Bismillahirrahmanirrahim...
Seiring azam 2016 untk lebih 'fit' awal-awal tahun begini perlu diperingatkan dengan peringatan-peringatan yang menyedarkan diri kita. Azam tahun ini untuk mengurangkan sedikit berat badan sekarang.Dalam 3 bulan awal ini harapnya boleh turun 2 kg. Nak kekalkan berat 45! Hehe... Penting ! Persediaan untuk pregnant pun ya! Juga untuk mengelakkan pelbagai penyakit.
So... apakah yang perlu diketahui oleh wanita tentang diet ?
1. Menurut kajian di University of Queensland, Australia, wanita lebih mudah mengalami kenaikan berat badan selepas melahirkan anak. Alasan yang diberikan adalah makan untuk anak juga..(menyusu kan..haha,tapi bukan makan untuk penghasilan susu yang banyak dan berkualiti pun...).
Fikir-fikirkanlah. Pilihlah makanan yang sepatutnya dan tidak memberikan impak yang besar kepada pertambahan berat anda yang menyebabkan anda overweight!
2. Hasil penelitian yang dimuatkan dalam Medindia.com menunjukkan wanita hanya sanggup berdiet selama 19 hari sahaja. Selepas itu, niat mereka terus menurun . Biasanya , niat yo-yo mereka ini berlaku tiga kali setahun !..
3. Serat yang terdapat dalam bijrin mempunyai kesan paling baik untuk menguruskan badan. Walaubagaimanapun, sumber serat yang anda ambil (buah dan sayuran) juga terbukti dalam membantu menurunkan berat badan dan mengurangkan lemak di perut.
4. Ketika sedang menikmati makanan bersama kekasih, kalorinya adalah 250 lebih sedikit berbanding bersama-sama kawan-kawan. Menurut Meredith Young dari McMaster University di Ontario, wanita tidak terlalu banyak makan kerana menganggap kekasihnya lebih menarik. Jadi, anggaplah suami anda lebih menarik daripada makanan! Haha..
Saya tambah satu lagi, wanita yang ada anak, seringkali menghabiskan makanan yang tidak dihabiskan oleh anak-anak kerana tidak mahu membazir. Fikir-fikirlah sendiri dan buatlah perhitungan dengan badan anda juga...Jangan sampai kita tidak mnejaga kesihatan dalam aspek pemakanan ini. (Just my 2 cents! ).
Semoga bermanfaat. Jom fit dan berdiet dengan sihat di tahun 2016...
Beli sekarang untuk penjimatan berganda !.. |