Cara Pulihkan Rambut Gugur Dengan Cepat

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, gembira sangat-sangat hari ini. Kenapa ? Rambutku tidak gugur lagi! Yeay !

Alkisah, dua bulan lepas banyak sangat 'travel', urusan ke sana ke mari. Pendek kata hampir 14-17 jam sehari rambut 'terkurung' dalam tudung. Tidak boleh bernafas dan penat yang melanda memang menyebabkan masa untuk menata rambut agak terhad. Makan minum pun agak kurang terjaga. Sudahnya, rambut gugur agak banyak . Perasan sangat bila sikat rambut, atas lantai bilik memang nampak helaian rambut berselerak. Bangun pagi, atas bantal pun ada 5-6 helai. Suami pun tegur, kenapa rambut banyak sangat gugur ?. Rimas sangat. Memang UM tak suka rambut gugur. Ada ke orang suka? Haha. Boleh botak nanti.

image : modernmommyhood.com


Jadi, apa yang UM buat ? Memang target 2-4 minggu untuk pulihkan semula rambutku ini.

Sebelum itu..

Mari belajar tentang rambut. Ramai di kalangan kita belum tahu. Untuk mencari penyelesaian rambut gugur ini, UM ada membuat sedikit pembacaan sebagaimana yang tercatat di sini.

Kenali rambut kita terlebih dahulu. ( Bukan sahaja tentang jenis kerinting, ikal , lurus dan sebagainya sahaja ), tetapi apa yang ada di sebalik rambut itu.


Struktu rambut yang kompleks
  • Rambut terdiri daripada filamen protein yang tumbuh daripada folikel terdapat pada bahagian lapisan kulit dalam atau dermis.
  • Hampir keseluruhan komponen rambut ialah keratin iaitu bahan sama yang membentuk tanduk, bulu, kuku dan muncung haiwan.
  • Rambut terbahagi kepada dua bahagian iaitu folikel yang berada di bawah kulit kepala dan apabila dicabut, terdapat bebuli putih jernih di hujungnya. Folikel terletak di bahagian dermis dan mengekalkan sel stem yang membantu penghasilan semula rambut baru selepas rambut lama gugur.
  • Rambut yang keluar dari bahagian dermis dan kelihatan jelas pada mata kasar pula terdiri daripada bahagian filamen yang keras dan setiap helaian rambut terbahagi kepada tiga zon (kutikel, korteks, medula).

Struktur rambut


Kedudukan kutikel, korteks dan medula pada rambut
  1. Kutikel terdiri daripada beberapa lapisan sel nipis yang bertimpa membentuk seperti bumbung berbatu pada bahagian luar helaian rambut.
  2. Korteks pula bahagian tengah rambut yang memiliki keratin dalam bentuk struktur sel yang kelihatan seperti rotan kasar.Ia mengandungi melanin yang memberi warna pada rambut dan korteks bertindak sebagai penyerap lembapan.
  3. Medula ialah bahagian rambut paling dalam yang keadaannya tidak terurus dan terbuka pada bahagian tengah helaian rambut.
  • Bentuk folikel menentukan bentuk korteks dan jenis helaian rambut ditentukan oleh serat rambut. Mereka yang memiliki rambut lurus memiliki serat rambut membulat manakala rambut ikal memiliki serat berbentuk bujur, begitu juga jenis rambut lain.
  • Masalah berkaitan kesihatan rambut termasuklah :
  1. keguguran tidak terkawal
  2. kelemumur
  3. kulit kepala berminyak atau kering

Menurut pakar trikologi (Trikologi ialah kajian mengenai penyakit dan gang­guan terhadap rambut dan kulit kepala), Rozzana Chung, masalah rambut mempunyai penyelesaian, namun perlu dirawat segera pada peringkat awal supaya apa juga masalah yang timbul tidak berkekalan termasuk keguguran rambut serius.

Menurut kajian yang dilakukannya, kira-kira 30 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah keguguran rambut yang serius.

“Rambut terdiri daripada 98 peratus protein dan apabila bahagian kutikel terdedah, rambut menjadi kering dan ia kelihatan tidak bermaya selain lama-kelamaan menjadi rosak.

“Justeru penting untuk memastikan kutikel rambut tidak terbuka kerana apabila rambut menyimpan lembapan, ia kelihatan berkilat, cantik dan sihat.

“Rambut gugur perkara normal, namun sekiranya terlalu banyak ia petanda rambut mempunyai masalah.

Jumlah rambut gugur yang normal setiap hari berbeza mengikut bangsa. Dalam kalangan orang Asia, jumlah helaian rambut gugur yang normal antara 20 hingga 30 helai manakala bagi bangsa Kaukasian, mereka biasanya kehilangan antara 50 hingga 100 helai rambut sehari,” katanya.

