Shaklee Collagen Powder Bukan Sekadar Untuk Kulit Gebu

Bismillahirrahmanirrahim…

Semoga semuanya dalam sihat walafiat yang maksimum untuk terus beribadah kepada Allah sementara masih ada masa di dunia ini. Amin..amin..Ya Rabbal’alamin.

Fitrah manusia terutamanya wanita..Nak cantik,nak pakai baju cantik-cantik, nak pakai barang kemas nak itu nak ini. Pendapat peribadi saya, kalaulah semua orang ada kemampuan untuk semua itu, pasti stok-stok makanan kesihatan dan kecantikan di kedai-kedai yang menjualnya setiap minggu wajib ditambah. Namun, seiring kenaikan harga barang, yuran sekolah meningkat, sewa rumah meningkat,bil elektrik, bil air, ayam,ikan, sayur dan lain-lain, pendek kata semua benda makin mahal harganya. Ehem..belum cerita kos rawatan bila sakit kan…pengalaman sendiri jumpa pakar sakit puan untuk rawatan kesuburan, sekali jumpa doktor cakap sikit je…bla..bla..bla…caj konsultasi RM 90+++,belum kira ubat,belum kira rawatan tu sendiri, nak buat TVS ke ape ke.. TOTAL sekali jumpa plus minus RM300++ lah paling cikai. Ini cerita di private hospital la kan…sebab nak cepat dan tak nak beratur..hehe..

Ok, sambung cerita, atas asbab-asbab di ataslah, bagi saya, ramai wanita yang mengekang kemahuan dan kehendaknya untuk cantik, sihat dan cukup nutrisinya demi kepentingan anak-anak dan keluarga. Bertabahlah dan bersabarlah…dan..buatlah sesuatu,jalan untuk mencari rezeki yang halal cukup banyak Allah bentangkan kepada kita.

“Senanglah dia cakap…suami keje ‘best’, mak bapak orang kaya…”. No! Berapa kerat je orang yang betul-betul jutawan yang asal dari keluarga kaya raya.Cuba kita telusuri kisah hidup orang-orang hebat macam Tan Sri Mokhtar Bukhari tu…saya pilih namanya kerana ketika di sekolah menengah, saya antara yang terpilih untuk mengikuti kelas tambahan intensif di bawah biaya Yayasan Al-Bukhari…Tu yang ingat namanya sampai la ni..banyak pahala dia kan???Bantu diri untuk bantu orang lain, itu yang saya belajar dari sosok hebat ini.Habis sini ceritanya ya. Bolehlah ‘google’ pada siapa yang nak kenal lanjut tokoh ini. 

Dah lari tajuk..seronok sangat bercerita..Hihi..Asalnya cerita pasal cantik..Tak apalah. Kembali kepada pokok pangkalnya.


SHAKLEE COLLAGEN POWDER



Mentang-mentang dia jual Shaklee…haha niat utama saya berkongsi untuk membantu dan bercerita apa yang saya makan, apa yang saya buat dan lalui…mungkin ianya bermanfaat kepada yang memerlukan.

Kenapa collagen ini bukan sekadar untuk menggebukan kulit ? Alaaa…macam artis-artis tu. (bukan yang plastic surgery ye..anti sikit sebab mengubah ciptaanNya unless kalau disebabkan kecederaan dsb dibolehkan la kan..).

Ok.Apa yang ada dalam Shaklee Collagen Powder ini?

Kandungan dari bahan semulajadi..



3 keupayaan utama bahan-bahannya...

4000 mg kolagen RSS (sisik ikan merah) proprietari

Kolagen yang bermutu tinggi yang diekstrak daripada sisik ikan merah.Ianya mempunyai berat molecular yang sangat rendah sekitar 1000 Dalton (kolagen biasa beratnya sekitar 300000 Dalton). Berat molekular ini menentukan kadar penyerapan oleh tubuh kita dan membantu sintesis kolagen secara semulajadi di dalam tubuh.Makin ringan makin senang diserap oleh badan. Bermakna ianya bukan sahaja menambah kolagen ke dalam tubuh tetapi membantu tubuh menjalani proses sintesis kolagen secara semulajadi.Jadi, tak adalah tubuh kita ni bergantung sepenuhnya terhadap sumber kolagen dari luar sebab tubuh sendiri dirangsang untuk menghasilkan kolagen sendiri.
Sisik ikan ini mengandungi sumber kolagen premium kerana kurangnya pencemaran disebabkan ikan ini berada di laut dalam.

