Herb-Lax : 6 Fungsi Baik Untuk Elak Kanser Kolon

Bismillahirrahmanirrahim...

Kisah ini berlaku di tahun 2014 (hujung tahun lebih kurang), saya dapat Herb-Lax dan Alfalfa percuma ! Hehe. Nak jadi cerita, ada seorang kawan yang sama-sama belajar menjahit dengan saya, dia dah tak nak makan dua item ni. Jadi, dia bagi kepada saya. Sebab tak nak makan, pening katanya.. Pada mas itu, saya pun kata oklah saya cuba makan. Tak terfikir nak bagitahu pening tu mungkin kesan 'healing crisis'. Yalah, waktu tu saya belum serius untuk kaji produk Shaklee ni. Makan pun On-Off je lagi.



Pengambilan produk dari sumber semulajadi memang akan berlaku 'healing crisis'. Sama seperti madu asli, ada orang akan cirit-birit dan muntah serta berbagai lagi kesannya kerana ianya bukan 'drug' yang menghentikan terus sesuatu penyakit tetapi dalam jangka masa tertentu akan berulang semula. Contohnya seperti orang yang selalu migrain yang mengambil paracetamol setiap kali migrain menyerang. Migrain itu hilang selama-lamanya ke? Tidak! Ini juga pengalaman saya peribadi. Nanti kita cerita. Haha...

Baiklah. Cerita fokus kepada Herb -Lax ni ya. Ingat balik, saya memang obses dengan kesihatan. Jadi, bila cari-cari, apakah kebaikan Herb-Lax ni? Yalah, botol Herb-Lax dah ada kat tangan. Isinya penuh lagi. Shaklee pulak tu..kalau produk tak glemer saya pun tak hairan sangat..Hehe.

Cari punya cari, tahulah saya, ianya digunakan sebagai 'julap' semulajadi untuk fungsi kolon dan usus yang baik. Maknanya, untuk mengelakkan sembelit dan meningkatkan lagi fungsi sistem perkumuhan kita.


Penting kan membuang sisa-sisa yang tidak perlu oleh badan? Tak tahulah saya kalau ada yang boleh hidup tenang dan selesa jika tak buang air besar seminggu! Haha..Sakit kepala, badan berangin, badan lemah,mengantuk...kannn....

Jadi, apakah fungsi Herb-Lax ini ?

  • Bersihkan najis yang tersekat
  • Rangsang usus untuk percepatkan proses secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama.
  • Elakkan sembelit
  • Boleh mengembalikan semula atau baik pulih pergerakan usus secara semulajadi
  • Mengempiskan perut
  • Sebagai makanan untuk kesihatan usus 

Ramuan asas Herb Lax adalah 9 herba semula jadi iaitu daun alfalfa, daun senna, anise seed,blue malva flower,buchorn bark,licorice root,rhubarb root,fennel seed dan culver's root. Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut dibuktikan secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa yang panjang.
Alhamdulillah, masa K.Mai bagi  Herb-Lax dan Alfalfa tu, saya sedang menghadapi masalah pembuangan. Syukur Allah. Sudah beberapa kali menelan ubat daripada farmasi sebelum ini,tetapi kesannya, perut rasa senak berpanjangan, pedih seolah-olah menghakis. Jadi, bila makan Herb-Lax dan Alfalfa dengan teratur, alhamdulillah kesannya aaaaaamat mengagumkan. Tiada lagi masalah perkumuhan ini. Allah! Nikmatnya kan...jangan tipu, nikmatnya dapat berkumuh dengan baik...dan siksanya kalau ada masalah kan??? ..haha..

Dan share sikit tentang kanser kolon...ada kaitan dengan fungsi perkumuhan kita.

KANSER kolon merupakan kanser yang terdapat di dalam usus besar (kolon) iaitu bahagian bawah sistem pencernaan anda. Kanser rektal pula terdapat di lapan hingga 10 inci terakhir kolon.

Apabila kedua-duanya bergabung, ia dikaitkan dengan kanser kolorektal dan menjadi punca kedua kematian yang melibatkan kanser di Malaysia terutamanya kaum lelaki.

‘‘Dalam kebanyakan kes, kanser kolon bermula daripada gumpalan sel-sel bukan kanser (benigna) yang dikenali sebagai polipus adenoma. Lama-kelamaan, polipus-polipus yang berbentuk seakan cendawan ini akan berubah menjadi kanser.

‘‘Polipus-polipus yang agak kecil tidak menunjukkan banyak simptom. Namun demikian, jika terdapat sebarang tanda, dapatkan ujian penyaringan secara konsisten untuk membantu menghalang kolon kanser,’’ kata Pakar Perunding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain.

