Bismillahirrahmanirrahim…
Saya tulis semula apa yang saya baca dari buku Agar Anak Mudah Menghafal Al-Quran tulisan Hamdan Hamud Al-Hajiri. Ianya menjadi nota ringkas kepada saya dalam usaha mendidik generasi pewaris untuk menghafal Al-Quran bermula dari usia dini (3 tahun). Pada saya ianya bergantung kepada kemampuan anak itu sendiri.Terdapat juga tambahan nota yang saya ambil daripada mereka yang sudah berpengalaman.Saya belajar banyak daripada kakak-kakak saya juga. Sofiyyah dan Irfan mula diperkenalkan dengan Al Quran seawal dari kandungan. Umur 5 tahun lebih sudah khatam dan mula hafal Al Quran.Irfan agak lambat kerana keaktifannya.
Mukaddimah
Untuk menghafal Al Quran perlu diperhatikan dua faktor penting:
INTERNAL
- Ikhlas
- Beramal Shalih dan meninggalkan maksiat
- Serius dan bersungguh-sungguh
- Menghafalnya sejak kecil
- Berdoa
- Menghayati Al Quran serta memahami maknanya
- Bersuci
Tips untuk anak menghafal Al Quran dengan mudah di awal usianya:
SEMASA MENGANDUNG
- Niat ibu yang ikhlas untuk anak yang dikandungnya itu menghafal Al Quran.
- Sentiasa membaca Al-Quran. Usahakan untuk membaca minimum satu juzu’ sehari.
- Perdengarkan ayat-ayat suci Al Quran sepanjang masa walaupun ibu pada waktu itu tidak membaca Al- Quran. ( Contoh pasang mp3 dan letakkan earphone di bahagian perut semasa tidur)
- Sentiasa berkomunikasi dengan anak di dalam kandungan, nyatakan harapan kita padanya untuk dia hafal Al Quran.
- Boleh juga mengajarnya membaca Al Quran dan bayangkan seolah-olah dia sedang belajar membaca Al Quran.
- Berdoalah agar Allah makbulkan doa kita untuk siap dan mampu untuk mendidik anak hafal Quran serta anak yang dilahirkan itu nanti dimudahkan jalannya untuk menghafal Al Quran.
SETELAH DILAHIRKAN
- Teruskan memperdengarkan bacaan Al-Quran di depannya. Biasakan membaca Al Quran bersamanya walaupun pasti ada gangguan-gangguan yang tidak terduga darinya atau anak-anak yang lain.
- Dedahkan dengan huruf-huruf atau perkataan Al Quran seawal mungkin. Banyak alat bantu yang boleh digunakan. Pastikan ianya selamat untuk bayi. (Contohnya : softbook, flashcard…jika kreatif boleh buat sendiri menggunakan kain…=).
- Pasang ayat-ayat Al Quran di dalam kenderaan sepanjang ‘travel’.
- Mulakan mendidik anak tentang solat dan doa seawall mungkin. Libatkannya dalam solat berjamaah dan berdoa bersama seawal mungkin.
- Sentiasa perhatikan perkembangan anak, jika mereka sudah bersedia untuk belajar Al Quran secara formal, teruskan.(Pengalaman sendiri, semasa berumur setahun lebih, saya sudah hafal An-Naas hingga Ad-Dhuha walaupun pada waktu itu, saya belum pernah memegang mushaf. Ibu membacanya kuat-kuat sepanjang masa ketika membuat kerja-kerja rumah dan saya mengikut apa yang ibu baca. Pada masa itu, laptop, mp3 belum lagi wujud.)
- ‘Toilet train’ seawal mungkin untuk memudahkan proses mendidik anak hafal Al-Quran seterusnya. Satu kelebihan untuk ibu yang tidak bekerja di luar rumah,tetapi masih boleh diusahakan untuk ibu yang berkerjaya.
- Umur 2 tahun secara umumnya anak-anak sudah mula boleh bertutur. Mulakan dengan kalimah tayyibah dan ajarkan ayat-ayat atau surah-surah yang mudah kepadanya.
- Jadikan suasana di rumah itu merangsang anak untuk minat Al Quran. (contoh: membaca Al-Quran secara berjamaah)
- Usahakan untuk mengajar anak membaca Al-Quran secara tersusun samada berguru dengan ibu dan ayah atau guru khas seawal mungkin. ( Ibu mengajar kami adik beradik membaca Al-Quran seawal umur 2 tahun walaupun tempoh masa kami fokus terhadap apa yang diajar cuma 3-5 minit, tetapi ianya berulang secara istiqamah setiap hari. ‘Trend’ itu diteruskan hingga generasi anak-anak kami sekarang. Secara purata, umur 5 atau 6 tahun, kami sudah khatam Al- Quran beserta tajwid yang betul dan mula menghafal.)
