Putihkan Gigi Secara Semulajadi

Gigi Kuning???? Cuba senyum atau sengih di hadapan cermin dan perhatikan gigi kita. Kalau cantik tak mengapa lah..

gigi cantik,gigi kuning,gigi sihat
www.sheradiofm.com

Gigi yang kuning sering kali menjadi penyebab seseorang rasa rendah diri dan susah untuk bergaul,(Ke memang tak kisah???Haha).Selain itu, gigi yang kuning menandakan bahwa gigi tersebut tidak sihat dan dapat mengganggu kesihatan anggota tubuh yang lain seperti mulut dan gusi.

Cara memutihkan gigi yang akan dikongsi ini sebenarnya tidak perlu anda lakukan jika anda rajin membersihkan dan menggosok gigi. Jika sudah terlanjur mempunyai gigi warna kuning, bolehlah mengamalkan tips-tips ini:-


Penyebab Gigi Kuning

Sebelum kita bercerita tentang bagaimana cara memutihkan gigi yang berwarna kuning, terlebih dahulu kita mesti tahu penyebab  gigi kita berwarna kuning atau tidak sihat, diantaranya :

  • Malas menggosok gigi atau cara menggosok gigi yang tidak betul.
  • Suka minum kopi dan teh  juga menyebabkan gigi berwarna kuning.
  • Perokok tegar, ternyata kesan nikotin menjadikan gigi berwarna kuning.
  • Penggunaan ubat titis  mata secara berlebihan.
  • Menggunakan  obat pemutih gigi yang tidak sesuai.

(Malas meggosok gigi terutamanya sebelum tidur dan merokok adalah faktor terbesar gigi berwarna kuning dan tidak cantik plus mudah rosak).

Cara Memutihkan Gigi


Memakai Siwak

Menggosok gigi menggunakan siwak atau miswak (kayu sugi). Siwak adalah dahan atau akar pohon yang  digunakan untuk membersihkan gigi, gusi dan mulut. Cara ini sudah dilakukan oleh orang Islam sejak zaman dulu untuk menjaga kebersihan dan kekuatan gigi. Mudah sahaja, kayu sugi banyak dijual di kedai-kedai menjual peralatan ibadah seperti sejadah, kopiah dan lain-lain.

Arang Kayu

Cara ini memang termasuk cara  tradisional namun sangat berkesan menghilangkan warna kuning pada gigi. Tapi anda juga haruslah berhati-hati kerana penggunaan secara berlebihan boleh merosakkan enamel gigi dan menyebabkan rasa sakit pada gigi.Lagi satu, ianya mungkin tidak selamat jika tertelan arang dan sebagainya. (Dulu, zaman kanak-kanak, di rumah nenek pernah main hantu-hantu dengan arang hitam dekat gigi tu dengan sepupu-sepupu...haha..orang dulu-dulu memang guna arang untuk gosok gigi).

Kulit Limau Nipis

Wah!!! Masam..Gunakan bagian dalam kulit limau nipis yang berwarna putih untuk menggosok gigi kuning anda. Lakukan secara teratur setiap hari dan gigi akan menjadi putih secara semulajadi dan cepat. Hati-hati bagi anda yang memiliki gigi sensitif, kandungan vitamin C yang terkandung didalamnya tidak sesuai untuk jenis gigi anda.

Strawberi

Selain sedap dimakan, strawberi juga berkhasiat untuk memutihkan gigi secara semulajadi. Tidak  perlu membuat ramuan khusus, hanya makan seperti biasa, dan gigi akan kelihatan sihat dan putih.

Jom, sama-sama buat. Menggunakan siwak,kulit limau nipis dan makan buah strawberi kelihatan lebih praktikal di zaman ini dan mengurangkan isu keselamatan dalam makanan yang masuk ke dalam perut kita. Betul tak?? Jom putihkan gigi. Muka cantik gigi kuning pun tak comel juga. Haha.

Boleh-boleh sahaja menggunakan produk pembersihan gigi di pasaran yang dirumus khas untuk pemutihan gigi. Tetapi, sudah pasti banyak yang menggunakan bahan kimia yang diadun menjadi 'toothpaste' itu. Tips ini sebagai alternatif. Cuma kena RAJIN!!!!Peace! Sekian.



0 comment... add one now