Kulit Sayang Makin Lembut Lepas Makan Vitamin E !

khasiat vitamin e,kesan kurang vitamin E
www.ammboi.com
Alhamdulillah sudah masuk minggu ketiga saya mengamalkan Vitamin E secara konsisten. Sebelum ini, saya ada juga mengambilnya, tetapi 'on-off '. Tetapi, disebabkan teruja dengan khasiatnya selepas beberapa kali mengulangkaji tentang vitamin ini secara lebih mendalam, maka saya mengambil keputusan untuk istiqamah mengamalkannya.

"Saya pun nak cantik juga macam Che Ta !".


"Sayang dah cantik pun...susah cantik lebih-lebih nanti".


"Cantik pun untuk abang juga, orang lain pun. Jangan risaulah".


3 minggu kemudian....(hari ini 23/10/15)


Saat kami berbual-bual sambil makan buah, suami saya menegur...

"Eh, kenapa abang tengok muka sayang macam lain je sikit".

"Abang nak kutuk la tu, tahulah ada jerawat dua biji ni baru tumbuh".

"Bukan, nampak kulit lagi lembab, bila pegang pun lembut je. Tonanya pun agak berbeza daripada sebelum ni".

"Abang ni mimpilah, baru tiga minggu sayang makan Vitamin E ni. Jerawat pun duk ado lagi ni haih!".

"Abang rasa jerawat tu 'healing crisis' kot. Banyak sangat toksik kat dalam badan sayang tu".

(Ceh!! Pandai dia kutuk kita).

"Emm..ya lah tu".

Saya tidak pernah perasan, memang tidak suka bersolek,nak belek-belek muka di hadapan cermin lama-lama bukan sayalah tu. Mula makan Vitamin E Shaklee ini 2013 lagi, tetapi tidak dimakan dengan cara yang betul dan tidak diberitahu cara makan yang sebaiknya.Tahun ini, setelah membaca buku-buku nutrisi dan mendapat konsultasi secara khusus,barulah nampak hasilnya.

Walaupun belum lagi gebuz-muluz kulit ini, tetapi ada perubahannya. Kusamnya sudah kurang seiring masa dan nampak lebih bermaya. Yang pasti memang orang tidak akan mengatakan saya sudah 3 series ke atas.Sabar sahajalah. Paling penting usia cuma angka, cantik pun subjektif. Betul tak? Apa yang kita mahu adalah kesihatan yang berpanjangan untuk menunaikan sebanyak mungkin amanah yang Allah berikan kepada kita.


Jadi, kenapakah badan kita memerlukan segala jenis vitamin terutamanya vitamin E ini?

Vitamin E adalah vitamin larut lemak yang boleh didapati dalam banyak makanan, lemak, dan minyak. Ia juga merupakan antioksidan, satu bahan yang boleh membantu mencegah kerosakan sel-sel badan. Antioksidan boleh memberikan perlindungan dari penyakit serius termasuk penyakit jantung dan kanser.

Vitamin E juga penting dalam membantu badan kita membuat sel-sel darah merah, dan ia membantu badan menggunakan vitamin K.

Apakah kesan kekurangan Vitamin E dalam badan?


Secara umumnya, simptom yang ketara sukar untuk dipastikan terhadap mereka yang sihat dan mengambil sedikit vitamin E dalam diet harian.(Dr Steven Charlap)


Namun begitu, ianya tetap memberi kesan sekiranya diet harian yang diamalkan tidak sihat dan tidak mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh badan. Begitu juga mereka yang bermasalah terhadap penyerapan lemak akan menunjukkan simptom kekurangan vitamin E seperti:
  • Kelemahan otot
  • Kehilangan jisim otot
  • Pergerakan mata yang tidak normal
  • Masalah penglihatan 
Kepentingan Vitamin E kepada kita

  • Vitamin E digunakan untuk merawat dan mencegah penyakit jantung dan saluran darah termasuk pengerasan arteri, serangan jantung, sakit dada, sakit kaki kerana arteri tersumbat, dan tekanan darah tinggi.

  • Vitamin E juga digunakan untuk merawat diabetes dan komplikasinya. 
  •  Ia digunakan untuk mencegah kanser, terutamanya paru-paru dan kanser mulut di kalangan perokok; kanser kolorektal dan polip juga kanser perut, prostat, dan pankreas.

