Diari Kesuburan 2 : Adakah Saya Pengidap PCOS ?


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...Alhamdulillah....Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah masih lagi diberi kekuatan dengan ujian yang diberikan ini. Sungguh, kami hambaMu tidak pernah putus asa dengan rahmatMu.

Berkongsi lagi ilmu yang dapat tentang PCOS ni...untuk rujukan peribadi dan manfaat semua yang sudi membaca blog yang tak seberapa ini.

Apakah saya PCOS ??????????????

(Bengang juga kan kalau ada orang 'sound' kat kita " Eh, Kau mandul ke???" "Hati-hati, nanti suami kau cari lain"..Oh! Haha..Abaikan saja lalat-lalat tidak berperikemanusiaan itu...Hihi...dah memang lalat kan..apa pulak manusia???So, jangan salahkan lalat.Ia makhluk ciptaan Allah juga. Hawa sudah melalut.Haha..)

Baiklah.

Bagaimanakah diagnosis PCOS dibuat?

Doktor anda akan mengesahkan pesakit itu menghidapi PCOS sekiranya 2 daripada 3 kriteria tersebut di bawah dipenuhi:

  • Kitaran haid yang tidak teratur
  • Ujian darah menunjukkan hormon yang tidak seimbang i.e berlebihan hormon lelaki dan/ atau simptom klinikal yang menunjukkan hormon tidak seimbang
  • Imbasan scan pelvis menunjukkan ‘polycystic ovary’

Ulangan...

Apakah itu ‘polycystic ovary’?

Ini adalah apabila scan pelvis menunjukkan kilang ovari mempunyai cyst kecil-kecil selalunya sebanyak 12 atau lebih. Setiap satu cyst itu bersaiz anggaran 2-8mm di bahagian tepi ovari. Ianya juga dipanggil ‘string of pearls’. Cyst kecil ini TIDAK akan membesar hingga boleh menyebabkan pembedahan terpaksa dilakukan. Sebanyak 20% kalangan wanita yang normal apabila diimbas pelvis menunjukkan ‘polycystic ovary’. Hanya sebanyak 6-7% wanita yang ada ‘polycystic ovary’ menghidapi penyakit PCOS.

Untuk mengetahui samada kita mengalami PCOS atau tidak, adalah lebih baik untuk kita berjumpa pakar.

Walaubagaimanapun, secara umumnya berikut adalah rawatan-rawatan atau saranan yang akan dicadangkan untuk pengidap PCOS terutamanya yang ingin menimang cahaya mata.


  • Turunkan berat badan bagi pesakit yang gemuk. Amalkan gaya hidup yang sihat. Kadangkala pesakit hanya perlu turunkan berat badan sebanyak 5-10% sahaja dari berat asal untuk menampakkan kesan baik seperti haid menjadi teratur semula.

  • Pill perancang atau hormon untuk memperbetulkan kitaran haid yang teratur

  • Ubat kencing manis i.e metformin terutamanya pesakit yang mempunyai berat badan yang berlebihan, menghidapi kencing manis atau kadar hormon insulin yang tinggi.

  • Ubat fertiliti untuk merangsang ovulasi contohnya ‘clomiphene’ atau ‘Gonadotrophin’.

  • Pembedahan ‘ovarian-drilling’. Ini bukanlah ‘first line’ treatment. Kebiasaannya, ini adalah untuk pesakit yang ‘resistant’ kepada ubat rangsangan ovulasi.
 Sekadar berkongsi....

Inilah biasanya akan berlaku di dalam ovari pengidap PCOS...


Hasil TVS untuk ovari pengidap PCOS (gambar bawah)

Antara rawatannya...



Rasanya tidak perlu takut berlebihan. Ada ramai je pengidap PCOS berjaya hamil..
Selain pertemuan dengan pakar dan mendapatkan rawatan sepatutnya, adalah disarankan juga untuk menjaga pemakanan, dan mengambil suplemen yang boleh membantu. Ini antara yang dipesan oleh doktor kepada saya. Sebab itulah sehingga kini, saya masih lagi mengamalkan suplemen Shaklee kerana bahan yang digunakan adalah semulajadi dengan harapan boleh membantu kesihatan luar dan dalam secara optimal dan badan kita siap untuk menerima 'tetamu' istimewa itu..InsyaAllah part of ikhtiar... gabungan pemakanan dan rawatan adalah yang terbaik bagi saya. Kita merawat secara holistik.

Namun, pilihlah yang terbaik yang kita yakin KESELAMATAN dan KEBERKESANANNYA untuk jangka panjang.

Antara set yang dicadangkan dari produk Shklee..Saya juga mengambilnya untuk kesihatan optimum walaupun disahkan bukan PCOS.




Hubungi saya untuk tahu lebih lanjut apa yang sesuai untuk anda juga sesuai dengan bajet yang ada.

Ikhtiar terus! Jangan pernah mengalah...Allah tahu masa yang terbaik..

Semoga bermanfaat. Wallahu a'lam..

0 comment... add one now