Menurut Rozzana, punca keguguran rambut dianggap masalah yang kurang difahami dalam kalangan orang ramai.

Menjaga kesihatan kulit kepala amat penting kerana ia permulaan untuk mendapat rambut yang padat, tebal dan cantik.

“Berikan nutrien yang baik seperti makanan seimbang untuk kulit kepala anda dan kenali bahan kimia berbahaya dalam produk penjagaan rambut anda. Setiap kali ingin beli, baca bahan yang terkandung terlebih dulu.

“Pilih produk yang tidak mempunyai bahan kimia berbahaya seperti SLS, paraben, wangian sintetik, pewarna tiruan serta pada masa sama, dapatkan nasihat pakar,” katanya. (sumber : Harian Metro 17/1/2016 )

Apakah penyebab rambut gugur ? Takkanlah sebab 'travel' je kot ...Hihi.

Antara penyebab rambut gugur :
  • Penggunaan bahan kimia yang berlebihan. Bagi mereka yang suka mewarnakan rambutnya dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut mereka. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya.Begitu juga penggunaan produk penjagaan rambut yang mengandungi bahan kimia berbahaya. Kesannya, rambut gugur terjadi.
  • Perubahan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak (untuk wanita). Ramai ibu mengandung dan ibu yang baru melahirkan anak mengalami masalah rambut gugur. Rambut mereka gugur di sebabkan perubahan hormon yang berlaku. Ia juga disebabkan, hormon yang tidak stabil di dalam badan boleh menyebabkan kepada rambut gugur.
  • Faktor  genetik. Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang sama.
  • Rambut gugur juga akan berlaku jika wanita atau lelaki tersebut mengalami masalah aliran darah tidak lancar. Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.
  • Selalu menarik rambut. Ada wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya. Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut anda di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut. Akibatnya, rambut anda akan gugur.
  • Gaya pemakanan yang tidak seimbang sehingga menyebabkan hormon di dalam badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur. Ianya juga dikaitkan dengan tidak cukup zat makanan. Ini kerana, pertumbuhan rambut yang sihat juga memerlukan zat makanan yang secukupnya.
  • Kurang menjaga kebersihan kulit kepala menyebabkan kegatalan, iritasi dan sebagainya yang menyebabkan masalah kulit kepala dan seterusnya menjejaskan kesihatan rambut.

Apa yang UM buat ?
  • Tetapkan 2-4 minggu untuk 'treatment' rambut secara eksklusif.
  • Jaga pemakanan, susun pola pemakanan, banyakkan protein, buah-buahan, sayuran ,kurangkan lemak dan karbohidrat (ambil karbohidrat kompleks seperti wholemeal bread, oat dan lain-lain).
  • Minum air masak secukupnya ( 1 liter = 25 kg berat badan, jadi UM minum 2.5 liter walaupun berat tidak sampai 50 kg).
  • Ambil suplemen khusus untuk rambut gugur iaitu ESP, Zinc Complex, Gla Complex (minimum 90 hari untuk kesan yang terbaik).
  • Suplemen yang lain makan seperti biasa (Vita-Lea, Vita-C, B-Complex).
  • Lumurkan minyak zaitun setiap malam sebelum tidur dan biarkan sehingga bangun tidur.
  • Kurangkan mengikat rambut.
  • Gunakan syampu dan conditioner yang betul dan sesuai. Dicadangkan Shaklee Prosante Hair Care.
  • Sekali sekala boleh mengamalkan petua tradisional seperti, melumurkan lendir lidah buaya, limau purut untuk mengurangkan kelemumur (ini memang UM buat tapi beberapa kali sahaja, tak sempat nak berlama-lama menata rambut ni. Banyak koje. Hihi).


Kenapa perlunya makan suplemen untuk rambut gugur ?

  • Rambut juga memerlukan zat-zat , nutrien tertentu untuk bertumbuh dengan sihat. ESP membekalkan asid amino (sumber protein ) yang cukup untuk pertumbuhan rambut.Kita tahu bukan ? Rambut terdiri daripada protein ?.
  • Zinc Complex membantu sintesis protein dan mengaktifkan lebih 200 enzim dalam badan yang memberi impak yang besar kepada pertumbuhan rambut yang sihat dan akar rambut yang kukuh (tidak mudah gugur).
  • Gla Complex membantu mengawal atur hormon dan menstabilkan hormon terutamanya wanita, jadi UM ambil juga untuk stabilkan hormon. Rambut juga boleh gugur jika hormon tidak stabil!.
  • Vita -Lea sebagai 'fuel' kepada sel secara keseluruhannya. Sihat sistem badan kita, maka sihatlah rambut kita kan? Gitu.
  • Vitamin C sebagai antioksidan untuk menghalang radikal bebas dan membantu dalam pengekalan kolagen, membentuk kolagen dan merangsang pembentukan kolagen semulajadi dalam badan manusia. Rambut juga perlukan kolagen.
  • B-Complex sangat diperlukan dalam pembentukan asid amino tadi (protein rambut), di samping membantu mengurangkan stres. Rambut juga boleh gugur disebabkan stres. Apatah lagi kalau stres sampai tarik-tarik rambut. Confirm lagi banyak gugur.Haha.Ingat ! B-Complex ini adalah antara vitamin yang tidak boleh dihasilkan oleh badan sama sperti vitamin C.


