Dragon Fresh Yogurt

Bismillahirrahmanirrahim...

Kali ini UM nak kongsi resepi pencuci mulut cara orang malas. Nama boleh letak sendiri. Resepi ai, suka hati ai lah kan..Hehe.

Ok. Mudah sahaja caranya.

Bahan-bahan :

Fresh Yogurt atau plain yogurt
Sebiji buah naga sederhana besar
1/2 tin susu isian sejat
Stevia

Caranya :

  1. Potong buah naga berbentuk kiub.
  2. Masukkan potongan buah naga ke dalam pinggan atau mangkuk kecil
  3. Masukkan 4-5 sudu besar fresh yogurt yang telah dicampur dengan sedikit stevia (boleh juga diselang-selikan dengan buah naga membentuk lapisan yang cantik.
  4. Masukkan susu isian sejat secukupnya.
  5. Sejukkan di dalam peti sejuk 10-15 minit.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Kombinasi rasa masam, manis dan lemak yang sedap.

Makan dulu ya...Bismillahirrahmanirrahim.


Ramai juga yang bertanya, fresh yogurt tu macam mana? Nak beli di mana ? Ok. Ini yang UM guna ya. Boleh dapatkan di mana-mana pasaraya. Beli dekat Giant, sebab kebetulan lalu depan Giant beberapa hari yang lalu. Haha. Jenama lain pun ada, Dutch Lady dan sebagainya. Boleh je guna mana-mana.

Tanda halal JAKIM ada kat belakang bekas tu ya. Abaikan green tea tanpa gula saya tu...
Kebaikan hidangan ini adalah :

1. Tiada penggunaan gula (since UM tengah berpantang gula putih sekarang. Letak setitis stevia di dalam yogurt untuk mengurangkan rasa masamnya. Nak jimat, tak perlu letak pun tak mengapa. Susu isian sejat pun tak letak sebenarnya, kalau letak lagi sedap lah).

2. Fresh Yogurt membekalkan bakteria yang baik kepada sistem penghadaman. Bakteria baik yang ada di dalam yogurt sangat berkesan untuk menjaga kesihatan sistem pencernaan kita di samping berfungsi untuk menghalang pertumbuhan parasit di dalam usus!. Boleh juga menggunakan yogurt berperisa jika mahu.

p/s : Tidak semestinya buah naga , boleh gantikannya dengan nenas, betik, epal dan lain-lain untuk tujuan detoksifikasi (detoxification).

Selamat mencuba !

0 comment... add one now