35% Lelaki Menjadi Punca Pasangan Tiada Zuriat

Bismillahirrahmanirrahim...

Seringkali wanita menjadi mangsa apabila pasangan gagal mendapat zuriat.

Sweet dad...

Namun, tahukah anda lelaki juga menjadi puncanya. Kajian mendapati peratus lelaki dan wanita yang menjadi punca pasangan belum menimang cahaya mata adalah sama.

Namun, persoalannya ramaikah lelaki sanggup tampil untuk membuat pemeriksaan dan rawatan kesuburan?

Jika anda adalah salah seorangnya, Alhamdulillah!

Anda telah membuat keputusan yang terbaik untuk keluarga anda dan anda adalah seorang Hero yang sebenarnya.

Kisah ini adalah kisah peribadi saya  yang ingin saya nukilkan buat para suami.

Suatu ketika pada tahun 2011, saya menjalani rawatan kesuburan di Perak, di salah sebuah klinik pakar yang kosnya agak murah ketika itu. Ringkas cerita, kali pertama temujanji saya dengan Dr, saya ditakdirkan untuk mendengar perbualan Dr yang merawat saya dengan seorang wanita yang akan menjalani IUI, yang pada masa itu  dalam perjalanan ke klinik tersebut sendirian dengan membawa (maaf) 'sperm' suaminya untuk IUI tersebut. Bila doktor mengajukan pertanyaan, "Suami tak datang?". Jawapannya, "My husband tak nak datang". Doktor cuma geleng kepala dan tersenyum. Kami suami isteri tidak bereaksi apa-apa. Kebetulan wanita itu menghubungi Dr  ketika kami sedang berkonsultasi dengan Dr.  Habis cerita kakak tersebut. 

Sejurus setelah pemeriksaan terhadap saya selesai, suami saya bertanya kepada Dr, " Dr, perlu ke saya buat 'sperm test' ? ". Dr senyum. " Bagus awak ni, memang itu yang saya akan sarankan, tapi awak dah tanya dulu". Sambung Dr lagi, "Jarang sangat nak jumpa orang lelaki yang tawarkan diri nak buat 'sperm test' sepanjang saya merawat 'patient' , dia ada ego tersendiri". "Nak buat IUI pun isteri datang sorang je. Kesian.". Dr gelak. Suami saya pun gelak. Saya cuma senyum. Titik.

Apa yang saya cuba highlight di sini adalah, mungkin tidak ramai kaum suami yang ingin mengambil tahu  tentang kesuburan mereka. Pengalaman saya dengan kawan-kawan juga sama, suami tidak bersedia berjumpa pakar untuk rawatan kesuburan. Mohon maaf, saya tidak berniat untuk pukul rata, cuma berdasarkan pengalaman saya dan Dr pakar yang merawat kami. Mungkin ramai juga para suami yang 'sporting' dalam hal ini dan memang tidak dinafikan, ada beberapa orang juga yang saya kenali sangat pakar dalam hal ini walaupun bukan doktor pakar. Apa yang perlu kita tahu adalah fakta lelaki dan wanita, kedua-duanya menyumbang kepada faktor infertiliti.


Mari kita lihat, apakah yang mengganggu kesuburan lelaki. (Boleh rujuk entri saya yang lain untuk faktor ketidaksuburan wanita).

Masalah ketidaksuburan lelaki boleh dibahagi kepada tiga punca utama iaitu:

  • Hormon
  • Sperma
  • Penis.
Pakar Runding dan Bedah Urologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Muhilan Parameswaran berkata, masalah ketidaksuburan lelaki lebih sukar dirawat berbanding dengan wanita. Kira-kira 40 peratus sahaja masalah kesuburan lelaki yang boleh dirawat.

Hormon
  • Jika hormon pembebasan Gonadotropin (GnRH) yang dibebaskan daripada kelenjar pitutuari yang berada di bahagian kepala tidak mencukupi, ia tidak dapat merangsang testis menghasilkan sperma dan matang.
  • Gangguan pada hormon sering berlaku bagi mereka yang mengambil steroid dalam jangka masa panjang.Penggunaan steroid berpanjangan akan menyebabkan testosteron tidak dapat dihasilkan lalu membuatkan testis mengecut.
  • Jika rawatan radiasi dan kimoterapi pernah dilakukan pada bahagian otak, ia turut mengganggu hormon lelaki.
  • Selain itu, ada yang mengalami masalah hormon sejak lahir lagi.

