Selalu Melenting Petanda Badan Banyak Toksik

Bismillahirrahmanirrahim..


Pernah tak rasa macam nak marah orang??? Hehe. Hal kecil dengan cik abang pun rasa nak melenting. Betul tak??

Percaya atau tidak, jika anda suka marah, ianya petanda banyak toksik dalam badan.
Benarkah???

Ringkas cerita walaupun kita sudah berehat lama, namun tubuh masih terasa letih. Apabila tubuh letih, secara tidak langsung ianya mengganggu emosi kita, jadi, kita akan lebih mudah gelisah dan cepat marah. Bayangkan kalau banyak kerja yang kita nak buat, tapi badan kita tak mampu nak buat. Suami pula suruh buat itu ini, anak pula merengek.. Pergh!!! Secara tidak langsung kesabaran kita teruji...Oh! Tidaaaak....Stress lagi.

Kemungkinan besar kelesuan badan kita adalah berpunca daripada pengumpulan toksik yang banyak di dalam tubuh kita.

Toksik yang terkumpul dalam badan ini akan mempercepatkan penuaan,meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetes dan hati serta mempengaruhi sistem kekebalan tubuh terhadap penyakit.

Bagi mengelakkan risiko tersebut, seeloknya usirlah racun dari tubuhsebelum terlewat hingga mempengaruhi kesihatan diri. Dua cara yang bekesan ialah detoksifikasi dan meditasi.

DETOKSIFIKASI 

Apa yang perlu detoks??
Umpama mencuci bahagian tubuh.Sasaran utama pencucian adalah bahagian usus iaitu saluran pembuangan dan pencernaan.Tumpuan terhadap usus adalah kerana seluruh sel tubuh mendapat makanan daripada hasil kerja usus yang menggunakan darah sebagai medium penghantar.
Usus juga kemudiannya akan menjadi saluran pembuangannya.

Selain usus, hati juga perlu dicuci.hati juga berfungsi membuang racun yang diserap oleh tubuh. Hati berfungsi untuk membuang racun yang diserap oleh tubuh. Memang sepatutnya ia dicuci.

Bagaimana mahu detoks? 

Amalkan berpuasa sunat. (Ingat! Luruskan niat Lillahi Taala semata, Insya Allah kebaikan-kebaikannya akan datang sendiri).

Minum jus buah-buahan secara berkala.

Minum air putih yang banyak ( sesuai dengan berat badan kita..lebih kurang 8 gelas sehari atau lebih).

Senaman dan sukan aktif untuk mengaktifkan semula sistem badan.

Perlukah suplemen untuk detoks?

Adakalanya sangat perlu kerana badan yang terlalu lama menyimpan sisa-sisa toksik bukanlah mudah untuk mengeluarkannya dan perlu ada 'booster'. Analoginya, bekas yang masih berisi makanan yang dibiarkan mengering tanpa dibasuh terlalu lama, bolehkah dicuci dengan air sahaja? Tentunya tidak. Perlunya kepada agen pembersih yang sesuai.

Dalam memilih produk untuk proses detoksifikasi ini, amatlah penting untuk kita memilih yang selamat dan tidak memberi mudharat kepada organ-organ kita. Ingat ya! Organ dalaman kita ini bukan pinggan-mangkuk yang boleh dibeli bila-bila masa.Bahkan kita tidak nampak pun rupa bentuknya dari luaran.

Shaklee menawarkan set detoks yang boleh diamalkan bila-bila masa dan selamat dengan berpuluh-puluh tahun kajian dijalankan ke atasnya. 

 

Alfalfa merupakan pusat pegumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap nutrien dan mineral daripada tanah, manakala daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis.


Alfalfa Complex merupakan Shaklee Signature Formula yang pada asalnya dibangunkankan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an. Kami hanya menggunakan alfalfa berkualiti tinggi yang ditanam di California bagi produk ini bagi memastikan sumber bahan mentah yang kaya dengan pelbagai nutrien termasuk kalsium, fosforus, zat besi dan  magnesium di samping klorofil, bioflavonoid, mineral surih dan vitamin.

  • Alfalfa daripada sumber semula jadi
  • Setiap sajian membekalkan 300mg kalsium, iaitu bersamaan dengan satu gelas susu

Herb-Lax kaya dengan serat daun senna, untuk melegakan masalah sembelit dan membersihkan usus yang kotor.
  • Merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semula jadi tubuh
  • Daun Senna telah digunakan secara tradisional sejak berkurun lamanya sebagai laksatif semula jadi


DTX™ Complex membekalkan nutrisi sokongan dengan kombinasi pelbagai herba berkhasiat bagi melindungi dan merangsang keupayaan semula jadi tubuh untuk menjaga kesihatan hati
  • Mengandungi ekstrak milk thistle, bahan aktif yang mengekalkan keupayaan semula jadi tubuh untuk menjaga kesihatan hati
Terdapat banyak produk untuk detoksifikasi badan di pasaran. Pilihlah yang terbaik untuk diri kita.Kalau saya, inilah produk yang saya cadangkan.Kenapa Shaklee?


http://ummumarjaan.blogspot.my/p/borang-tempahan.html

0 comment... add one now