Trend Pemakanan Masa Kini Penyebab Anak Malnutrisi

Bismillahirrahmanirrahim....

Seronoknya menjadi ibu kan???
Tapi saya selalu sedih bila tengok mak-mak atau ayah-ayah memberikan makanan yang tidak berkhasiat untuk anak-anaknya...burger...nugget...huhu..

Sedap..tapi...
Mari kita baca tulisan ini :

Oleh:  Datuk Dr Zulkifli Ismail
April 26, 2015
http://mypositiveparenting.org

Apabila seorang kanak-kanak tidak mendapat pemakanan yang mencukupi atau berlebihan, dia dikatakan sebagai menghidap malnutrisi. Malnutrisi menyebabkan kanak-kanak berisiko tinggi menghadapi kematian akibat jangkitan-jangkitan biasa, meningkatkan kekerapan dan tahap keparahan jangkitan tersebut, dan menyumbang kepada penyembuhan yang lambat.

Ramai orang berpendapat bahawa malnutrisi bermaksud ‘kurang zat makanan’ atau ‘tidak mendapat makanan secukupnya’. Ini tidak benar kerana seseorang yang mendapat cukup makanan masih boleh menghidap malnutrisi atau ‘terlebih nutrisi’.

Aspek-aspek malnutrisi termasuk:

Kurang berat badan
Statistik kurang berat badan dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia ialah 13.2% dan merupakan risiko utama bagi penyakit di seluruh dunia dan faktor risiko bagi kematian kanak-kanak disebabkan oleh penyakit cirit-birit, campak, malaria dan pneumonia. 

Berlebihan berat badan
Statistik berlebihan berat badan dalam kalangan kanak-kanak Malaysia ialah 8%, dan merupakan risiko global bagi kematian serta bertanggungjawab bagi peningkatan risiko terhadap penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes dan darah tinggi (hipertensi).

Terbantut
Statistik terbantut dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia dalam tahun 2006 ialah 15.8%. Pemakanan tidak sempurna dalam tempoh 1000 hari pertama kehidupan kanak-kanak terbukti menyebabkan pertumbuhan terbantut yang kekal dan dikaitkan dengan keupayaan kognitif yang terjejas dan pencapaian di sekolah dan tempat kerja yang rendah.

Susut
Malnutrisi akut, atau susut, terjadi akibat kegagalan peningkatan berat badan. Berat badan kanak-kanak susut adalah lebih rendah daripada berat badan yang sesuai untuk ketinggian mereka. Susut adalah indikasi penyakit-penyakit seperti tuberkulosis, penyakit Lou Gehrig, sklerosis berganda, dan juga kanser. 

Kekurangan mikronutrien
Juga dinamakan ‘kelaparan tersembunyi’, ia berpunca daripada kekurangan vitamin dan mineral penting (seperti, vitamin A, zink, zat besi, magnesium) dalam diet. Ia boleh menyebabkan penyakit, kurang penglihatan, kematian pramatang, produktiviti rendah, dan perkembangan mental yang terjejas.

Simptom-simptom malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak termasuk:
• Kegagalan membesar dengan normal, dari segi berat dan tinggi
• Perubahan tingkah laku seperti kelihatan lebih rengsa daripada biasa, lesu atau resah
• Perubahan warna rambut dan kulit
• Mengambil masa lama untuk sembuh daripada jangkitan atau luka
• Kurang daya tumpuan
• Cirit-birit yang berulang
• Kemurungan

Berat badan dan pertumbuhan fizikal anak anda boleh memberikan anda indikasi sama ada anak anda menghidapi malnutrisi. Oleh itu, anak-anak anda harus dipantau dengan kerap dalam tempoh beberapa tahun pertama kehidupan mereka oleh seorang doktor. Kemudiannya, anda pula boleh mengawasi pertumbuhan mereka sendiri dengan mengukur indeks jisim tubuh atau body mass index (BMI) menggunakan carta pertumbuhan 

Memandangkan pemakanan memainkan peranan penting dalam kesihatan dan keseluruhan pertumbuhan serta perkembangan anak anda, maka anda bertanggung jawab untuk menyediakan pemakanan secukupnya. Menyediakan makanan yang seimbang dan pelbagai daripada jenis kumpulan makanan yang berbeza pada setiap waktu makanan merupakan cara terbaik untuk memastikan anak anda mendapat nutrien-nutrien dalam gabungan yang sihat.

