Azam 2016 UM. Sihat, Cantik , Kaya..Haha. Banyak lagilah sebenarnya, bukan duniawi sahaja. Sihat tubuh badan, sihat fikiran, sihat rohaninya..Cantik pula fizikalnya, imannya..Kaya pun sama, bukan kaya harta sahaja. Kaya jiwa, kaya dengan sifat mahmudah. Jangan salah faham ya. Hehe.
Ok lah, untuk sihat , cantik dan kaya ni, mari kita bedah satu persatu 8 Taktik Diet Untuk Dicuba :
KENAPA PERLU BERDIET ?
Salah faham yang sering berlaku, DIET disamakan dengan tidak makan pada waktu-waktu tertentu, jenis-jenis makanan tertentu, atau lebih parah tidak makan langsung atau makan sedikit terutamanya untuk menurunkan berat badan tanpa mengambil kira keperluan nutrien dan kalori badan.
Pernah atau tidak bila anda makan sedikit atau anda hanya menjamah makanan tertentu dalam kuantiti yang sedikit kawan-kawan bertanya, "KENAPA MAKAN SIKIT JE ? DIET KE ???...
UM pun biasa ditanya terutamanya bila ke Jamuan Hari Raya dan kenduri-kendara. Kan banyak makanan yang terhidang. Ada sesetengah orang, akan merasa semua jenis makanan yang ada. Ambil sedikit setiap satu jenis. Kan? UM jenis yang akan 'scan' dulu makanan yang ada, kemudian pilih 3 atau 4 dari kategori yang berbeza yang paling menarik minat UM. Tidak kisahlah ada berpuluh-puluh menu sekalipun. Paling penting, setiap kategori itu mewakili kelas makanan tertentu seperti protein, karbohidrat, vitamin, serat dan air. Mudahkan sebenarnya untuk menjaga pemakanan ?. Kita hanya perlu tahu apa yang perlu dan tidak perlu untuk badan. Itulah definisi DIET secara ringkas. Makan dengan kuantiti yang betul, masa yang betul, pilihan makanan yang betul.
Panjang pula bercerita tentang diet..
Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tetapi sukar untuk menjaga pemakanan atau diet harian, mulakan dengan sesuatu yang mudah. Abaikan dahulu program-program diet yang menyebabkan anda rasa susah untuk mengikutinya.
Mulakan dengan program diet peribadi contohnya dengan menciptakan kebiasaan pola pemakanan sekurang-kurangnya enam minggu. Walaupun ia memberi perubahan secara perlahan-lahan, sekurang-kurangnya cara ini memberi kesan.
Cubalah taktik ini :
Taktik 1 |
Taktik 2 |
Taktik 3 |
Taktik 4 |
Taktik 5 |
Taktik 6 |
Taktik 7 |
Taktik 8 |
Walaupun 8 taktik diet di atas adalah cara mudah untuk anda lakukan, tetapi anda harus ingat ada juga taktik yang perlu anda hindari demi mendapatkan berat badan yang ideal.
Berikut adalah taktik yang perlu dihindari :
Semoga bermanfaat untuk pembaca yang ingin meneruskan perjuangan untuk mendapatkan berat badan ideal..