  • Sesetengah orang menggunakan vitamin E untuk penyakit sistem otak dan saraf termasuk penyakit Alzheimer dan demensia yang lain, penyakit Parkinson, kekejangan malam, sindrom kaki resah, dan untuk epilepsi, bersama-sama dengan ubat-ubatan lain. Vitamin E juga digunakan untuk 'Chorea Huntington' (sejenis penyakit yang menyerang saraf), dan gangguan lain yang melibatkan saraf dan otot.

  • Wanita menggunakan vitamin E untuk mencegah komplikasi semasa kehamilan disebabkan oleh tekanan darah tinggi (pre-eklampsia), sindrom prahaid (PMS), senggugut, sindrom menopaus seperti hot flashes (rasa panas di dalam tubuh, diikuti dengan berpeluh-peluh,serta jantung yang berdebar-debar).
  • Kadang-kadang vitamin E digunakan untuk mengurangkan kesan-kesan bahaya rawatan perubatan seperti dialisis dan radiasi. Ia juga digunakan untuk mengurangkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini ubat-ubatan seperti kehilangan rambut di kalangan mereka yang mengambil doxorubicin dan kerosakan paru-paru bagi mereka yang mengambil amiodarone.

  • Vitamin E kadang-kadang digunakan untuk meningkatkan ketahanan fizikal, meningkatkan tenaga, mengurangkan kerosakan otot selepas senaman, dan meningkatkan kekuatan otot.

  • Vitamin E juga digunakan untuk katarak, asma, jangkitan pernafasan, masalah kulit, penuaan kulit, selaran matahari, cystic fibrosis, kemandulan, mati pucuk, sindrom keletihan kronik (CFS), ulser peptik, untuk penyakit keturunan tertentu dan untuk mengelakkan alahan.

  • Sesetengah orang menggunakan vitamin E untuk kulit mereka untuk mengelakkan penuaan dan melindungi kulit daripada kesan bahan kimia yang digunakan untuk terapi kanser (kemoterapi).
Banyak lagi kegunaan vitamin E ini. Kajian-kajian yang membuktikan Vitamin E yang sifat anti-oksidannya sangat tinggi mampu membantu memulihkan pelbagai penyakit juga banyak. Alhamdulillah, itu kurniaan Allah yang jarang kita syukuri. Ada hikmah Allah jadikan vitamin E ni kan?.

Dari manakah kita boleh dapatkan vitamin E ini?

    Sumber terkaya vitamin E adalah germa gandum.

    Makanan lain yang mengandungi sejumlah besar vitamin E termasuk:

    • Hati
    • Telur
    • Kacang - badam, hazelnuts, dan walnut
    • Biji bunga matahari
    • Marjerin jagung minyak
    • Mayonis
    • Minyak sayuran sejuk-ditekan, termasuk zaitun, jagung, safflower, kacang soya, kapas, dan canola
    • Sayur-sayuran berdaun hijau gelap seperti bayam
    • Keledek
    • Aprikot
    • Asparagus
    • Keladi
    Tahukah Anda? 

    Nak dapatkan 400IU Vitamin E,untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas setiap hari, kita mesti makan 1kg benih gandum @ 500 ml minyak safflower @ 8 kg bayam @ 500g badam. Laratkah nak telan semua tu? Juga tidak memungkinkan untuk kita makan setiap hari, terutamanya ketika travel jauh. Duduk di rumah pun belum tentu makan, berjalan, lagilah merapu makannya. Haha.


    Alhamdulillah, saya makan semua di atas kecuali benih gandum, tetapi tidaklah setiap hari. Jadi, saya 'top-up' dengan Vitamin E Shaklee yang sumbernya juga dari bahan semulajadi, 'food-based' bukan 'chemical-based'.Rasa gembira yang sangat-sangat gembira dengan perubahan diri. Luaran semakin ok,sudah pasti dalaman juga semakin baik. Itu ilmu nutrisi,berbeza dengan kosmetik.Hihi.

    Setakat ini dulu sharing...Berminat untuk makan Vitamin E semulajadi juga, hubungi saya ya.

    Hawa-0134396973.




    0 comment... add one now