10 Kemudahan Yang Akan Menarik Minat Wanita Muslimah Untuk Ke Gimnasium

Bismillahirrahmanirrahim..

Masih mengekalkan momentum nak sihat, kaya, berjaya 2016 ? Hihi.

Semalam ada call satu gimnasium ni, saja tanya, untuk UM dan suami punya fitness la kan.Kononnya nak cari instruktor juga.Nak daftar jadi ahli mana-mana gimnasium supaya aktiviti untuk 'fitness' ini lebih teratur dan tepat. Azam 2016 masih membara, InsyaAllah. Nak badan mantap kena 'workout' lah. Tak ada alasan ya!. Kalau boleh nak yang ada menyediakan perkhidmatan hari untuk perempuan sahaja dan instruktor perempuan juga. Rupanya tiada di sini. Katanya, orang perempuan jarang datang. Ramai lelaki. Alamak ! Mungkin di sini orang perempuannya sibuk belaka. Gimnasium pun ada satu je. Haha. Tak jadilah gamaknya. Sedih sungguh.

Maka beranganlah UM nak buka gimnasium khas untuk wanita ! Haha..

Tak apalah, UM pasti dan yakin suatu hari nanti akan dapat juga pergi gym. Tak pun beli peralatan yang sepatutnya, buka gimnasium, offer pada wanita di luar sana. Pergh !!!..Amin..Amin..

Sepanjang UM tahu ada beberapa gimnasium yang disediakan untuk wanita sahaja seperti :
(semuanya di sekitar Lembah Klang, Pantai Timur belum jumpa). Jika ada tolong bagi tahu ya. Hihi.
  • Curves
  • Philip Wain
  • Contours Express
  • Lola Fitness Studio
  • True Fitness

Tak pasal-pasal tulis entri ini.

10 Kemudahan Yang Akan Menarik Minat Wanita Muslimah Untuk Ke Gimnasium

1.Latar belakang pekerja dan instruktor serta jadualnya

Ada instruktor wanita. Lebih mudah, lebih terjaga untuk muslimah. Mungkin disediakan pada hari-hari tertentu untuk wanita sahaja. Dari segi kepakaran dan latar belakang pendidikan juga perlu diambil kira. Instruktor dan pekerja yang ada pengetahuan yang luas tentang peralatan mahupun teknik senaman yang betul untuk wanita lebih meyakinkan wanita untuk mendaftar.

2. Peralatan latihan beban yang sesuai dan pelbagai

Alatan latihan beban sangat diperlukan. Bukan untuk menjadikan badan berketul-ketul seperti lelaki, tetapi untuk lebih 'fit'. Alatan ini juga perlu variasi dengan beban yang berbeza dari beban minima hinggalah sekurang-kurangnya 100 paun. Susun atur alatan, tempat penyimpanannya dan keadaan ruangan secara keseluruhan juga mesti diambil kira.

3.Mesin kardio

Pelbagai jenis mesin kardio yang disediakan pasti lebih menarik minat wanita seperti :
  • Elliptical Machines
  • Treadmills
  • Stationary Bikes
  • Stair Climbers
  • Rowing Machines
  • Spinning Bikes

Pastikan kesemua peralatan ini dalam keadaan baik dan menepati piawaian keselamatan. Bukan apa, untuk memastikan ianya selamat untuk digunakan. Penyediaan ruangan kosong seperti bilik aerobik juga perlu. Ini penting untuk aktiviti ringkas seperti lompat tali dan regangan ringkas.

4. Kebersihan

Pastikan kebersihan sekitar ruangan terjaga. Begitu juga peralatan di dalamnya mesti dibersihkan secara berkala.

5. Mempunyai bilik atau ruang penyimpanan barangan 

Kemudahan ini sangat penting supaya barang-barang berharga disimpan dengan selamat sepanjang aktiviti dan kita boleh melakukan aktiviti dengan tenang tanpa risau. Wanita memiliki banyak barang penting berbanding lelaki !.

6. Ruang khas untuk si kecil

Walaupun wanita mempunyai anak-anak yang kecil, ianya bukan alasan yang kukuh untuk tidak melakukan sebarang aktiviti 'fitness'. Jadi, penyediaan ruang yang khusus untuk anak-anak akan lebih memudahkan. Sekurang-kurangnya selama 1-2 jam melakukan aktiviti, anak-anak boleh bermain bersama suami mahupun pembantu rumah.

7. Ruangan untuk menukar pakaian khas untuk wanita

Penyediaan ruangan tertutup yang selesa khas untuk wanita menukar pakaian sangat penting. Maklumlah, mungkin wanita muslimah hadir ke gimnasium berjubah bagai, jadi perlu menukar pakaian yang lebih sesuai dan sepatutnya untuk aktiviti.

8. Waktu operasi yang sesuai

Bagi wanita berkerjaya, hari minggu adalah paling sesuai. Namun, wanita yang bergelar suri rumah atau WAHM ada masa mereka tersendiri. Sediakan waktu operasi yang fleksibel untuk kedua-dua golongan ini.

9. Berikan satu sesi percuma

Untuk menarik minat wanita, berikan satu sesi percuma aktiviti. Boleh juga disediakan pemeriksaan secara percuma dan konsultasi diet secara percuma. Minuman kesihatan percuma, suplemen percuma selepas sesi juga tidak terkecuali. Percaya atau tidak, wanita amat suka sesuatu yang percuma walaupun sekecil-kecil benda!.

10. Sediakan ruang solat

Amat penting untuk memudahkan wanita. Tidak perlu untuk keluar masuk dari pusat gimnasium untuk mencari tempat solat sekiranya sesi yang dipilih melibatkan waktu solat. Contohnya,selepas balik kerja waktu petang dan perlu solat Asar terlebih dahulu.


Banyak lagi sebenarnya perkara-perkara yang boleh menarik minat wanita muslimah untuk ke gimnasium. Pendek kata, sebenarnya tiada alasan untuk wanita muslimah beraktiviti atau bersenam secara konsisten untuk menjaga kesihatan tubuh badan.


Jom hidup sihat. Sihat untuk ibadah.

Wallahu A'lam.

4 comments.. read them below or add one

Aree Tone WoW Aree Tone WoW March 16, 2016
Ya saya setuju dengan penulisan anda, wanita memang akan melihat pelbagai sudut sebelum melakukan sesuatu.
tinta marjaan tinta marjaan March 16, 2016
Banyak perkara yang wanita fikirkan. Hihi.
AnonymousAnonymous March 16, 2016
Baguslah ada tempat khas untuk muslimah.
tinta marjaan tinta marjaan March 16, 2016
Susah nak jumpa.Bolehlah buat bisnes =)