Suami Rimas : Baju Kelawar, Rambut Kering Mengerbang dan Banyak Gugur !

Bismillahirrahmanirrahim…

Rambut yang cantik pasti menjadi impian wanita. Walaupun bertudung, bila berada di rumah, pastinya tudung-tudung yang mahal itu akan disimpan jua. Pada masa inilah kita boleh melihat samada rambut yang dimiliki itu seperti mayang mengurai atau seperti jambang singa.Haha. Teruk sungguh perumpamaan itu.


Satu kepelikan bagi kita wanita terutamanya yang sudah berumahtangga dan ada anak, adalah kurangnya memikirkan dan menitikberatkan penampilan diri apabila berada di dalam rumah. Pakaiannya selekeh. Masih adakah yang berbaju kelawar sehingga jam 12 tengahari di hari minggu? Haha. Tepuk dada tanya diri sendiri. Jika dibandingkan dengan penampilan ketika keluar bekerja ataupun ke majlis keraian, pasti berubah 360 darjah. Berbaju batik, tudung berkelip-kelip, kemas , dengan wangian semerbak. Berbeza bukan dengan situasi ketika berada di dalam rumah? Bau bawang, baju t-shirt dan kain batik yang serba tidak cantik. Belum cerita rambut yang kering mengerbang seperti jambang singa. Haha.

Maaf, UM tidak menuduh sesiapa, lebih kepada peringatan untuk diri sendiri juga. Acapkali mendengar ceramah agama ataupun motivasi keluarga, penceramah seringkali mengulang-ulang isu ini. Jadi, ianya sebagai taukid (penegasan) supaya wanita wajib sentiasa menjaga penampilan diri ketika berada di dalam rumah bahkan ianya adalah ganjaran pahala yang besar sekiranya seorang wanita itu berusaha menyenangkan hati suaminya. Mudahkan wanita nak dapat pahala ?. Berhias dan tampil cantik memang sudah fitrah wanita. Jadi apa lagi, berhiaslah di dalam rumah, bukan hanya di luar rumah! (berpada-pada berhias ketika keluar rumah, takut jadi fitnah pula).

Tips mudah untuk kekal bergaya di dalam rumah :

1.Pakai pakaian yang bersih, berwarna-warni , tidak kusam dan pelbagaikan mengikut kesesuaian kerja-kerja di rumah.

Blouse dan skirt atau seluar.T-shirt dan kain batik boleh juga dipakai, namun janganlah setiap hari. Gaun tidur yang cantik boleh dipakai pada waktu malam. Variasikan. Siang hari bagi surirumah sepenuh masa bolehlah memakai baju kurung atau pakaian yang sama seperti wanita bekerja di luar rumah. Tidak perlu untuk berbelanja mahal-mahal. Kita hanya perlu bijak untuk suai padankan apa yang sudah ada supaya setiap hari ada kelainan dalam pakaian di rumah yang kita pakai.

Bagi surirumah atau mereka yang bekerja di rumah, pastikan anda menyusun masa sebaiknya. Semasa membersihkan rumah dan menguruskan anak-anak ,mungkin tidak perlu untuk berpakaian cantik. Rimas kot nak pakai kain ‘merelip-merelip’ time macam ni kan?.

Namun, ketika suami pulang ke rumah, pastikan anda sudah siap berdandan !. Apa yang biasa UM buat adalah ‘deal’ dengan suami. Jika hendak pulang ke rumah tidak kiralah dari pejabat, outstation dan sebagainya, maklumkan 30-40 minit lebih awal. Memang dari dulu lagi macam ni. Jadi, sempatlah bersiap !.

2.Bersolek sederhana

Tidak perlu bersolek beria-ria. Rata-rata suami lebih suka melihat isteri dalam keadaan kecantikannya yang semula jadi.

3.Memakai bau-bauan yang sesuai

Pakailah bau-bauan yang lembut baunya dan boleh menimbulkan kesan yang menenangkan orang yang berada di sebelah kita.

