Mengungkap cerita lama...Ketika berumur 19 tahun baru saya tahu sebenarnya saya adalah tergolong dalam golongan 'lactose intolerance' atau alahan laktosa. Memang sejak kecil lagi terjadi apabila minum susu dalam kuantiti yang banyak (satu gelas penuh) saya akan mengalami cirit-birit dan berlarutan sehingga 2-3 hari.
Apakah laktosa?
Susu dan hasil tenusu mengandungi gula susu yang perlu dipecahkan menjadi lebih kecil supaya dapat diserap ke aliran darah. Gula susu ini dipanggil laktosa. Ia dipecahkan oleh enzim lactase di dalam usus.
Apakah alahan laktosa?
Alahan laktosa adalah ketidakupayaan untuk menghadamkan gula susu atau laktosa.
Bagaimanakah Alahan Laktosa Berlaku?
Ianya berlaku kerana kekurangan enzim lactase secara sementara atau kekal. Enzim lactase ini terdapat di lapisan dalam usus.
Jenis-jenis alahan laktosa
Alahan laktosa mungkin kekal (primary)
- Congenital (sejak lahir)
- Jarang berlaku
- Berlaku semasa lahir
- Lewat (bagi dewasa)
- Biasa berlaku di kalangan orang asia
- Berlaku dalam anggaran umur 20 tahun
Alahan Laktosa Sementara (secondary)
Alahan laktosa sementara berlaku disebabkan kerosakan/kecederaan pada usus yang disebabkan oleh:
- Jangkitan kuman pada usus (Gastroenteritis)
- Penyakit usus seperti Coeliac Disease
- Pembedahan usus
Berapa kerapkah keadaan ini berlaku?
- 2/3 daripada kebanyakan bayi mengalami gejala penyakit ini.
- Secara am ianya adalah sementara dan tidak merbahaya.
- Enzim lactase lazimnya akan berkurangan apabila kanak-kanak mula makan makanan pejal.
- Kebanyakan orang akan terus menghasilkan enzim lactase dan sebahagian (kebanyakan orang asia) pula berhenti menghasilkan enzim lactase apabila meningkat dewasa.
Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?
Gejala ini akan kelihatan ½ hingga 2 jam selepas memakan makanan yang mengandungi laktosa:
- Perut kembung dan memulas
- Berak cair yang berbau busuk
- Kentut yang berlebihan
- Kulit melecet dibahagian punggung
Diagnosa
Semua tanda-tanda di atas bukan saja berlaku bagi kes alahan laktosa tetapi juga berlaku kepada alahan makanan lain atau penyakit-penyakit lain. Oleh itu diagnosa ini hanya boleh dibuat selepas kes diperiksa oleh doktor.
Apakah masalah yang akan timbul akibat penyakit ini?
Alahan laktosa sementara tidak akan menyebabkan komplikasi kepada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kes yang serius jika tidak dirawat boleh menyebabkan:
- Kekurangan air dalam badan (Dehidrasi)
- Kurang zat makanan
- Pembesaran terencat
Bagaimanakah cara merawat masalah ini?
- Kawalan pemakanan adalah cara utama merawat alahan laktosa. Cuba elakkan makan makanan yang mengandungi laktosa, di samping itu pastikan kanak-kanak tersebut mendapat makanan yang seimbang.
- Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang rawatan.
Alahan laktosa yang kekal :
- Tidak dapat diubati.
- Elak semua makanan yang mengandungi laktosa.
- Minum susu lembu tanpa laktosa (lactose free) atau susu soya.
Alahan laktosa yang sementara:
- Kurangkan makanan yang mengandungi lactosa.
- Minum susu tanpa lactosa .
Apakah jenis makanan yang mengandungi laktosa?
Makanan mengandungi laktosa termasuk:
- Susu dan hasil tenusu seperti keju, mentega dan lain-lain.
- Coklat dan minuman coklat dan berperisa coklat.
- Aiskrim.
- Margerin.
- Roti dan biskut.
- Bijirin sarapan.
- Manisan susu (candy), gula-gula yang mengandungi susu.
- Susu pekat manis.
- Susu cair.
Laktosa juga terkandung dalam makanan berikut:
- Semua jenis susu.
- Gandum dan protein susu.
- Susu tepung.
- Tairu.
Bagaimana keadaan ini boleh dielakkan?
Elakkan semua makanan yang disebut di atas.
Apakah langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil?
- Baca label kandungan makanan yang hendak dibeli.
- Berhati-hati memilih makanan yang tidak dicatitkan kandungannya.
- Dapatkan nasihat pakar pemakanan tentang kandungan makanan yang tidak pasti.
Saya berada di golongan yang pertama ( alahan laktosa kekal ). So, saat terliur untuk minum susu,memang saya akan minum je. Sebarang risiko terpaksa tanggung sendiri. Hal ini berlaku sebelum saya diperkenalkan oleh seorang sahabat saya dengan ESP. Saya jatuh cinta dengannya. Sehingga sekarang saya minum sebagai ganti susu yang saya suka.Dan saya rasakan khasiatnya lebih baik.
![]() |
Khasiat ESP |
![]() |
My BFF |