Bismillahirrahmanirrahim..
Rasanya ramai juga di kalangan kita yang menghadapi masalah penghadaman.Ada yang mengalaminya dalam tempoh yang panjang, ada yang mengalaminya dalam tempoh sementara.
Kebanyakan masalah kesihatan berpunca daripada apa yang masuk ke perut kita sudah tentu melalui usus dan kolon. Apabila usus dan kolon kita kotor dan tersumbat, kita akan menghadapi masalah penghadaman. Antara puncanya ialah:
1.Stres
Masalah penghadaman lebih kerap berlaku di kalangan individu yang sering menghadapi tekanan. Apabila mengalami stress, tubuh akan mengalihkan tenaga, darah, enzim dan oksigen daripada organ penghadaman ke tempat lain di dalam badan.
2.Antibiotik
Pengambilan antibiotik yang terlalu banyak boleh membunuh bakteria bersifat baik di dalam sistem penghadaman.
3.Diet yang tidak seimbang
Pengambilan makanan yang sudah diproses dan makanan berlemak setiap hari akan memberikan tekanan kepada sistem penghadaman kita kerana ia perlu bekerja lebih masa untuk memecahkan lemak atau mengurai makanan tersebut.
4.Diet serat rendah
Badan kita memerlukan makanan komponen seperti serat untuk menegluarkan sisa menerusi usus. Kekurangannya boleh mengakibatkan sembelit.
5.Nitrat
Nitrat yang didapati dalam ikan bakar dan jeruk pernah dikaitkan sebagai punca kanser perut.
6.Merokok dan alkohol
7.Tabiat makan
Makan ketika bimbang, cemas atau kecewa akan mengakibatkan perut kembung serta menyebabkan ketidakhadaman dalam perut. Makanlah dalam keadaan tenang dan perlahan-lahan.
8.Ubat-ubatan
Hampir semua dadah atau ubat kimia hanya memudaratkan sistem penghadaman. Ubat anti-radang seperti aspirin dan acetaminophen boleh merosakkan dinding perut dan menjejaskan penghadaman serta mengakibatkan jangkitan.
Selamatkah proses detoksifikasi ?
Detoksifikasi adalah proses membuang bahan kumuh (toksin dalam badan). Ia berbeza dari individu dengan individu yang lain bergantung kepada kandungan toksin yang terdapat di dalam tubuh.Proses perkumuhan adalah proses detoks semulajadi.Antara kelebihan detoks adalah melambatkan kesan penuaan,meningkatkan kesuburan,mengurangkan jerawat,mengelakkan paenyakit seperti buasir,kanser usus, menguatkan imunisasi badan dan sebagainya.
Namun, proses detoksifikasi yang berlebihan terutamanya mneggunakan ubat ubatan tertentu kurang digalakkan kerana ia membuatkan tubuh berada dalam kedaan lemah. Kesannya mungkin tidak ketara pada peringkat awal, namun lama-kelamaan ia akan menyebabkan loya, muntah,cirit birit dan kelesuan. Adalah lebih baik dengan menjaga pemakanan dan juga minum air putih bagi menggalakkan proses detoks semulajadi tau memilih suplemen semulajadi yang bertindak lembut semasa proses detoks.
Wallahu a'lam. Semoga bermanfaat.