SEE????
Trend pemakanan hari inilah menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada malnutrisi pada kanak-kanak. Apakah yang anak-anak berumur 2 tahun ke atas suka makan? Dan ibu bapa suka beri makan? Sebab ianya mudah dan cepat. Ya! Anak-anak mungkin kenyang dengan makanan seperti burger, sosej dan seumpamanya tetapi zat-zat atau nutrien yang sepatutnya mereka perolehi untuk perkembangan yang sihat tidak terdapat di dalamnya.

Kajian terbaru menunjukkan 25% sumber kalori kebanyakan anak-anak ialah dari makanan ringan. Kentang goreng merupakan sumber sayuran no.1 mereka.

Di negara kita sendiri, 9/10 kanak membesar dengan kekurangan nutrisi penting seperti vitamin A, D, kalsium dan zat besi. Mungkin dalam hati kita menafikan yang anak-anak kita termasuk dalam nisbah ini. Atau memang benar anak kita salah seorang dari 9 kanak-kanak yang kekurangan diet yang seimbang.

Seperkara lagi, kesukaran ibu bapa untuk memujuk anak-anak untuk makan sayur-sayuran yang kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral...

Masuk sayur dalam nasi goreng...pasti tersusun elok sayuran itu di penjuru pinggan..haha..

Juga perlu kita ambil tahu sayuran dan buahan yang dijual di pasaran kini kebanyakannya bukanlah organik, akan tetapi penggunaan racun serangga dan baja bukan organik sangat tinggi kemungkinannya menjadikan buahan dan sayuran itu juga tidak sihat untuk anak-anak bahkan orang dewasa juga.

Jadi, apakah alternatif  yang kita ada untuk mereka???



Vita-Lea For Children multivitamin kanak-kanak dengan improved formula daripada Shaklee terbaik untuk diberikan pada anak-anak yang sedang membesar.
Terdapat 7 keistimewaan Vita-Lea For Children :

1. Mengandungi
• 18 jenis vitamin dan mineral perlu.
• 100% vitamin A, C, D dan E serta kesemua 8 vitamin B.
• Kalsium, magnesium, zinc, copper dan pelbagai mineral lain.
2. Formula yang diperbaharui berbanding yang lama.
3. Menggunakan pemanis semulajadi xylitol yang tidak akan menyebabkan kerosakan gigi.
4. Tidak mengandungi perasa, pemanis dan pengawet tiruan.
5. Bebas gluten, datang dalam perisa anggur yang sangat sedap, anak-anak pasti sukakannya!
6. Multivitamin kanak-kanak terbaik dipasaran, jumlah nutrient lengkap dan memenuhi keperluan tumbesaran anak-anak, penyerapan mudah dan pantas.
7. Sangat sesuai diambil kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun terutama yang tidak suka makan sayur.



Kandungan di dalamnya...


Fungsi setiap vitamin untuk anak-anak..




Opsss...perbezaan antara jenama..

Mak dia pon tak makan macam ni wei....anak apatah lagi...

Untuk si cilik....

Irfan dan Sofiyyah pun makan..hehe...





Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu sekalian.. Anak kita tanggungjawab kita...Berilah yang terbaik.

Berminat untuk dapatkan vitalea untuk anak-anak boleh hubungi saya. Sedia membantu. InsyaAllah..

Wallahu a'lam..

0 comment... add one now