" Detox yang mana pula ni? ".
" Alaa...detox mana lagi, detox shekleeee tu la...yang tu je rasanya paling berkesan selama dok detox ni...". "Cantik ke pinggang kerengga? ". Gelak.
" Ramping, seksi ( uhuks! ). Tapi saya takuuut...fobia dengan kerengga ".
"Why?". Pada zaman dahulu..... ( Sila baca dengan penuh bergaya ).😂😂😂
Ketika umur 9 tahun, UM suka tolong arwah ayah tengok kebun cempedak dia. Tolong buat 'sarung' buah cempedak...seronok. Masa peraih datang ambil buah cempedak pun bukan main seronok rasanya... Budak kampung.
Dan tak ada permainan sangat masa tu. Gajet pun tak kenal. Empat benda je yang saya ada. Anak patung yang setiap hari bertukar pakaian, saya jahit sendiri bajunya guna kain perca. Macam-macam pesen baju dibuatnya. Buku-buku. Alam (kebun, parit, ikan etc).Dan...bahan-bahan kraftangan saya yang entah apa-apa juga lukisan-lukisan saya...pun entah apa-apa. Yang penting saya happy dan mak ayah bagi kebebasan berkarya...sepah rumah etc..😍😍😍
Nak jadi cerita, lepas balik tengok kebun ayah tu, lalu kebun getah. Dalam kebun getah tu ada anak-anak pokok. Saya redah je segala anak pokok sepanjang perjalanan tu...rasa seronok langgar pokok sambil menyanyi..
Tipa-tiba.... ( Suspen tak?😂).
"Argggggggggh! Sakiiiit.....!". Saya tersalah redah anak pokok kayu yang padanya ada sarang kerengga.
Sarang tersebut terbuka, maka.....keluarlah nenek atuk mak bapak anak cucu kerengga menyerang saya...
Lebih kurang macam ni lah sarangnya tu.... |
Jeritan UM yang punya gegak gempita itu tidak dipedulikan mereka. Yang paling best, mereka menyusup masuk ke dalam rambut UM...mujur tak masuk dalam telinga.
Kalau kena serang tebuan lari masuk sungai.
Kalau kerengga agak-agaknya nak buat apa?
Takkan nak bakar diri sendiri kot...😂😂😂😂..
UM lari balik rumah, abang tolong buang kerengga yang sesat punya banyak dalam rambut tu...satu badan dah merah- merah digigit kerengga.
Dan...hari itu juga , saya tahu kerengga tu rasanya masam😂😂😂😂,tergigit masa kerengga tu merayap nak masuk mulut tengah teresak-esak menangis...😂😂😂..
Ini baru 1/100 kisah zaman kanak-kanak UM...😂😂😂 Sampai hari ini... rasa ngeri tengok kerengga.
Masih terasa kemasaman rasanya tu. Eiiiiiwwww. Yucks !
Sekian..kisah 1001 malam saya..Haha..
Walaupun ngeri benar dengan kerengga, namun, nekad ingin kekalkan pinggang ramping seperti kerengga. Dendam betul dengan kerengga ni. Boleh je nak lebih ramping dari awak oiii. Haha..
Macam mana nak ramping. Inchloss tang pinggang tu? Salah satu caranya adalah dengan berdetox secara berkala.
INGIN TAHU TENTANG DETOX ?
NAK PINGGANG RAMPING JUGA SUPAYA SUAMI TAK PANDANG LAIN ???
HAAA....
KLIK SINI DAN BACA.
Ini rupa sarung cempedak....zaman UM buat, tak ada kamera nak snap gambar...hihi (gambar pinjam ni). |
Nota kaki : Sebagai mak-mak, berikan peluang anak - anak ' berkarya ' dalam hidup mereka. Gilap potensi yang ada. Biasakan juga mereka dengan alam...InsyaAllah mereka akan tumbuh menjadi orang yang kreatif dan banyak kemahiran untuk hidup mereka.
Semoga bermanfaat.