Gambar Hiasan |
Ramai di antara kita mengambil vitamin dan makanan tambahan lain secara teratur dengan harapan mereka akan lebih sihat dan mungkin untuk menampung kekurangan di dalam diet seimbang harian.
Tetapi, masalah yang signifikan dengan industri makanan tambahan adalah terdapat banyak syarikat tidak mendedahkan pelarut toksik yang digunakan untuk memproses vitamin yang mereka hasilkan. Kebimbangan tertentu adalah bahan yang dipanggil heksana, biasanya digunakan sebagai
industrial-strength cleaner, degreaser dan salah satu komponen dalam petrol, tetapi juga digunakan dalam pelbagai makanan tambahan dan lain-lain produk makanan semula jadi dalam proses ekstrak komponen pemakanan yang tertentu.
Vitamin diproses dengan heksana?
Mengapa heksana merbahaya?
Gambar Hiasan |
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pendedahan tunggal kepada heksana boleh menyebabkan vertigo, pening, dan mengantuk. Ia juga boleh menyebabkan kerengsaan kulit. Pendedahan jangka panjang boleh menyebabkan neuropati, tiada ada selera makan, dan refleks berkurangan. FDA buat masa ini tidak menetapkan had bagi heksana dalam kebanyakan makanan yang dibenarkan untuk mengandungi sehingga 25 ppm atau 2.2% setiap berat badan. Oleh kerana tiada had tertentu yang ditetapkan oleh FDA, pengeluar makanan tidak perlu mendedahkan penggunaan heksana dalam produk mereka.
Kebanyakan kajian mengenai ketoksikan heksana melibatkan penyedutan kimia.
Occupational Safety and Health Administration (OSHA) menetapkan had pendedahan kepada heksana dihidu hingga 50 ppm dalam masa 8 jam bekerja. Lebih 50 produk isi rumah biasa mengandungi heksana, jadi bagi mereka yang berada di rumah, adalah sukar untuk menentukan jumlah pendedahan setiap hari.
Makanan tambahan yang mungkin mengandungi heksana
Untuk produk soya heksana digunakan sebagai pelarut kimia untuk memisahkan lemak dan protein. Lemak ini kemudiannya bertukar menjadi minyak sayuran dan protein yang terhasil digunakan untuk susu bayi, dan pelbagai produk lagi, tetapi dengan sisa heksana masih berada di dalam makanan.
Minyak dan lycopene makanan tambahan ikan juga boleh diproses dengan heksana, oleh itu adalah penting untuk mengetahui bagaimana suplemen ini dibuat.
Adakah makanan tambahan dan vitamin selamat?
Dalam usaha untuk mengurangkan risiko pendedahan terhadap bahan kimia berbahaya, adalah penting untuk mengetahui di mana makanan tambahan anda datang dan apa proses yang digunakan oleh syarikat tersebut. Pengilang perlu bersedia untuk mendedahkan apa-apa lapisan kimia atau pelarut yang digunakan.
Dalam memilih makanan tambahan, sangat perlu untuk menyelidik syarikat untuk memahami amalan pembuatan mereka.Pilih syarikat yang menggunakan sumber asli di dalam makanan tambahan mereka dan bukan vitamin sintetik.Carilah vitamin yang bebas gluten, dan tidak mengandungi sebarang bahan pengawet atau pewarna tiruan.Kita boleh mengambil vitamin dan makanan tambahan untuk membantu meningkatkan kesihatan, tetapi lakukanlah sedikit penyelidikan untuk memastikan produk yang diambil itu benar-benar selamat dan berkualiti.
• Banyak vitamin dan makanan tambahan diproses dengan bahan kimia toksik yang dipanggil heksana.
• Pendedahan heksana boleh menyebabkan neuropati, pening, dan refleks berkurangan
(diminished reflexes).
• Produk soya, minyak ikan, dan lycopene boleh diproses dengan heksana.
• Lakukan penyelidikan sebelum mengambil sebarang makanan tambahan. Memilih bahan mentah yang tidak mengandungi alergen atau bahan pengawet.
• Produk soya, minyak ikan, dan lycopene boleh diproses dengan heksana.
• Lakukan penyelidikan sebelum mengambil sebarang makanan tambahan. Memilih bahan mentah yang tidak mengandungi alergen atau bahan pengawet.
Semoga bermanfaat untuk semua. Kita berhak memilih yang terbaik. Pilihlah suplemen yang natural.