Kasih ibu tanpa syarat, Cinta ibu tiada sempadan - UM
Benarlah, ibu mencintai kita sebagai anaknya sampai bila-bila. Ibu boleh bersabar dengan kita sampai bila-bila. Ibu 'concern' tentang hal kita sampai bila-bila. Even setelah berkahwin dan beranak pinak pun ibu masih bertanya..." Dik, sihat ? Dik, ada masalah ? Dik, duit cukup ? Dik, rumah baru ok? ".
Allah ! Entri juraian air mata lagi kali ini. Betapa beruntungnya UM memiliki ibu seperti mak.
Dan UM yakin ramai lagi ibu-ibu seperti mak UM.
" Nak stevia tak? Elok ni, buat pengganti gula. Mak dah tak makan mana dah gula."
" Boleh juga mak. Yang kak bagi bulan lepas pun dah nak habis".
" Makan kena jaga, muda lagi. Jangan makan bukan-bukan. Kita nak buat ibadah lama lagi kan. Kalau Allah panjangkan umur kita, sampai akhirnya pun kita nak buat ibadah banyak-banyak kan. Jadi, kenalah jaga makan minum. Banyak penyakit orang-orang muda sekarang ni. Asbab tak jaga makan minumlah tu ". Panjang bebelan mak. Hihi. Masa kecil-kecil dulu tak suka sangat dengar mak membebel. Lari pergi dekat arwah ayah. Sekarang, hari-hari mesti rindu nak dengar bebelan mak. Apatah lagi ayah, walaupun ayah jarang berleter.
Alhamdulillah..Ini dia...
Stevia yang mak bawa tu... |
Gambar terbaring pula ya. Haha.. |
Dan.. juga ini...Begenang lagi airmata UM. Mak simpan seketul Nasi Himpit dan sebekas sambal kelapa untuk di bawa ke rumah UM. Dia tahu anaknya suka. Ya! Memang UM kurang suka makan nasi himpit dengan kuah kacang yang manis pedas tu. Lagi 'best' makan bersama sambal kelapa yang dicambur isi ikan ini. Sedap.
Sambal nampak agak kering, baru keluar dari peti sejuk...hari sebelum tu nak makan, tapi kenyang sangat makan di rumah sepupu, so, letak dalam peti sejuk dulu. |
Sedap...Makan sambil menangis..taching.. |
Pesan UM untuk diri sendiri dan semua, doakanlah mereka setiap saat. Bahagiakanlah mereka selagi terdaya.
# Kudoakan syurga buat mak...
# Kudoakan syurga buat ayah...
Air mata ini tidak pernah berhenti mengalir apabila mengingatkan pengorbanan mak dan ayah.
Wallahu A'lam.