Pentingkah syampu dan produk penjagaan rambut yang sesuai ?

Ya. Sangat penting.

Perhatikan apa yang ada pada produk penjagaan rambut kita.

ProSante tiada mengandungi bahan-bahan ini :
  • Natrium Lauryl Sulphate (SLS) atau Natrium Laureth Sulphate (SLES)
  • Cocamide DEA atau Lauramide DEA
  • Propilen Glikol
  • Quarternium 15
  • Bahan pengawet seperti Imidazolidinyl Urea atau Diazolidinyl Urea
  • Warna atau bahan pewarna
  • Bahan pewangi



Set penjagaan rambut Shaklee dikenali sebagai ProSante, adalah bebas kimia dan selamat untuk digunakan.

Apa yang ada dalam ProSante ?
Ekstrak swertia dan halia untuk merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga kepada folikel rambut; Mineral untuk kulit yang penting seperti kuprum, zink, mangan serta vitamin A dan E untuk membantu metabolisme kulit kepala yang sihat; dan Minyak daun pokok teh serta esktrak teh hijau untuk menentang kerosakan akibat radikal bebas dan faktor-faktor persekitaran lain.

(1) Revitalizing Shampoo
  • Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  • Anti-statik dan tidak mengeringkan rambut.
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkan rambut.

(2) Purifying Shampoo
  • Membersih secara menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk dandanan rambut, pengumpulan sebum,  dan bahan-bahan kotor persekitaran yang lain.
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut.
  • Membantu menyokong imbangan mikroflora kulit kepala. Rambut tidak berminyak dan berkelemumur.

(3) Long Lasting Finishing Spray
  • “Medium hold” memastikan gaya rambut tidak berubah.
  • Melindungi rambut daripada kerosakan akibat UV.
  • Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut.

(4) Replenishing Conditioner
  • Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut.
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang.
  • Memulihkan kerosakan rambut dan menguatkan  rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi.

(5) Lightweight Conditioner
  • Menyuburkan dan melindungi rambut.
  • Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat.
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus.
  • Bebas kusut - mudah disikat dalam keadaan basah mahupun kering.

(6) Nourishing Scalp Treatment
  • Menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang faktor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  • Kandungan antioksidan daripada Vitamin A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  • Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  • Formula tanpa bilasan cukup lembut untuk digunakan setiap hari serta memudahkan kita menggunakannya dan menggayakannya.
  • Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak.

Produk yang manakah sesuai  ?

Keperluan adalah mengikut jenis dan masalah rambut seperti berikut:

Masalah rambut gugur :-
  • Revitalizing Shampoo
  • Lightweight Conditioner
  • Nourishing Scalp Treatment
Set ini boleh digunakan secara harian.

Rambut berkelemumur, rambut bercabang, rambut rosak dan berminyak:
  • Purifying Shampoo
  • Replenishing Conditioner
  • Nourishing Scalp Treatment
Set ini untuk kegunaan 1-2 kali seminggu, bukan harian.

ProSante

Antara testimoni lain ProSante :

Pengguna ProSante Purifying Shampoo untuk masalah kelemumur. Kelemumur hilang dan rambut tidak mengembang apabila kering.

Alhamdulillah... UM juga memang berpuas hati dengan penggunaan rangkaian produk Shaklee...Rambut gugur tiada lagi. Suami pun gembira. Kalau tak asyik terpijak rambut UM je. Siap tolong kutip lagi. Fuh! Malu. Bertudung tidak bermakna rambut kita tidak cantik. Jom kekalkan kecantikan mahkota wanita kita!

Bagi yang berminat untuk mencuba, bolehlah hubungi UM 013-4396973 untuk konsultasi dan cadangan produk penjagaan rambut  serta suplemen yang sesuai mengikut masalah masing-masing. Cara makan dan guna juga bergantung kepada masalah masing-masing. Ianya tidak sama.

Wallahu A'lam. Semoga bermanfaat ya!

Love.


2 comments.. read them below or add one

Unknown Unknown March 22, 2016
Rambut den pun giat benar gugurnya....huhuhu
tinta marjaan tinta marjaan March 22, 2016
Dilema kebanyakan ibu kan...