Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating Part 2

Sambungan Part 1. Baru ada kesempatan menulis.

Mencuba apps baru pula selepas kecewa dengan bloggeroid. Hehe. Sudahnya edit pakai laptop juga. Luas mata memandang.


Selepas tengok sunset, tak sunset sangat pun sebenarnya.Cepat-cepat masuk hotel.Tak elok senja-senja berada di luar kan..Haha. Tunggu azan Maghrib dan terus solat lagi bagus.



Aktiviti yang boleh dibuat di sini
Tepat 8 malam, kami turun makan.

Wah! Memang tak ada orang. Fefeeling restoran tu memang di reserve untuk kami lah kan..Beach Restaurant namanya. Memang tepi pantai...Angin laut menerpa kamilah maknanya malam-malam.

Mana nak ada orangnya, datang waktu hari kerja. Sunyi lah Holiday Villa ni.

So, kira merangkap sambut anniversary untuk kedua kalinya tahun ini. Haha.

Tiada mawar merah.
Tiada kek krim meleleh-leleh, colourful.
Ada pakej steamboat untuk dinner je. Alhamdulillah.

Sebenarnya, percutian ini ditaja oleh company suami disebabkan tak dapat pergi Family Day company tahun lepas. Lady boss ikut saja lah kan. Rezeki. Cari idea nak kembang bisnes dengan menyambung penulisan novel yang terbengkalai di tepi pantai best juga kan?

Tengah promosi...

Sayur mayur...segala jenis bebola...
daging, ayam, sotong dan udang sudah selamat dimasukkan ke dalam periuk..

Hobi dia...kita bagi peluang...Tunggu je situ , abang nak masak. Ok lah..

Sambil tunggu tak ada salahnya kita mensyukuri nikmat Allah.
 Tak hensem di mata orang lain...hensem di hatiku..haha..

Ada orang tolong sediakan untuk kita....bukan senang ni weh....
sedap ke tak sedap dah jatuh no. 2 tau !
Tak sabar dah nak makan tu..

Selesai...pinggang bersepah...Tak terdaya nak makan semua.
Ada yang kami share dengan cats yang mundar mandir kat situ. Kenyang depa.
Banyak betul MSG masuk perut kami. Huaa...
Habis sudah diet sihat. UM lagi suka makan daging dan ayam atau udang dan sotong yang fresh. Ada juga yang ini. Tapi, banyaknya fish ball, meat ball, fish cake dan seangkatan dengannya. Makan juga, tapi tak berapa nak lalu sebab kami bukanlah penggemarnya.

Satu lagi...UM akan rasa tak selesa di bahagian kerongkong kalau makan makanan yang mengandungi banyak MSG. Kadang- kadang tu rasa pedih je. Tak hilang walaupun minum air berliter-liter. Sudahnya telan vitamin c Shaklee 4-6 biji. Esoknya..Yes! Lega. Kalau rasa nak demam pun sama. Cepat-cepat telan.Jangan tunggu demam dulu. Alhamdulillah sangat membantu.


Inilah dia rupa Vitamin C yang UM makan tu. Bulan ini tengah promosi. Sangat sinonim dengan cantik vitamin ni. Sihat dahulu cantik FREE GIFT. Gitu. Manfaatnya boleh jenguk di SINI.

Nak makan Vitamin C boleh hubungi nombor yang tertera ya.

Sambung cerita.

Ini kes tak ada kerja malam-malam.Haha.

Kena detoks lagi ni...bagi sado sikit..haha..Memang dah masuk group detoks dah pun..
Nak test..mana cantik antara ikan tu dengan UM..

Malu-malu sebenarnya dia nak ambik gambar...
Jam 9.30 malam kami sambung perbincangan masa depan...santai. Hihi.

Holiday Villa ni ada juga di Sydney, Bali, Thailand.Dalam Malaysia ada banyaklah. Boleh tengok di sini www.holidayvillahotels.com.

Meh cerita sedikit tentang pakej penginapan yang ada di sini.

Ada 4 jenis  :

1. Palace Wing - Garden Villa

Comel je rumahnya..

Dalamnya macam ni...imej dari web hotel ni, kami tak masuk sini...suatu hari nanti mungkinlah kot...

2. Capital Wing - Deluxe Room

Inilah pakej yang diberi. Sangat selesa.

Ada balkoni mengadap kolam renang...
Tapi...kecewa tak dapat berendam air garam bukit sebab tak ada bath tub..Semangat kubawa garam nak mandi konsisten 21 hari.

3. Palace Wing - Superior Room

Lebih kurang sama dengan Deluxe Room..

4. Family Suite

Sesuai untuk yang bawa family ramai. Ada dua bilik tidur dan dua bilik air juga ruang tamu. Selesa.


Ok. Itu serba sedikit tentang Holiday Villa Beach Resort & Spa. Kalau ingin bercuti dan berjalan-jalan ke dua buah negeri iaitu Terengganu dan Pahang amatlah sesuai.

Ok lah.. namanya pun ada SPA di hujungnya tu. Sebenarnya kami dapat diskaun kalau nak dapat perkhidmatan di SPAnya. Tapi tak berkesempatan pula.

Best juga kalau dpat memanjakan diri...
Banyak fasiliti yang ada di sini. Untuk beriadah juga boleh. Nak main ping-pong pun boleh. Ada disediakan tempatnya.

Keesokan paginya...aktiviti jalan-jalan di tepi pantai dan sarapan je. Menu sarapan kebanyakannya adalah menu timur lah... UM berangan nak makan pasta. Oh ! Kuciwa. Tak adalah pula. Haha. Makan Nasi Lemak juga akhirnya. Sedap. Kena dengan tekak kami. Habis licin sampai lupa ambik gambar. Haha.

Tak sempat try..lain kali lah...

2 hari 1 malam bonding time, kata En. Suami. Sebab, selepas ini working time..Haha, win sungguh ayat awak.

Walau apa pun Alhamdulillah atas segala nikmat yang diberikan.

Bulan ini promosi ESP dan Vitamin C Shaklee.
Berminat boleh hubungi UM :  013 - 931 5387

2 comments.. read them below or add one

aqilahismail aqilahismail September 08, 2016
best la jalan-jalan hotel sekali sekala.
tinta marjaan tinta marjaan September 09, 2016
Hihi...Alhamdulillah...release tension.