- Setelah sakit berlalu sangat penting supaya ianya tidak berulang.
Wallahu a’lam..Insya Allah bersambung ke PART 2.
Sesiapa yang memerlukan NUTRIFERON sila hubungi saya ya..Insya Allah, bersedia membantu.