Mood untuk kembali aktif dan cergas kembali lagi...
Pssttt...UM nak gi beli something untuk 'fitness' !..
Sebelum itu, mari kita tengok apa fakta yang jarang kita tahu tentang bersenam ni.
1. Waktu bersenam
Berdasarkan kajian, bersenam pada waktu petang adalah terbaik. Ia dapat melegakan tekanan jiwa yang dialami sehari suntuk. Ia mencetuskan kecergasan dan ketenangan. Selain itu, bersenam pada waktu petang boleh memperbaiki sistem tidur anda. Pemecahan lemak dan menjaga kesihatan otot juga boleh didapati jika anda melakukan senaman pada waktu petang. Hakikatnya, bersenam pada waktu bila-bila pun bukan masalahnya. Asalkan anda buat, tubuh pasti lebih cergas. Bonusnya.....LANGSING!!
2.Perut cantik
Jika anda mensasarkan untuk perut cantik, buatlah 3 senaman atau sukan ini :
Bermain tenis - dalam masa satu jam boleh membakar sehingga 450 KCAL kalori.
Aktiviti mempertahankan diri seperti silat dan taekwando - dalam masa satu jam boleh membakar sehingga 650 KCAL kalori.
Berkayak - dalam tempoh satu jam boleh membakar sehingga 325 KCAL kalori.
3. Jika anda mengamalkan aktiviti larian selama setengah jam, paling tidak 3 kali seminggu, ia dapat mengelakkan risiko angin ahmar. Tinggi peratusannya untuk megelakkan strok (63 % ) !.
4.Berpeluh bukan maknanya bakar lemak !
Jangan risau jika anda bersenam tetapi masih tidak keluar peluh. Ia bukan tanda yang anda berjaya membakar bayak lemak dalam tubuh. Peluh terdiri daripada air dan garam mineral. Jika tubuh seseorang itu banyak air, maka peluhnya lebih banyak. Katakan anda bersenam sama seperti rakan yang berpeluh banyak, tidak perlu khuatir ya! Anda dan dia sama-sama berjaya membakar jumlah lemak yang lebih kurang sama.
Jom main tenis!!!
Semoga bermanfaat..