Bismillahirrahmanirrahim...
Bagi mereka yang mengalami barah (kanser) hati , faktor pemakanan merupakan faktor terpenting dalam penjagaan kesihatan mereka seharian. Terdapat beberapa makanan yang perlu diambil dan wajib dielakkan. Jika mereka tidak menghiraukan soal pemakanan ini, penyakit ini boleh menjadi serius bahkan boleh menyebabkan kematian.
Makanan dan minuman yang perlu diambil :
1.Susu dan yogurt
Susu dan yogurt dapat mengurangkan perkembnagan barah hati. Namun, perlu dipastikan ianya diambil tanpa gula.
2.Buah-buahan segar dan sayuran organik
7 hingga 8 hidangan buah-buahan segar dan sayuran organik yang mengandungi vitamin B dan C yang tinggi amat sesuai untuk pesakit ini. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengamalkan pemakanan sayur-sayuran kuning dan oren (labu, ubi jalar,ubi) dan sayuran seperti brokoli mempunyai peluang yang rendah untuk mendapat barah hati berbanding mereka yang tidak memakan sayuran secara teratur.
3.Teh
Teh hijau adalah salah satu minuman yang popular yang biasa digunakan sebagai minuman berkhasiat.
4.Makanan berserat tinggi
Salah satu cara untuk melawan penyakit barah hati ialah pesakit haruslah mengambil makanan yang berserat tinggi seperti oat dan kekacang. Terdapat dua kategori makanan berserat tinggi yang memberi kesan kepada tubuh kita; serat larut dan serat tidak larut.
Serat larut - kacang kering,kacang peas, oat dan biji rami. Ia juga terdapat pada jeruk epal dan lobak merah. Serat larut ini membantu untuk mengatur gula dalam darah kerana ia terikat dengan asid lemak dalam perut dan memanjangkan proses pencernaan. Selain itu ianya juga boleh menurunkan kadar LDL (kolesterol tidak baik) dalam badan.
Serat tidak larut - boleh ditemui di dalam roti gandum, bunga kobis,kacang hijau,kulit buah-buahan dan sayur-sayuran berakar. Ianya baik untuk proses pencernaan dan membantu pengeluaran toksin daripada badan.
5.Jus delima
Pesakit barah hati dinasihatkan untuk menagmbil minuman jus delima kerana ianya menagndungi antioksidan yang bertindak sebagai pencegah. Untuk lelaki, ianya bermanfaat untuk rawatan kanser prostat.
6.Minyak zaitun
Minyak zaitun dapat membersihkan hati dan mmeberikan fungsi tubuh anda kembali ke tahap optimum.
7.Ikan stim dan rebus (ikan laut dalam)
Ikan memberikan khasita lemak sihat dan tidak memburukkan barah hati. Bagi yang sangat peka mengenai barah, ikan laut dalam adalah pilihan yang terbaik. Ianya merupakan sumber protein yang bagus.
8.Diet bebas gula
Perkara yang paling mustahak dalam mencegah brah hati adalah pemakanan yang bebas gula. Ini kerana pesakit diabetes mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser hati.
9.Lemak haiwan/ lemak trans
Pesakit barah hati harus mengelakkan daripada mengambil kedua-dua jenis makanan ini.
10.Daging merah
Tidak digalakkan mengambl daging merah secara berlebihan atau elakkan dari mengambil daging merah
11.Keju
Pesakit barah juga perlu menghindari dari memakan bijan, lada, dan keju. Ini kerana ianya akan mmeburukkan lagi keadaan barah tersebut.
Semoga bermanfaat. Jom sihat!