4.Rambut yang kemas, sihat dan cantik

Elakkan rambut yang kering, selekeh dan mengerbang seperti jambang singa. Buatlah sesuatu dengan rambut anda supaya ianya cantik dilihat dan mudah diuruskan terutama wanita yang bertudung. Pastikan kulit kepala sihat untuk mendapatkan rambut yang sihat. Adakalanya , seiring usia dan perubahan hormon wanita, rambut mudah gugur.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan rambut mulai kering. Ia bersangkut paut juga dengan kekurangan asid amino. Amalan menggunakan syampu dengan ramuan bahan kimia yang tinggi turut boleh menyebabkan rambut menjadi kering. Selain itu , penggunaan alat pendandan rambut seperti pengering rambut pada laras haba yang tinggi juga akan menyebabkan kutikel rambut terbuka dan mengakibatkan rambut kering.

Bayangkanlah, kita sudah berdandan cantik, tetapi rambut yang kering mengerbang setelah dibuka ikat rambutnya, seramkan? Boleh kalah hantu Kak Limah. Suami pun boleh lari.

Cegah rambut kering , mengerbang dan banyak gugur dengan cara ini :

  1. Banyakkan meminum air kosong. Air-air yang mengandungi kafein dan karbonat adalah tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan dehidrasi.
  2. Amalkan meminum teh hijau kerana ia berfungsi memelihara akar rambut dan tisu-tisu kulit kepala dengan berkesan.
  3. Lakukan senaman berjalan dengan laju selama 15 minit bagi mempercepatkan peredaran darah. Sekiranya anda ingin berehat seketika selepas melalui hari yang sibuk, bolehlah melakukan senaman ini satu jam selepas makan. Ia juga baik untuk melancarkan sistem penghadaman.
  4. Semasa tidur, rambut akan memperolehi nutrisi yang diperlukan. Justeru, masa tidur yang cukup adalah sangat penting bagi memastikan rambut mendapatkan jumlah makanan yang diperlukan.
  5. Amalkan pengambilan makanan seimbang untuk membekalkan nutrisi kepada akar rambut.Ambil makanan yang kaya dengan vitamin dan protein. Makanan yang tinggi kandungan kalorinya menyebabkan rambut mudah gugur.
  6. Keadaan kesihatan rambut dan kulit kepala boleh dibaiki dengan urutan minyak aromaterapi atau minyak zaitun pada kulit kepala setiap hari.
  7. Sentiasa ketawa! Sering ketawa atau gembira memberikan kesan positif kepada kesihatan rambut. Ini kerana, mereka yang berada di dalam mood yang tidak baik biasanya melalui proses dalaman tubuh yang lembab.
Antara yang UM amalkan untuk rambut yang sihat, tidak gugur dan cantik ialah :

  1. Minum air masak minimum 8 gelas sehari
  2. Makan buah-buahan dan sayuran
  3. Elakkan fast food dan junk food
  4. Elakkan perisa makanan  dalam masakan (MSG)
  5. Amalkan ESP untuk sumber asid amino (ada asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan diet harian belum tentu mengandungi sumber asid amino ini). Baca tentang ESP di SINI.
  6. Ambil Zinc Complex sebagai suplemen harian untuk fungsi pelbagai sistem dalam badan. Baca tentang Zinc Complex di SINI.
  7. Penggunaan syampu rambut yang sesuai. 
  8. Spa rambut setiap hujung minggu - Lumurkan minyak zaitun ke seluruh bahagian rambut, urut kepala dengan lembut, bungkus dengan tuala selama 15-20 minit, kemudian cuci dengan syampu yang sesuai.

Semoga bermanfaat untuk semua. Sihat, cantik, bergaya untuk suami.

"Agar bidadari cemburu kepadamu"

Wallahu A'lam.

0 comment... add one now