Keberkesanan Suplemen Yang Mesti Diragui : Tanya 6 Soalan Ini. PLEASE !

Bismillahirrahmanirrahim...

Sejak akhir-akhir ini, UM banyak berdepan dengan luahan rasa orang yang mengambil suplemen sebagai alternatif rawatan penyakitnya atau makanan tambahan yang sepatutnya membantu mencukupkan nutrien keperluan badan harian, namun ianya tidak memberi kesan. Indah khabar dari rupa.

image : http://www.howtolivehealthy.org


Antara yang biasa didengar :

1. " Saya ambil suplemen ni dah lama , tapi tidak berkesan".

Bila ditanya apa yang diambil, dan berapa lama, rupa-rupanya, cuma ambil sebiji sehari satu jenis selama satu bulan. Apa yang menjadi masalah di sini adalah, sebiji vitamin itu yang diharapkan untuk menyelesaikan masalah atau penyakit yang sudah bertahun-tahun dialami. Logik atau tidak?.Adakah badan kita hanya kekurangan satu jenis vitamin sahaja? . Pil itu ada 'magic' kah?.

2. "Saya makan produk sekian-sekian untuk turunkan berat badan, habis beratus-ratus, tapi tak juga berkesan.Saya sudah tidak percaya sebarang produk untuk kurus."

Bila ditanya, adakah dia diberi penerangan tentang produk itu secara jelas ? "Mungkin ya, mungkin tidak, saya sudah lupa". Baiklah, dalam situasi untuk menurunkan berat badan, sebarang produk hanyalah membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan. Masih lagi perlu usaha kita untuk mengatur pola pemakanan dan senaman yang perlu dibuat. Ada tak produk yang makan terus kurus? Tak perlu jaga makan, tak perlu bersenam? . Jawapannya. Ada. Tapi kesannya berbeza dengan sesuatu yang berlaku secara alami iaitu dengan cara ubah pola pemakanan harian, senaman dan bantuan suplemen yang sesuai. Bagaimana? Untuk produk yang sebegitu, biasanya cepat turun berat badan, cepat pula naiknya.Seperti 'yoyo'!. Dan jangan lupa, kita bukan mahu kurus semata-mata, organ-organ kita perlu dijaga dan sihat. Pilihlah yang sesuai dengan berilmu , jangan sampai menggadaikan kesihatan organ jantung atau buah pinggang kita untuk kelihatan kurus dan cantik . Hati- hati !.

3. " Saya dah serik ambil suplemen bla...bla...makin saya makan makin teruk!".

Sebab pertama, mungkin suplemen yang diambil tidak sesuai. Rujuk pakar nutrisi. Jangan mudah percaya iklan-iklan yang memaparkan pelbagai perkataan 'magic'. Satu pil yang ditelan boleh merawat 10001 penyakit. Itu iklan, bezakan dengan 'nutritional claim' , 'nutritional study' atau 'clinical study'.

Sebab kedua, 'healing crisis'. Suplemen tidak sama dengan ubat tahan sakit yang biasa kita makan. Makan sebiji, terus hilang sakitnya.Lebih-lebih lagi apabila ianya dari 'food based' (bahan semulajadi) . Fungsi suplemen adalah untuk mencukupkan nutrisi sel-sel badan atau merangsang sel-sel badan untuk memberi respon kepada serangan penyakit dan membantu sel-sel badan untuk sihat dan mampu menjalankan tugasnya sebagaimana yang telah diprogramkan oleh Penciptanya (Allah). Atas asbab itu, kadang-kadang , apabila suplemen diambil, sakit kepala, jerawat mula keluar, kahak mula keluar, bahan-bahan toksik dan lain-lain lagi yang mengganggu sel-sel berfungsi dengan baik tadi. Keadaan ini biasanya tidak akan berlarutan. Ianya akan kembali pulih apabila sistem badan kita kembali normal tanpa hal-hal yang mengganggu tadi.

Baiklah. Sedikit pencerahan untuk mereka yang berniat untuk merawat dan meningkatkan tahap kesihatan diri dan keluarga dengan nutrisi. Ada formula khas yang mesti dipatuhi.

Nak sihat kan? Malas nak berfikir, malas nak berubah, bila sakit ambil sajalah ubat tahan sakit. Jangan makan suplemen.Membazir. Errr....UM tak marah pun. Hehe.

Begini.


Baiklah. UM terangkan satu persatu berdasarkan pemahaman dan pembacaan UM dalam dunia pemakanan ini. ( I love food field ! Rindu bau kilang makanan ).