- Bagi ibu yang berkerjaya, masih lagi boleh berbuat demikian dengan mencari masa yang sesuai atau boleh juga mencari guru yang sesuai. Kebiasaannya, tidak ramai yang sanggup mengajar Al-Quran untuk kanak-kanak yang masih kecil ini.Jadi, perlulah menyusun jadual khusus untuk tujuan ini.
EKSTERNAL
- Memilih guru
- Ketika anak sudah mampu membaca Al Quran dan mula untuk menghafalnya, bolehlah memilih kelas-kelas tahfiz yang sesuai atau guru khas jika si ibu atau ayah tidak mampu mengajarnya sendiri.
- Memilih mushaf
- Pada awal waktu pendedahan untuk mengenali Al-Quran, bolehlah membeli mushaf yang berwarna-warni untuk menarik pehatian anak-anak. Ketika sudah mahu menghafalnya, mushaf biasa dengan rasm uthmani adalah lebih baik.
- Memilih teman
- Perhatikan dengan siapa anak-anak berkawan. Jika mereka dihantar ke kelas-kelas tahfiz,kenali kawan-kawannya, sebolehnya bantulah anak kita untuk memilih kawan-kawan yang rajin menghafal Al-Quran supaya wujud persaingan yang positif dalam dirinya.
- Memilih waktu
- Susun waktu dan jadual yang sesuai dengan kemampuan anak-anak dan usahakan untuk memperhatikan mereka untuk mengulang bacaan Al-Quran yang mereka hafal.
- Memilih tempat
- Pilih kelas yang sesuai untuknya. Jika ibu atau ayah mengajarnya sendiri, pilihlah tempat,sudut atau bilik yang sesuai. Elakkan anak yang sedang menghafal ini diganggu oleh suasana hingar binger,contohnya gangguan anak-anak yang lebih kecil.
- Memilih yang akan di hafal
- Kebiasaannya,jika anak dihantar ke kelas tahfiz, sudah tersedia modul khas untuk pelajarnya. Jika berkemampuan,ibu bapa juga boleh menyusun modul sendiri untuk tujuan ini.
- Memilih makanan dan minuman
- Pilihlah makanan yang berkhasiat untuk anak-anak untuk pertumbuhan fizikal dan mentalnya.
- Elakkan makanan-makanan seperti makanan ringan,minuman di dalam kotak,’fast food’ kerana khasiatnya adalah kurang dan mengandungi banyak ‘preservatives’ dan ‘additives’ yang boleh memberi kesan terhadap pertumbuhan minda yang baik.
- Biasakan memakan kurma, kismis, buah tin, zaitun dan makanan sunnah yang lain. Boleh juga memberikannya makanan tambahan yang baik untuk perkembangan minda seperti makanan yang mengandungi kandungan Omega 3 (EPA,DHA,ALA) yang tinggi.
Pengalaman saya sendiri ketika berumur 6 tahun dan sudah mula hafal Al Quran, emak saya memberikan saya minyak ikan. Pada waktu itu,saya fikir kenapa nak kena beli minyak ikan yang dalam kapsul 'softgel' comel-comel tu,sedangkan mak selalu goreng ikan, so, ambil je lah minyak tu.Hihi. Bila mak terangkan betul-betul, barulah saya faham.Masih ingat, Doktor Aziz Homeopathy yang suruh mak berikan minyak ikan untuk saya. Dari kecil, saya disuruh makan minyak ikan dan kismis.Waktu itu, saya tak kisah sangat pun jenama apa. Yang penting minyak ikan untuk cerdik, mak kata.Tapi kena rajinlah hafal quran, baca buku,doa,solat jangan tinggal,barulah jadi cerdik dengan izin Allah.Kata-kata emak saya pegang hingga ke hari ini.
Sampai saatnya saya mengambil jurusan Bioteknologi Makanan, banyak saya belajar tentang nutrisi untuk kesihatan manusia.Dan paling menarik minat saya adalah Omega 3 (EPA,DHA,ALA). Tentang kebaikannya untuk kesihatan secara keseluruhan.
Dan suatu hari, saya jatuh cinta dengan Omega Guard Shaklee.Kenapa? BACA DI SINI.