Simptom-simptomnya :

Seperti kebanyakan pesakit kanser kolorektal, anda mungkin tidak mempunyai sebarang simptom di tahap awal penyakit ini. Simptom- simptom berbeza bergantung saiz kanser dan kedudukannya di dalam usus besar.

Dalam beberapa kes, simptom-simptom ini mungkin terjadi bukan disebabkan kanser tetapi penyakit usus radang, sindrom usus rengsa dan kadangkala divertikulitis. Berjumpalah doktorsekiranya:

  • Perubahan di dalam tabiat usus termasuk diarea/cirit-birit atau sembelit atau perubahan tabiat membuang air besar anda buat beberapa minggu
  • Najis yang ‘sempit’
  • Perdarahan rektal atau najis berdarah
  • Rasa tidak selesa pada abdomen yang berterusan seperti kekejangan, angin atau rasa sakit
  • Abdomen sakit apabila membuang air besar
  • Rasa seperti usus tidak dikosongkan sepenuhnya
  • Kehilangan berat badan yang tidak diketahui puncanya.

Dr. Abd. Hamid berkata, darah di dalam najis mungkin menunjukkan tanda-tanda berlakunya kanser tetapi ia juga boleh menunjukkan keadaan-keadaan lain.

‘‘Darah merah yang anda lihat pada tisu tandas mungkin akibat buasir atau koyakan kecil di dalam

anus/dubur anda. Tambahan pula, sesetengah makanan seperti ubit bit atau likoris merah boleh menyebabkan najis anda menjadi merah.

‘‘Makanan tambahan seperti zat besi dan beberapa ubat-ubatan antidiarea juga akan menyebabkan najis anda menjadi hitam.

‘‘Walau bagaimanapun, adalah baik jika anda berjumpa doktor dengan segera jika terdapat sebarang tanda darah atau perubahan di dalam bentuk najis anda kerana ia boleh menunjukkan tanda yang lebih serius.’’

Faktor-faktor risiko:

  • Kanser kolon dan rektal boleh merebak tanpa mengira usia, dan tiada siapa yang terlalu muda untuk mendapat kanser kolorektal. Kira- kira 90 peratus pesakit berusia lebih 50 tahun.
  • Jika anda pernah mempunyai kanser kolorektal atau adenoma polipus, anda berisiko lebih tinggi untuk menghidap kanser kolorektal pada masa akan datang.
  • Kebarangkalian anda menghidapi kanser kolorektal adalah tinggi sekiranya ahli keluarga anda mempunyai penyakit tersebut.
  • Kanser kolon dan rektal mungkin dikaitkan dengan diet yang rendah fibernya dan tinggi dalam lemak dan kalori.
  • Apabila anda tidak aktif, sisa-sisa buangan akan berada di dalam kolon anda dengan lebih lama. Dengan melakukan aktiviti fizikal secara teratur akan mengurangkan risiko kanser merebak.
  • Pesakit diabetes mempunyai sehingga 40 peratus risiko kanser kolorektal.
  • Terdapat lebih 1:10 penyakit kanser kolorektal yang mengakibatkan maut berpunca daripada merokok. Jika anda pernah didiagnosis dengan kanser kolorektal, perokok mempunyai 30 hingga 40 peratus risiko untuk meninggal dunia disebabkan penyakit yang mendatangkan maut ini.
  • Terlalu banyak mengambil alkohol


Dr. Abd. Hamid menyarankan: ‘‘Jika terdapat simptom-simptom kanser kolorektal seperti darah di dalam najis atau perubahan yang berterusan dalam tabiat bowel anda, sila berjumpa doktor dengan segera.

‘‘Perlu diingat bahawa kanser kolorektal boleh menyerang orang muda dan tua. Jika anda tergolong dalam golongan yang berisiko tinggi, segeralah berjumpa dengan doktor untuk melakukan ujian penyaringan sebelum simptom-simptom penyakit itu muncul.’’

Jumpa doktor untuk ujian penyaringan yang teratur. Persatuan Kanser Amerika menyarankan agar penyaringan kolorektal bermula pada usia 50 tahun dan ia diadakan dengan lebih kerap atau lebih awal jika anda mempunyai faktor-faktor risiko lain seperti latar belakang keluarga yang menghidap penyakit tersebut.

Diagnosis dan penyaringan

Penyaringan adalah amat penting untuk mengesan polipus sebelum ia bertukar kanser. Pesakit juga mempunyai peluang yang baik untuk pulih jika kanser berjaya dikesan pada peringkat awal.

‘‘Seperti kebanyakan orang, anda mungkin berasa segan dengan prosedur-prosedur penyaringan, risau tentang ketidakselesaan atau takut dengan keputusan penyaringan tersebut. Usah biarkan kerisauan ini menjadi penghalang.