Sperma
  • Ada pesakit yang tidak mempunyai masalah hormon apabila ia dapat merangsang testis menghasilkan sperma, tetapi sperma yang dihasilkan tidak cukup, tidak berkualiti atau ada yang cacat.
  • Bilangan sperma yang normal adalah 60 juta setiap sentimeter padu dan mereka yang mengeluarkan kurang daripada 20 juta sperma disahkan mempunyai masalah kesuburan.
  • Kekurangan jumlah sperma itu akan mengurangkan peluang persenyawaan dan kehamilan.
  • Sperma yang terlalu sedikit dihasilkan dinamakan oligospermia manakala masalah ketiadaan sperma pula digelar azoospermia.
  • Penyakit seperti perkembangan beguk selepas akil baligh boleh merosakkan sel-sel yang menghasilkan sperma begitu juga penyakit lain seperti demam yang terlalu panas dan jangkitan pada testis.
  • Selain masalah genetik seperti kecacatan genetik sejak lahir iaitu mempunyai satu testis sahaja, faktor luar juga mempengaruhi jumlah dan kualiti sperma.Antaranya memakai pakaian terutamanya seluar dalam yang ketat kerana jumlah sperma akan jatuh jika testis berada dalam keadaan panas.
  • Ramai yang tidak tahu dengan selalu meletakkan komputer riba di riba turut mengurangkan sperma kerana haba yang dihasilkan.
  • Pengambilan dadah seperti kokain turut mengurangkan produksi sperma.
  • Selain itu, ada ubat-ubatan yang mengganggu pengeluaran sperma seperti ubat darah tinggi iaitu calcium channel blocker dan ubat kulat.
  • Bagi kes sperma cacat, walaupun persenyawaan berlaku, badan wanita akan secara semulajadi menggugurkannya. 

Penis
  • Sperma yang terhasil tidak dapat keluar melalui penis akibat beberapa kerosakan atau kecacatan.
  • Vas deferens iaitu laluan keluar sperma tidak wujud membuatkan sperma tidak dapat keluar.“Vas deferens yang tersumbat juga mungkin berpunca daripada penyakit kelamin atau tibi..
  • Jika buah zakar bayi lelaki tidak berpindah ke tempat sepatutnya yang digelar cryptochildism akan mempengaruhi kesuburan lelaki pada masa depan.
  • Kanser testis, pembedahan atau kecederaan pada penis yang menyebabkan saluran darah ke penis pecah boleh menyebabkan kemandulan. 
Selain itu, ketidaksuburan lelaki juga sering dikaitkan dengan :
    • Gaya hidup yang tidak sihat. Kesuburan lelaki boleh menurun jika terlalu gemuk kerana mereka mungkin berdepan masalah kekurangan atau tiada sperma langsung. Selain itu, pengambilan dadah, alkohol dan merokok adalkah perkara yang wajib dielakkan jika mahu kekalkan kesuburan.
    • Terdedah kepada bahan beracun atau pencemaran.Sesetengah pekerjaan yang melibatkan bahan kimia yang berlebihan atau pencemaran yang teruk boleh menjejaskan tahap kesuburan lelaki terutamanya jika terdedah pada tempoh yang lama.
    • Diet harian.Makanan juga boleh mempengaruhi tahap kesuburan terutama jika terlalu banyak makan makanan laut (tiram, kepah, lala, kerang, kepala udang) kerana ia mengandungi banyak raksa yang boleh mengurangkan jumlah sperma.
    Perbezaan sperma noramal dan tidak normal.


    CARA MENGATASI MASALAH INI? (selain rawatan di hospital).

    Tingkatkan imuniti
    Tahap imuniti menurun akibat daripada kekurangan nutrisi –nutrisi penting tubuh. Ambil vitamin tambahan untuk membekalkan semua nutrisi yang diperlukan tubuh.


    Elakkan makanan ringan
    Makanan ringan mengandungi banyak bahan pewarna dan perisa yang boleh mengakibatkan kegemukan dan obesity. Ikuti diet seimbang seperti yang diperlukan tubuh

    Amalkan gaya hidup sihat
    Jangan mengambil dadah, merokok dan mengambil minuman beralkohol bagi memastikan badan kita sentiasa sihat dan tidak terdedah kepada ketidak suburan

    Senaman yang sesuai
    Amalkan senaman yg sesuai mengikut usia untuk memastikan tubuh dalam keadaan sihat dan bertenaga.

    Elakkan Stress
    Individu yang stress cenderung untuk mengalami masalah kesuburan.

    Pengambilan supplemen
    Membantu dalam memastikan nutrisi dan hormon sentiasa lengkap


    Supplement Kesuburan Shaklee yang dicadangkan untuk lelaki:

    Zinc Complex penting untuk lelaki menghasilkan sperma yang sihat dan kuat yang secara tak langsung meningkatkan peluang persenyawaan terjadi. Selain itu, Zinc juga membantu meningkatkan keinginan seksual.

    Vita E Complex dikenali sebagai Vitamin Cinta kerana kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dlm menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya.Selain itu, antioksidan yang seimbang dalam Vitamin E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Nitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka Vitamin E memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan.



    CoQ Health Plus penting dalam kesuburan kerana koenzim Q10 membantu meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma sekaligus meningkatkan kadar kesuburan. CoQ10 juga berupaya untuk meningkatkan kelajuan pergerakan sperma menuju ovum dan yang paling penting, CoQ10 boleh membantu mengurangkan peratusan sperma yang tidak normal.



















    Semoga bermanfaat untuk semua. Usaha tetap usaha! Jangan pernah penat ikhtiar...

    0 comment... add one now