Penghujung 2015 yang menyentak rasa dan jiwa...
Jam 11.30 pagi menerima maklumat dari Whatsapp group keluarga tercinta...
"Kak Dah masuk wad, accident pagi tadi masa nak gi sekolah.."
Allahurabbi!! Rasa gelap sekejap dunia. Kami adik beradik tak ramai,memang sangat 'close' dengan kakak yang sulung..
google image |
Seorang kakak yang banyak berkorban untuk adik-adik terutamanya diriku. Lepas ayah meninggal sewaktu diri ini baru menginjak darjah 5, kakaklah yang banyak membantu.. Daripada belanja sekolah rendah,sekolah menengah, masuk matrikulasi,masuk universiti, banyak juga yang kakak beri. Sungguh, budinya tidak mungkin kubalas.
Berbalik kepada accident pagi tadi...
Kereta kakak,dilanggar depan rumah.. |
Kereta yang melanggar...agak laju, selekoh, hujan,jalan licin...hurm.... |
Penuh dengan orang kampung.. |
Tersadai...tapi enjin xde masalah.. |
Ujian untuk kakak, ujian untuk kami sekeluarga.. Alhamdulillah, Allah Maha Menjaga hambaNya, kakak cuma luka di bibir, tangan dan kaki sedikit. Dadanya sedikit sakit, mungkin kerana tertarik agak kuat disebabkan 'seat belt' yang dipakai..
Semalaman juga di hospital...Dr risau takut ada kecederaan di bahagian dada..
Alhamdulillah, hari ni dah boleh keluar wad..Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah...
Yang paling best...hari ini menerima berita, dia ditukarkan ke sekolah yang lebih dekat dengan rumah...(naik pangkat????hehe). Sekali lagi syukur,walaupun belum ada suratnya...
Rabbuna Yusahil untuk kakak...moga baktimu terus disemai di sekolah baru..Dia sangat passion dgn tugasnya..Semua terus kuat...Saya kagum.
Ya Allah, kami serahkan urusan hidup kami kepadaMu..Permudahkanlah segala usaha dan langkah kami. Berkatilah setiap apa yang kami lakukan. Semoga ianya menjadi saham kami di akhirat nanti.Jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa redha dan bersyukur kepadaMu.Amiin...