‘‘Kebanyakan prosedur-prosedur ini hanya mendatangkan ketidakselesaan yang minimum. Bekerjasamalah dengan doktor yang anda senangi dan yakini untuk membantu anda mengurangkan rasa segan anda,’’ tambah Dr. Abd. Hamid.

  • Pemeriksaan rektal secara digital, di mana doktor akan menggunakan jari yang bersarung tangan getah untuk memeriksa beberapa inci pertama rektum anda untuk polipus besar dan kanser
  • Ujian darah fekal okulta memeriksa sampel najis anda untuk darah
  • Sigmoidoskopi yang fleksibel. Doktor akan menggunakan tiub yang fleksibel, halus dan berlampu di hujungnya untuk memeriksa rektum dan sigmoid anda yang terletak lebih kurang dua kaki terakhir di dalam kolon anda
  • Enema barium. Ujian diagnostik ini membenarkan doktor anda membuat penilaian keseluruhan usus besar anda dengan sinar-X
  • Kolonoskopi. Mirip kepada sigmoidoskopi yang fleksibel tetapi instrumen yang digunakan iaitu kolonoskop satu tiub yang panjang, kurus dan halus disambungkan ke kamera video dan monitor membenarkan doktor anda melihat keseluruhan kolon dan rektum anda
  • Ujian genetik. Jika keluarga anda mempunyai latar belakang sejarah kanser kolorektal, anda mungkin merupakan calon yang sesuai untuk menjalani ujian darah ini.

Rawatan

Jenis rawatan yang dicadangkan oleh doktor bergantung pada peringkat kanser yang dialami. Tiga pilihan rawatan yang primer adalah surgeri, kemoterapi dan radiasi. Pembedahan (kolektomi) adalah rawatan utama bagi kanser kolorektal.

Berapa banyak kolon anda dibuang atau sama ada terapi-terapi lain seperti radiasi atau kemoterapi merupakan satu pilihan untuk anda, bergantung pada sejauh mana kanser itu menembusi dinding usus anda dan sama ada ia telah merebak ke limfa nodus atau bahagian tubuh anda yang lain.

Prosedur pembedahan

Doktor bedah akan menyingkirkan bahagian kolon yang mengandungi kanser bersama sejalur tisu normal di mana-mana bahagian kanser tersebut untuk memastikan tiada kanser yang ditinggalkan.

Kata Dr. Abd. Hamid, limfa nodus yang berhampiran selalunya akan dibuang dan diuji untuk kanser. Pakar bedah anda boleh menyambung semula bahagian kolon atau rektum anda yang sihat.

‘‘Tetapi, apabila ia tidak boleh dilakukan, contohnya jika kanser itu terletak di saluran keluar rektum, anda mungkin perlu menjalani kolostomi di mana satu bukaan di dinding abdomen akan dibuat untuk menyingkirkan sisa-sisa tubuh ke dalam beg khas.

‘‘Kesan sampingan surgeri kanser kolon termasuklah rasa sakit jika disentuh buat jangka masa pendek dan sembelit atau diarea sementara. Jika mempunyai kolostomi, anda mungkin akan mendapat iritasi di kulit sekitar bukaannya (stoma),’’ ujarnya.

Jika kanser anda kecil, terletak di dalam polipus dan berada di peringkat awal, doktor bedah anda boleh membuang kanser tersebut sewaktu kolonoskopi.

Jika ahli patologi menentukan bahawa kanser di dalam polipus tidak membabitkan dasar di mana polipus terlekat di dinding usus, ini merupakan petanda baik bahawa kanser tersebut telah disingkirkan sepenuhnya.

Jika kanser di tahap lanjut atau kesihatan anda agak lemah, doktor akan membuang sebahagian kecil kolon atau rektum anda.

Pencegahan

  • Banyakkan makan buah, sayur dan bijirin
  • Hadkan makanan berlemak lebih-lebih lagi lemak tepu
  • Ambil vitamin dan zat galian seperti kalsium, magnesium, pyridoxine (vitamin B-6) dan vitamin B-9
  • Hadkan pengambilan alkohol dan berhenti merokok
  • Jalani kehidupan fizikal yang aktif dan kekalkan berat badan yang sihat
  • Mempertimbangkan pengambilan statin untuk kolestrol tinggi
Sumber : utusan 1/4/2007

Kanser kolon yang menakutkan. Cegahlah sebelum terlambat. Boleh mencuba Herb Lax untuk kebaikan usus dan kolon sebagai alternatif. Nasihat saya, jika masalah perkumuhan anda sudah di tahap kronik. Jumpalah doktor.


Rawatan secara holistik adalah yang terbaik. Jumpa doktor, diagnos penyakit dan buat rawatan serta dalam masa yang sama ambil pemakanan yang sihat juga suplemen untuk membantu. Minta nasihat daripada pakar anda!

Wallahu a'lam.. Semoga bermanfaat.

0 comment... add one now