9 Sebab Ostematrix Mesti Dimiliki Setiap Keluarga



Bismillahirrahmanirrahim…

Meneruskan perkongsian terhadap apa yang saya makan..Shaklee Ostematrix.. tahun 2007 bermula sejarah. Saya tergerak hati untuk singgah di sebuah kedai yang dimiliki oleh seorang agen produk kesihatan (bukan Shaklee) yang membuat khidmat pemeriksaan dan konsultasi kesihatan secara percuma (bukan cek darah semua macam kat klinik tu ya). Timbang berat badan, ukur tinggi, tengok lemak dalam dan luar organ, ketumpatan tulang kita,umur sebenar badan kita, itu yang di periksanya. Adalah sebuah mesin khas (saya tak ingat apa jenamanya), jadi, ringkas cerita keputusan ketumpatan tulang saya tidak memuaskan…

Dah mula cuak,haha..beginilah gayanya saya dengan kesihatan.Cepat gelabah. Kakak tu nasihatkan saya untuk makan lebih banyak makanan yang tinggi kalsium terutamanya susu. Sebab katanya, kalau nanti pregnant dan menyusu  badan wanita lebih banyak kehilangan kalsium.Oh! Susu.Semua orang suruh minum susu. Tapi waktu itu, saya tak bagitahulah kepada mereka saya sebenarnya pengidap ‘lactose intolerance’! Apa tu? Baca di SINI.

Yang best tu, pergi buat pemeriksaan, tapi tak beli satu pun produknya….Haha. Almaklumlah waktu itu ‘student’, mana ada duit banyak! Produk pulak mahal-mahal..

Pergi farmasi, belilah sebotol pil kalsium sebab saya risau saya ‘osteoporosis’ pula. Dahla ‘lactose intolerance’ kan..tambah lagi satu penyakit, tak naklah…belum kahwin lagi dah macam-macam penyakit. Masa tu saya belum kenal Shaklee lagi. Dan saya tak kisah pun apa-apa brand yang datang promote kat saya sebab dalam otak saya, “ Eleh, claim je lebih, effect tak seberapa pun….”.Hehe.

Ehem..tapi paling nak cakap, umur badan saya waktu tu 15 sedangkan umur sebenar saya dah masuk 22 tahun waktu itu…Yabeda bedooooo!!!! Perasan sekejap. Kakak tu kata mungkin sebab awak minum air cukup setiap hari, sebab sel-sel kita perlukan air untuk berfungsi…dan awak suka exercise,so bantu metabolisma badan dan elak lemak terkumpul..Cuma masalah awak ketumpatan tulang je la…lain-lain insyaAllah ok.

2014 baru saya masuk ahli Shaklee setelah lebih kurang setahun saya  beli produk dengan SID lain, ada beli dari kawan, ada kat outlet-outlet yang ownernya SID juga, memang harganya sangat tak ekonomi lah kan, terpaksa bayar mahal...Mama Alya banyak mengubah persepsi saya tentang Shaklee menyebabkan saya rasa nak kaji dan mengenali lebih mendalam setiap produknya setelah merasai kesannya sendiri. 

Produk pertama saya beli, ESP pengganti susu bagi saya. Kemudian Ostematrix pengganti pil-pil kalsium saya yang sebelum ini dibeli di farmasi. (yang beli di farmasi tu, saya tak makan konsisten pun, at least makan je sebab, rasa takut-takut—saya budak food, tengok ingredient, saya tahu tak semuanya bahan semulajadi, dan saya tahu kesan jangka panjang terhadap badan saya ,jadi saya makan on off je sepanjang beberapa tahun itu, asal ada sebab itu sahaja pilihan yang saya nampak—sebelum makan Ostematrix Shaklee)

Yang Shaklee pun, on-off juga awal-awalnya, sebab belum percaya betul-betul lagi. Saya banyak baca jurnal, clinical study dulu…dan rasa apa efek dalam badan ni. Dah beberapa lama ambil secara konsisten, barulah saya yakin dengan produk….hinggalah hari ini, saya rasa nak share apa yang saya makan. Gitu.

Kali ini kisah Ostematrix pula…dah glemer pun produk ni…sampai sekarang saya masih mengambilnya dan Alhamdulillah menjadi sumber kalsium dan mineral lain yang  saya rasa terbaik kesannya berbanding yang lain.

