Bismillahirrahmanirrahim...
Tiba-tiba rasa nak buat entri ini...
Khas untuk isteri-isteri, bakal isteri 'orang minyak' yang kerja di pelantar minyak, tak kisahlah kerja sebagai apa dari helper sampailah ke bos beso...hihi.
Bersama gelombang lautan... |
"Kalau abang balik dengan pakai 'coverall' tu, tak payah jadi solehah sangatlah nak salam,peluk,cium tangan...tunggu abang mandi dulu, ingat tu!"
"Senyum jer,tolong buka pintu,ambik barang-barang abang,kemas-kemas apa yang patut,sediakan makanan untuk abang..Ok?"
"Haip..haip...." (dengan kepala terangguk-angguk..Banyaknya solehah..Haha)
"Abang ada skandal dengan En. M ya??"
"Aah..."
"Barang-barang abang kena 'sterilize' tak?"
"En.M bukan macam Pn. M sayang tu.Biasa kalau di pelantar minyak ada Decon Station".
(En.M : Merkuri, Pn. M : Mikrob...Haha..)
Yang hitam berkeladak itu merkuri... |
Merkuri...Waste.. |
Ir to be...En Suami di 'plant' dot...dot.bukan pelantar minyak..tutup muka hensem..haha.. |
Nampak macam 'handsome' kan kerja di pelantar minyak...poket pun 'handsome'..tak semua lah macam tu ya... Tapi, kena ingat dan tahu, risikonya juga sangat 'handsome'.
Berbalik kepada cerita merkuri tadi, sebenarnya merkuri yang di dalam bentuk fizikal seperti di dalam gambar lebih mudah untuk dihilangkan dari badan manusia walaupun tetap akan ada kesannya untuk jangka masa panjang dari segi kerosakan sel-sel badan.Berbeza dengan merkuri dalam bentuk organik yang lebih sukar untuk dibuang.
Dari manakah datangnya merkuri dalam bentuk organik ini???
Jawapannya daripada makanan kita. Terutamanya 'seafood', ikan-ikan besar...Jom kita baca berita ini.Cari yang dalam Malaysia tak jumpa pulak..hihi.Tapi, konteksnya sama sahaja. Merkuri : Kesan terhadap kesuburan lelaki dan wanita.
LONDON - " Makan terlalu banyak makanan laut, yang tinggi bahan merkuri toksik, boleh dikaitkan dengan peningkatan risiko kemandulan pada lelaki dan wanita," kata penyelidik.Para saintis di Universiti Cina Hong Kong mendapati bahawa pasangan tidak subur yang mengambil sejumlah besar makanan laut mempunyai kepekatan merkuri dalam darah yang tinggi daripada pasangan subur."Makanan laut yang tercemar dengan merkuri adalah sumber yang mungkin memberi kesan kepada kesuburan penduduk kami," kata Dr Christine Choy, yang hasil penyelidikannya diterbitkan dalam British Journal of Obstetrik dan Ginekologi.Choy dan rakan-rakannya, membuat perbandingan tahap merkuri kepada 157 pasangan subur dan 26 pasangan tidak subur berkata pencemaran laut dengan logam berat adalah biasa di seluruh Hong Kong.Tiga puluh lima peratus daripada lelaki dan 23 peratus wanita dalam kumpulan yang tidak subur mempunyai kepekatan yang luar biasa tinggi merkuri dalam darah mereka.Choy berkata pendedahan kepada toksin alam sekitar seperti merkuri telah dikaitkan sebagai punca yang menyebabkan kemandulan."Hubungan positif antara kuantiti pengambilan makanan laut dan merkuri dalam darah menunjukkan bahawa pengambilan makanan laut yang lebih tinggi boleh menyumbang kepada kepekatan merkuri dalam darah yang tinggi," kata Choy dalam jurnalnya.Kemandulan menjejaskan kira-kira satu dalam enam pasangan. Empat puluh peratus daripada kes-kes ketidaksuburan dikaitkan dengan lelaki dan 40 peratus lagi adalah disebabkan oleh masalah wanita. Dalam beberapa kes sebab-sebab yang diketahui adalah berpunca daripada kedua-dua masalah lelaki dan perempuan.Gangguan hormon, rosak atau penyumbatan tiub fallopio dan endometriosis, adalah punca lazim kemandulan wanita.Merkuri memasuki alam sekitar secara semula jadi dan melalui pencemaran perindustrian. Hampir semua ikan mengandungi sejumlah merkuri tetapi ikan yang lebih besar seperti jerung atau ikan todak mengumpul jumlah tertinggi merkuri dan menimbulkan ancaman terbesar kepada orang yang memakannya.Pengarah Eksekutif UNEP Klaus Töpfer telah berkata, keracunan merkuri terpaksa ditangani dengan segera kerana ia adalah bahaya kepada kehidupan dan alam sekitar. Ia boleh menyebabkan kerosakan kekal pada otak, sistem saraf dan buah pinggang.Choy berkata, kurangkan makan makanan laut adalah salah satu cara untuk mengawal masalah ini."Walau bagaimanapun,ianya perlu seimbang kerana terdapat komponen lain ikan, seperti terdapat asid lemak omega-3 dan selenium yang baik untuk kesihatan," tambah beliau.
Huu....scary nya...Walaupun tidak makan ikan todak mahupun jerung, ikan-ikan besar yang lain yang terdapat di Malaysia ini juga agak tinggi kandungan merkurinya. Ikan tongkol dalam menu Nasi Dagang juga tinggi kandungan merkurinya berbanding ikan selayang..(my favourite ikan)..
Setiap kali En. Suami balik dari 'plant' atau 'offshore', sangat bagus untuk makan makanan yang tinggi kandungan antioksidan untuk mengeluarkan segala logam berat, gas-gas beracun yang menjadi radikal bebas dalam badan. Juga setiap kali makan Nasi Dagang..hihi...pendek kata setiap hari lah kene ambik makanan yang tinggi antioksidan. Kami mengamalkan suplemen SR Vita C dan Vitamin E Complex Shaklee sebagai menu tambahan yang wajib setiap hari untuk kesihatan jangkamasa panjang.Next time kita try Vivix pula ya.Hihi..Antara sebab kami jatuh cinta berkali-kali dengan Shaklee. Tak kisahlah orang nak cakap apa..haha...TRYING IS BELIEVING...