Apakah 'nutritional healing' ?

Ianya adalah tindakan memberikan badan kita kesemua nutrisi yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Dengan kata lain mencukupkan nutrisi dalam merawat penyakit. Kenapa ? Badan manusia secara konsisten akan berlaku 3 perkara ini : repairing, detoxifying and regenerating (membaiki,detoksifikasi,regenerasi ). Ketiga-tiga proses ini memerlukan nutrien badan yang cukup untuk berlaku. Nutrisi yang baik untuk badan akan menyokong sistem badan dan memberi keupayaan kepadanya pulih secara semulajadi. ' You are what you eat, garbage in, garbage out !' Pernah dengar kenyataan ini ?.

Apakah 'healthy diet' ?

Maksudnya mengamalkan pemakanan seimbang iaitu cukup semua nutrien yang diperlukan oleh badan tadi setiap hari. Ada makanan yang perlu kita makan banyak, ada yang perlu dikurangkan.
Tidak semua boleh pukul rata. UM rasa semua orang tahu tentang ini.
Boleh rujuk di sini (panduan KKM ).

Diet kita seharian sudah seimbang ? Jika semua orang mengamalkan diet seimbang dalam kehidupan seharian, dengan izin Allah, UM pasti penyakit kronik No.1 pembunuh rakyat Malaysia hari ini (Penyakit Jantung) bukan lagi masalah. Ya kan? Tapi apa yang berlaku hari ini ? Berapa ramai pesakit diabetes berumur di bawah 30 yang ada ? Belum lagi yang lain-lain. Adakah ini harga yang perlu dibayar kepada sebuah kemajuan??? Boleh jadi ahli politik tak ? Haha. (maaf, selingan).

Apakah 'healthy lifestyle'?


Gaya hidup yang sihat adalah satu cara hidup yang merendahkan risiko penyakit kronik. Tidak semua penyakit boleh dielakkan, tetapi sebahagian besar , terutamanya penyakit jantung ,diabetes, kanser boleh dielakkan . Ringkas cerita, bagaimana kehidupan kita seharian disusun. Anda boleh tanya soalan ini kepada diri sendiri.

1. Adakah anda merokok? Minum minuman beralkohol?
2. Adakah anda stress?
3. Adakah diet harian anda seimbang?
3. Berapa banyakkah kalori yang badan anda perlukan setiap hari? Anda tahu dan ikutinya atau redah  sahaja ?
5. Adakah anda melakukan senaman setiap hari?
6. Adakah anda melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala?
7. Anda minum air secukupnya setiap hari?


Banyak lagi sebenarnya soalan yang boleh ditanya dan boleh menjadi penanda aras kepada kita samaada kita di kategori yang mengamalkan 'healthy lifestyle' atau tidak.
 
Apakah 'right supplements in right amounts' ?

Kita percaya bahawa suplemen juga memainkan peranan penting dalam proses penyembuhan dengan cara meningkatkan kualiti nutrisi ini. Namun, ianya mestilah diambil setelah mengetahui aspek keberkesanannya yang sudah terbukti bukan setakat testimoni kosong yang kadang-kadang boleh direka oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, akan tetapi perlu disertakan dengan pelbagai kajian dan kajian klinikal berkaitan produk yang diambil. Ianya juga perlu diambil dalam jumlah yang betul (mengikut keperluan pengguna).

Terdapat tiga sebab utama kenapa suplemen sangat diperlukan:

  1. Kita kurang makan makanan yang sihat secara teratur.Jujurlah. Dengan masa yang suntuk terutama ibu-ibu yang berkerjaya, bahkan ibu yang berada di rumah sekalipun, bukan setiap hari kita mampu untuk menyediakan makanan yang boleh mencukupi keperluan nutrien badan ahli keluarga kita.
  2. Terdapat terlalu banyak nutrien penting yang badan kita perlukan secara tetap yang tidak boleh dibiarkan lompong jika inginkan sistem badan berjalan dengan baik.
  3. Apabila menangani isu-isu kesihatan melalui pemakanan, kita tidak mampu untuk makan makanan yang cukup untuk mendapatkan tahap nutrien yang diperlukan.
Just to think...apa pula yang terjadi kepada orang yang tidak suka makan sayur? Hmm? 