Ekstrak biji Camellia japonica

Biji Camellia japonica terdiri daripada asid oleik, sejenis emolien dan pelembab kulit yang hebat dan isoflavon sejenis antioksidan semulajadi yang boleh mengurangkan radikal bebas.

Ekstrak Pfaffia

Juga dikenali sebagai ginseng Brazil. Apabila digabungkan denagn ekstrak biji Camillia japonica, membantu formasi kolagen asid hyaluronic.Dengan kemampuannya yang luar biasa untuk mengikat air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembab dan licin.

Ekstrak kekerang

Glucosamine yang diekstrak daripada kekerang ini adalah penting untuk sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata ntuk melegakan ketidakselesaan mata.

Lacto bacillus acidophilus

Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat dan mampu meningkatkan penyerapan kolagen.

Vitamin C dan Vitamin B

Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita. Vitamin B juga penting untuk metabolisma karbohidrat, lemak, dan protin untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.


Fungsi setiap bahan..

Gabungan kesemua bahan-bahan di atas menyebabkan ianya lengkap untuk kesihatan. Namun, tidak bemakna dengan makan kolagen ini semata boleh membantu mengubati segala penyakit. Maaf, saya kurang suka dengan klaim sesetengah produk kesihatan yang kononnya boleh menyembuhkan semua penyakit dari kepala hingga kaki. Ini kerana, setiap nutrien memberi fungsi yang berbeza ke atas tubuh kita. Dan satu-satu makanan, tidak semua nutrien yang diperlukan oleh badan itu ada. Sebagai contoh, jika kita mengambil Shaklee Collagen Powder ini, kita masih lagi memerlukan sumber protin, kalsium, vitamin D,Vitamin K,Vitamin E, atau Omega 3 dan Omega 6. 

Contoh yang lebih khusus, keperluan badan terhadap protin. Protin boleh didapati daripada sumber makanan seperti ayam, ikan, daging dan sebagainya. Protin ini sangat penting untuk menyokong pembentukan sel-sel baharu termasuk sel-sel darah, otot dan pembentukan kolagen. Namun, seringkali protin yang kita dapat daripada makanan seharian tidak mencukupi atau dengan kata lain, kita lebih banyak makan sisa protin atau protin yang dimakan sukar diserap ke dalam badan dan tidak memberi apa-apa makna kepada badan walaupun dimakan dengan kadar yang banyak. Ianya disebabkan oleh beberapa faktor seperti sumber yang tidak segar, sumber yang sudah bercampur dengan banyak ‘food additive’ dan bahan lain seperti lemak dan cara ianya dimasak.Dalam sesetenganh keadaan suhu tertentu, protin boleh rosak. Kisah Sausage dan protin yang selalunya menjadi pilihan orang berdiet karbohidrat atau ada yang Atkin Diet…hehe. Boleh baca di sini. 

Ringkas cerita, maka, disebabkan itu, saya sendiri lebih suka mengambil ESP untuk menampung keperluan seharian protin kerana setiap nutrien yang diperlukan oleh badan kita ini saling berkait dan memerlukan untuk memastikan kesihatan badan manusia di tahap maksimal.

Baiklah, panjang sudah ku membebel….mari kita lihat sejauh mana Shaklee Collagen Powder ini memberi manfaat kepada kesihatan tubuh seseorang.

Kulit
  • Bantu merawat parut
  • Bantu menambahkan keanjalan kulit
  • Bantu menghilangkan kedut-kedut halus penuaan.
Perbandingan..


Hasil kajian..

Rahim
  • Pengembangan dan pengecutan otot rahim semasa mengandung dan selepas melahirkan anak memerlukan kolagen

Sendi
  • Bantu mengurangkan kesakitan geseran pada sendi 

Mata
  • Bantu mengekalkan otot mata yang sihat dan kornea yang sihat.

Rambut
  • Bantu menguatkan akar rambut dan pertumbuhan semula rambut yang sihat.

Kuku
  • Bantu menguatkan kuku,tidak mudah patah,mengekalkan warna kuku yang sihat,dan menghilangkan bintik putih pada kuku.

Otak
  • Sel gyla yang membekalkan nutrisi kepada otak memerlukan kolagen untuk berfungsi dengan baik.

Dan lain-lain...

Banyak sungguh kebaikannya untuk tubuh badan kita kan. Bukan sekadar untuk cantik. 

Wallahu a'lam semoga bermanfaat untuk semua. Jangan segan-segan jika ada sebarang pertanyaan atau ingin memiliki produk ini silalah hubungi saya ya.

0 comment... add one now