Garlic : 11 Kebaikan Bahan Semulajadi Untuk Kesihatan

Bismillahirrahmanirrahim..


Sharing kali ini adalah mengenai garlic atau nama Melayunya adalah bawang putih. Memang ianya adalah bahan yang termasuk di dalam ramuan masakan kita setiap hari. Baunya yang menyengat apabila diadun bersama rempah- ratus yang lain akan membangkitkan selera. Ya kan?




Mari kita lihat apakah kebaikan bawang putih ini berdasarkan kajian klinikal yang telah dibuat :

(biasanya petua nenek moyang kita ; picitkan air bawang putih, letak pada jerawat, confirm kecut atau saya juga sering menggunakannya setiap kali ketumbit di mata, memang pedih tapi sangat mujarab).


1. Bawang putih mempunyai sebatian yang dipanggil allicin yang mempunyai potensi dalam rawatan penyakit.

Bawang putih merupakan tumbuhan di dalam keluarga Allium (bawang).Ianya tumbuh di banyak tempat di dunia dan merupakan bahan popular dalam masakan kerana bau yang kuat dan rasa yang lazat.

Walau bagaimanapun, sepanjang sejarah kuno, penggunaan utama bawang putih adalah untuk kesihatan dan tujuan perubatan.

Ianya dipercayai telah digunakan di dalam semua tamadun utama termasuk Mesir, Babilon, Yunani, Rom dan China.

Pelbagai jenis komposit fisiologi di dalam bawang putih yang terdiri daripada sebatian sulfur yang dipanggil Allicin itulah yang memberikan bau menyengat pada bawang putih.



2.Bawang putih mempunyai khasiat yang tinggi dengan nilai kalori yang rendah.

28 gram bawang putih mengandungi:

• Mangan: 23%

• Vitamin B6: 17%

• Vitamin C: 15%

• Selenium: 6%

• Fiber: 1 gram.

• Juga mengandungi Kalsium, Tembaga, Kalium, Fosforus, Zat Besi dan Vitamin B1.

Ia juga mempunyai nilai kalori yang rendah.



3. Bawang putih boleh memerangi pelbagai penyakit.

Bawang putih boleh memperbaiki sistem imun untuk melawan penyakit seperti selesema, sinus, alergi, asma dan hepatitis.

Satu kajian mereka yang mengambil bawang putih selama 12 minggu boleh mengurangkan jangkitan selesema sebanyak 63% berbanding mereka yang tidak mengambilnya .



4. Sebatian aktif di dalam bawang putih boleh mengurangkan tekanan darah.

Tekanan darah tinggi boleh menjadi pemacu kepada serangan jantung yang menjadi pembunuh No.1 di Malaysia.

Kajian mendapati pengambilan suplemen bawang putih memberi impak yang besar dalam usaha mengurangkan tekanan darah di kalangan mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi .



5. Bawang putih boleh menurunkan kolesterol

Ianya boleh menurunkan kolesterol LDL 10-15 %, meningkatkan HDL. Secara tidak langsung boleh melindungi jantung, menghalang strok dan penyakit koronari.



6. Bawang putih mengandungi antioksidan yang boleh membantu mencegah Alzheimer dan Demensia.

Kerosakan oksidatif akibat radikal bebas menyumbang kepada proses penuaan.Bawang putih mengandungi antioksidan yang menyokong mekanisme perlindungan tubuh terhadap kerosakan oksidatif .


Dos yang tinggi daripada suplemen bawang putih telah menunjukkan peningkatan enzim antioksidan dalam badan manusia , dan juga ketara mengurangkan tekanan oksidatif terhadap mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.


Kesan gabungan untuk mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, dan juga sifat-sifat antioksidan, boleh membantu mencegah penyakit otak biasa seperti penyakit Alzheimer dan demensia.



7. Memakan bawang putih boleh memanjangkan umur.

( panjang atau tidak umur kita tergantung kepada ketentuan Allah, tetapi andaikata diberi umur yang panjang haruslah sihat untuk beribadah. Kan?)

Pengambilan suplemen bawang putih sangat membantu kesihatan secara maksimum.



8. Prestasi atlet boleh meningkat dengan pengambilan suplemen bawang putih.

Ia telah digunakan secara tradisional dalam budaya purba untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan keupayaan kerja buruh.Paling ketara, ia telah diberikan kepada atlet Olimpik di Greece pada suatu ketika dahulu.


9.Pengambilan bawang putih membantu menyingkirkan logam berat dari badan.

Pengambilan dos tinggi bawang putih; sebatian sulfur di dalam bawang putih telah menunjukkan dapat melindungi kerosakan organ akibat keracunan logam berat.

Satu kajian empat minggu terhadap pekerja kilang bateri kereta (risiko terdedah kepada kandungan plumbum yang tinggi) mendapati bahawa bawang putih mengurangkan paras plumbum dalam darah sebanyak 19%. Ia juga mengurangkan simptom keracunan, termasuk sakit kepala dan tekanan darah



10.Mencegah kanser

Membantu merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser; Nitrosamine.



11. Meningkatkan fungsi penghadaman

Bawang putih mampu untuk membantu mengurangkan masalah penghadaman, menentang bakteria H. pylori dan menghalang ulser gastrik.



Disebabkan khasiat dan manfaatnya yang banyak terhadap kesihatan, Shaklee hadir dengan kapsul bawang putih yang mudah untuk dimakan berbanding bawang putih mentah bagi mereka yang sangat mementingkan kesihatan secara maksimum.


KEISTIMEWAAN SHAKLEE GARLIC adalah :

  • Diperbuat daripada bawang putih yang bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik ketika musim panas.
  • Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100 & Allicin aktif.
  • Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau bawang putih. Perisa herbanya terhasil daripada Rosemary dan Spearmint.
  • Juga mengandungi vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif bawang putih dan keberkesanannya terhadap tubuh kita.
  • Setiap 2 kapsulnya mengandungi 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas bawang putih segar.

Jom jaga kesihatan. Berminat untuk dapatkan Garlic sila hubungi saya.


Wallahu a'lam. Moga bermanfaat.

0 comment... add one now