Kalaupun sebab-sebab di atas tidak menggambarkan diri kita, ada 3 sebab lagi yang relevan untuk difikirkan :

  1. Gaya hidup yang aktif pun memerlukan sokongan suplemen untuk meningkatkan sistem imun badan bagi melawan pelbagai penyakit.
  2. Sudah makan makanan seimbang pun masih perlukan sokongan suplemen untuk nyahtoksinkan pelbagai bahan tidak perlu dari badan kerana sumber makanan kita sudah tercemar dengan pelbagai hormon yang dicucuk, pelbagai baka yang diubah genetiknya (GMO) dan pelbagai racun yang disembur pada tanaman untuk tujuan komersial.
  3. Sudah makan sayuran dan buah pun perlu sokongan suplemen lagi kerana ia masih belum cukup untuk melengkapkan nutrisi ditambah dengan sebab yang ke-2 tadi.



Status FB Dr Safiya Amaran yang terpaksa UM akui kebenarannya.


Suplemen perlu di ambil semasa sihat untuk mengekalkan kesihatan, bukan tunggu sakit menyerang !

Kenapakah perlunya 'time' ?

Pakar nutrisi seringkali menasihatkan kepada mereka yang mengambil alternatif suplemen untuk merawat sebarang penyakit, berilah masa untuk badan bertindak balas sekurang-kurangnya 3 - 4 bulan. Sekali lagi suplemen bukan ubat, ianya sokongan kepada sistem badan untuk sihat dan dapat menjalankan tugasnya dan mampu menyembuhkan dirinya sendiri. Anda makan burger, nugget , dan segala makanan yang tinggi kandungan lemak dan garam bertahun-tahun, namun anda harapkan lemak tidak baik itu hilang sekelip mata dengan memakan suplemen Omega 3 dua biji sehari selama seminggu. Adakah ianya logik?. Itu hanya analogi.


Biasanya, nutritional healing akan mengambil masa tertentu bergantung kepada keseriusan sesuatu masalah itu. Dan...yang pasti, disiplin diri amatlah penting dalam mengikuti formula wajib yang telah dibincangkan di atas. 

Kesimpulannya sebelum anda mengatakan sesuatu produk itu berkesan atau tidak, tanyalah 6 soalan ini :
  1. Sejauh manakah saya mengamalkan diet seimbang dalam kehidupan saya?
  2. Sejauh manakah saya mengamalkan gaya hidup sihat (healthy lifestyle) ?
  3. Betulkah suplemen yang saya ambil dan betulkah kuantiti yang saya makan?
  4. Sudahkah saya merujuk kepada pakar nutrisi ?
  5. Sudahkah saya memberi masa yang secukupnya untuk sistem badan saya sembuh? (semakin serius masalah, semakin lama masa yang diambil).
  6. Sudahkah saya benar-benar berdoa padaNya agar ditemukan dengan jalan yang terbaik, penawar yang terbaik untuk saya sembuh agar saya mampu beribadah kepadaNya dengan baik?
Kenapakah soalan No.6 macam tak ada kaitan? . Ada kaitannya. Setelah berusaha dan berikhtiar, keputusannya adalah di tanganNya.

Jika ke enam-enam soalan itu telah terjawab dan formula itu telah diamalkan secara konsisten selama bertahun-tahun (bukan seminggu ya! ), tetapi tidak juga berkesan, bolehlah anda katakan,memang suplemen bla...bla...bla...tiada kesan. Membazir je aku makan.


Ada lagi 2 perkara yang bermain-main di fikiran.

1. Adakah setelah saya mengamalkan suplemen dan mengamalkan formula di atas , saya tidak perlu bertemu doktor lagi? Ya kan? Malas betul nak pergi klinik atau hospital.

Jawapannya PERLU. Wajib berjumpa doktor. Doktor lebih tahu untuk diagnos penyakit . Mesti melakukan medical check up secara berkala , bukan semasa hamil atau melahirkan sahaja. Peringatan untuk diri sendiri.

2. Adakah setelah saya mengambil suplemen, saya tidak perlu lagi untuk makan makanan seperti sayur, buah-buahan, protein dan sebagainya?

Jawapannya PERLU. Suplemen bukanlah pengganti makanan yang sepatutnya ada dalam diet seimbang kita, ia hanya mecukupkan kandungan nutrien yang kurang. 


Semoga bermanfaat untuk semua. Wallahu A'lam. Mohon maaf jika ada kekurangan.


Antara  rujukan :

The Family Nutrition Book: Everything You Need to Know About Feeding Your Children - From Birth through Adolescence, William Sears. 1999.
Healing With Whole Foods, Paul Pitchford. 1993.
http://webmd.com/
http://nutritionfacts.org/

0 comment... add one now