 
Ostematrix..credit to SID Shaklee untuk gambar ni...
 Apa yang ada dalam Ostematrix ni?

  • Mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium,magnesium,fosforus, dan vitamin D, zinc,kuprum, manganese dan boron.
  • Kadar penyerapannya adalah 99%
  • Kesemua nutrient ini diformulasikan secara unik oleh Shaklee kerana ianya perlu diambil secara bersama untuk penyerapan dan menghalang endapan sesetengah mineral.

Terdapat kajian yang menunjukkan suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Jisim tulang akan berkembang ke tahap maksima sehingga umur 28 dan akan berkurang setelah itu. Sebab itu kalau kita perhatikan, semakin seorang wanita itu meningkat usianya…ada banyak kes, ketinggiannya semakin berkurang. (badan makin pendek).

Ketinggian dan kandungan kalsium di dalam badan..



Cara terbaik untuk mengukur penyerapan kalsium daripada suplemen adalah dengan mengukur perubahan dalam tahap kalsium darah selepas menggunakan suplemen. Penggunaan hanya dua tablet dari ostematrix menyebabkan peningkatan tahap kalsium yang diperlukan oleh badan selama 12 jam.


Bagaimana memilih kalsium premium?

  • Pilih produk yang ada vitamin D dan magnesium
  • Elakkan produk yang dibuat daripada tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum
  • Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.



Apakah manfaat yang boleh di dapati oleh Shaklee Ostematrix?

Menguatkan tulang
Kalsium menghalang osteoporosis,menguatkan kuku,kerangka, gigi dan sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, ekzema, kekejangan, dan merangsang kepekatan darah kepada kepekatan darah normal.


Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
Pengambilan 600 mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit-sakit sendi dan artritis.

Meringankan stress
Membantu mengimbangi tekanan darah,memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf,menggalakkan tidur selesa,memperbaiki jantung berdebar,gementar, mimpi buruk, dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

Memperbaiki masalah haid
Kajian menunjukkan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak dapat meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

Pengalkalian tubuh
Kalsium adalah mineral alkali dan ianya berkesan untuk membantu sel-sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi.


Memperbaiki hyperaktiviti perut dan sakit gastrik

Vitamin D yang ada di dalamnya mampu :
Merawat penyakit riket dan meningkatkan penyerapan kalsiumdan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka,memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas individu yang berumur 55 tahun wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil suplemen vitamin D.

Magnesium yang ada di dalam Ostematrix berfungsi :

  • Menggalakkan komposisi tulang dan rawan kerana ianya ion positif no 2 dalam tubuh kita.
  • Juga membantu sistem saraf,
  • Mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga,
  • Pengecutan saraf dan otot,menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung,
  • Memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus
  • Menghalang endapan kalsium
  • Melarut dan mengrangkan formasi batu karang atau batu hempedu

Zink, Boron,Manganese dan kuprum :
Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot,menyusun enzim yang diperlukan untuk menbaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.

Ostematrix , susu dan badam

Siapakah yang mesti mengambil kalsium?


  • Wanita (bermula remaja dan sudah baligh-sebaiknya lebih awal kerana setiap kali fasa haid, banyak nutrien dan mineral hilang dari tubuh kita)
  • Wanita hamil dan menyusu (sekurang-kurangnya 1200 mg/f sepanjang kehamilan untuk menyokong pembentukan tulang, gigi dll anak yang sihat tanpa memberi kesan kekurangan kalsium kepada ibu)
  • Lelaki juga mesti mengambil kalsium untuk mengelakkan osteoporosis walaupun ianya sering terjadi kepada wanita tetapi seiring usia dan diet yang tidak seimbang, kandungan kalsium akan berkurangan, juga untuk keseimbangan fungsi badan). 
  • Lelaki dan wanita warga emas (untuk memastikan kekuatan tulang yang maksimum dan fungsi badan yang lain baik).
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Sama-sam menjaga kesihatan untuk beribadah dengan lebih baik InsyaAllah. Ada masalah tidak boleh minum susu seperti saya? Ingin tahu tentang produk ? Ingin memiliki produk dengan harga istimewa, feel free to contact me. Love !

Belanja satu gambar tulang kita...

Kurangnya ketumpatan tulang menyebabkan tulang mudah patah..

 Wallahu a'lam.

0 comment... add one now