Lama sudah petua-petua artis ini disimpan. Kali ini ingin 'diturunkan' kepada kengkawan.Haha.
Cantik Mulus je.. |
- Untuk kulit licin, ambil tepung pulut dan campurkan dengan air. Sapukan pada muka sebelum tidur.Basuh muka keesokan harinya.
- Menghaluskan kulit pula, ambil madu lebah dengan putih telur. Sapukan di muka sehingga kering dan kemudian bilas selepas 30 minit.
- Bagi menghilangkan kulit bersisik, amalkan mengambil hampas kelapa dan campurkan dengan air suam dan asam jawa. Sapukan pada tempat bersisik. Buat berulang kali.
- Untuk kelihatan kurus, ambil daun betik dan rebus untuk mendapatkan airnya. Minum air rebusan daun betik tersebut dua gelas sehari.
- Bagi mengatasi masalah rambut gugur, perah limau nipis dan campurkan dengan putih telur. Gosok dan ratakan pada seluruh rambut. Biarkan selama dua jam dan kemudian bilas rambut anda.
- Menghilangkan kelemumur di kepala, tumbuk halia hingga hancur dan kemudian gosokkan ke seluruh kulit kepala.Amalkan sebelum mandi,kemudian bilas dengan air.
- Ingin memiliki bulu kening yang tebal, bakar buah keras hingga hitam kemudian ditumbuk hancur.Campurkan sedikit minyak masak,kemudian sapukan pada bahagian bulu kening.
- Jika kerap sakit kepala, ramas daun sirih dalam air dan basahkan kepala dengan air tersebut sambil memicit-micit kepala.
- Kurang selesa apabila selesema,amalkan minum air didihan beras,biarkan suam dan minum airnya.
Ikhtiar untuk kekal sihat
Hawa Hassan
0134396973