DIARI ADIK 1 : Perkembangan Bayi 0 - 1 Bulan

Bismillahirrahmanirrahim...

Bagi ibu-ibu muda,baru menjadi ibu dan bakal ibu, pasti teruja dengan situasi pertama kali menjadi ibu dan tertanya-tanya, apa lagi perubahan yang bakal terjadi dalam perkembangan bayi baru lahir  itu. Seronok kan?

Nota ini UM ambil daripada beberapa sumber untuk rujukan sendiri. Mudah bukan? Nanti buka blog sendiri sahaja tak perlu belek-belek buku dah.Haha. Pemalas.

Perkembangan bayi 0 - 1 bulan.

Bayi mengalami kadar perkembangan dan tumbesaran membentuk personaliti baru dengan cepat.
Dia juga mempunyai banyak kelebihan tersendiri  walaupun pada masa ini sukar untuk berkomunikasi  namun, dia sedang belajar meniru mimik muka setiap kali ibunya berekspresi dan juga bunyi yang kita hasilkan ketika bertutur.

Jangan tekejut ! Bayi kita mula memahami setiap perkara yang berlaku di sekelilingnya sebaik sahaja dilahirkan. Apa yang diperkatakan, apa yang ditunjukkan, apa yang dilakukan oleh ibu bapanya atau orang sekelilingnya akan di serap seperti sponge! Dari suasana sekeliling itulah dia mula belajar dan meniru nanti.

Sebaik-baiknya, buat jurnal, carta perkembangannya atau catatan perkembangannya. Ianya sangat bagus dan boleh dijadikan rujukan untuk perkembangan anak-anak yang dilahirkan lagi selepas ini.

Scrapbook juga idea yang menarik.

imgarcade.com

http://www.smilelikeyoumeanit.net

www.the-baby-scrapbook-place.com

Menarik bukan ?.

Mari kita lihat apa perkembangan bayi 0 - 1 bulan.

Hari 1

Mungkin masih 'kaku' ketika mendengar suara ibunya, akan senyap dan peka terhadap bunyi tersebut. Badannya akan berhenti bergerak-gerak kerana ingin memberi perhatian terhadap bunyi yang terhasil dari mulut ibunya.

Hari 3

Matanya sudah memberi tumpuan pada bunyi yang ibunya hasilkan dan proses ini semakin berkembang sehingga mencecah hari ke-9. Dia akan memberi tindak balas kepada bunyi yang kuat.

Hari 18

Biasanya dia telah berjaya memusingkan kepala dan mencari arah datangnya sesuatu bunyi. Dia juga akan belajar untuk menonjolkan dan mengawal emosi terhadap bunyi. Emosi sedih akan dirasai jika kita bercakap dengan nada suara yang kuat.

Hari 30

Tindakan refleks bagi bayi usia ini adalah menggenggam dengan kejap jari kita. Selain itu, dia kan melilau mencari puting susu jika pipinya dicuit.

Secara umumnya, bayi berumur 0 - 1 bulan boleh mencapai tahap perkembangan fizikal, pendengaran dan penglihatan seperti berikut :

Fizikal

Bayi mula belajar dengan pantas tentang sekelilingnya. Kebanyakan proses pembelajaran dipelajari sama ada secara semula jadi , tindak balas persekitaran mahupun sesuatu yang menarik minatnya.

Pada peringkat pertama, dimulakan dengan tindakan refleks melangkah jika kita cuba mendirikannya dengan kaki mencecah permukaan rata. Maka terjadinya tindak balas motor apabila berlakunya skala pergerakan yang kecil, membengkokkan kaki dan menolak badannya jika berada dalam posisi meniarap.

Pendengaran

Pada jarak tertentu, bayi mampu mnedengar suara di sekelilingnya dengan baik. Malah dia juga boleh mengecam suara kita. Keupayaan mendengar pada bayi amat penting untuk menggalakkan perkembangan pertuturannya. Apabila dia mula meniru apa yang kita tuturkan, secara tidak langsung akan merangsang kemahiran berbahasa padanya secara berperingkat-peringkat.

Penglihatan

Bayi pada awal kelahiran hanya mampu melihat sesuatu objek pada jarak yang terhad iaitu 20-25 sentimeter dan memerhati dengan penuh minat pada wajah ibunya. Pada jarak ini, dia dapat 'membaca' emosi yang terpapar pada wajah kita. Dia juga akan boleh tersenyum jika melihat kita senyum padanya.

Walaupun tidak begitu banyak perkembangan yang berlaku pada 1 bulan pertama kelahiran, namun sebagai ibu bapa, ianya adalah momen yang indah dan mesti membuat perancangan yang teliti untuk membantu proses perkembangan bayi dengan rangsangan-rangsangan tertentu yang boleh dipelajari dari semasa ke semasa.

Sebaiknya sebelum menimang cahaya mata , kita sudah melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan dan pendidikan anak-anak.

Wallahu a'lam. Semoga bermanfaat.

0 comment... add one now