10 Tips Didik Anak Berpuasa Dan Menjaga Kesihatan Dengan Diet Sihat Sepanjang Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim...

Puasa di bulan Ramadhan hukumnya wajib bagi Muslim yang sudah baligh. Tidak mudah untuk menunaikan ibadah puasa kali pertama, terutamanya anak-anak. Untuk itu, ada baiknya jika kita dapat mengajarkan puasa pada anak sejak usia dini.



Anak yang berumur 5-7 tahun sudah boleh diajak berpuasa bersama. Teringat masa kecil-kecil dulu, UM rajin puasa, mula umur 5 tahun lagi dah sibuk nak puasa. Tapi....memang tak pernah penuh pun sampailah darjah berapa entah, dah besar juga masa tu baru puasa penuh. Ada setengah hari, ada suku hari..mujur sangat dah tu.Haha.Mak tak paksa sangat pun. Tapi, kalau bab solat, tak ada kompromi. Memang awal-awal usia, disiplin solat dahulu yang diterapkan kepada kami adik-beradik.

Berikut sedikit tips mendidik anak untuk berpuasa dan mengamalkan diet sihat di bulan Ramadhan sebagai panduan untuk diri sendiri dan yang sudi membaca :

1. Ajak anak-anak kita sahur bersama keluarga, ini untuk membiasakan  agar mereka dapat memahami waktu sahur. Pastikan untuk selalu bersahur agar mendapatkan sumber tenaga yang cukup.

2. Menu makanan sahur dibuat sesuai dengan kegemaran anak, sudah tentunya dengan mengutamakan kandungan gizi, karbohidrat dan nutrisi yang cukup.

3. Wujudkan suasana  sahur yang menyenangkan untuk anak kerana pada saat ini anak masih terasa sangat mengantuk. ( UM pernah tidur depan pinggan masa sahur, atau siap tidur atas riba mak, pejam mata, tak boleh nak celik, tapi mak suap nasi nganga je mulut. Haha).

4. Tingkatkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak  yang sesuai (tidak berlebihan) dan protein (adalah lebih baik)  untuk membantu menghindari rasa lapar dan serat untuk melancarkan pembuangan air besar.

5. Berikan minuman yang berkhasiat dan boleh mengekalkan tenaga.Elakkan yang bersifat diuretik untuk mengelakkan rasa dahaga.

6. Tidak memberikan vitamin penambah selera makan semasa sahur karana boleh menyebabkan anak cepat lapar.

7. Sekiranya di siang hari  anak kita merasa lapar dan tidak boleh menahan lapar, biarkan mereka makan kemudian teruskan  puasanya sampai waktu berbuka. (kira macam sahur banyak kali la dalam satu hari...).

8. Berikan motivasi dan penghargaan kepada anak-anak jika mereka berjaya berpuasa satu hari penuh. Penghargaan tidak semestinya berupa wang tapi boleh  juga dengan memasak menu special kesukaan anak ketika berbuka. Banyak lagi cara lain untuk memberi penghargaan.

9. Semasa berbuka puasa, mulakan dengan makanan atau minuman yang manis seperti kurma.Sebaiknya minum minuman yang panas atau suam. Sedaya upaya elakkan minuman sejuk atau berais. Salah satu sebabnya, badan akan rasa sedikit lesu jika terlalu banyak minum ais. (karang malas pula depa nak solat kan...puasa dah elok..hihi).

10. Didik anak makan ketika berbuka jangan sampai kekenyangan karena akan menyebabkan perut sakit atau tidak selesa.Mungkin akan jadi trauma nak puasa lagi. Makanlah secara bertahap. Contohnya setelah solat maghrib kemudian sambung selepas solat isyak. Di sini, para ibu disarankan agar tidak menghidangkan semua benda di atas meja makan sekaligus semasa berbuka. Anak-anak pasti rambang mata.

Antara minuman yang boleh mengekalkan tenaga untuk anak-anak dan mencukupkan nutrien yang sepatutnya mereka dapat sepanjang Ramadhan adalah Shaklee Meal Shakes. Seisi keluarga pun boleh minum.

Khasiat Meal Shakes..

Apa yang ada dalam Meal Shakes

Nutrien yang ada di dalam Meal Shakes

Semoga bermanfaat untuk para ibu...

Nak beli Meal Shakes boleh hubungi UM 013.4396973. Elok pula tengah offer sekarang, jadi murah dan sangat berbaloi..Meh pm. Ada resepi khas daripada UM untuk anak-anak sepanjang Ramadhan ini khas untuk yang mmembeli daripada blog ini. Jangan lepaskan peluang!.

0 comment... add one now